Memelihara Adab Dan Adat Ketika Berhari Raya – Fadhli Othman

2
4238
views

Syawal kian meriah. Ibu ayah menggalakkan anak anak menziarahi sanak saudara bersama. Berkenalan pakcik makcik yang kejauhan. Inilah ikatan saudara.

Adat orang melayu, mengajar anak anak kecil mereka bersalaman dengan orang tua. Inilah adat dari turun temurun. Pak cik saudara mak cik saudara di suruh bersalaman.

Bukan itu sahaja, jiran sebelah rumah juga di suruh salam walaupun berlainan jantina. Inilah kesalahan adat melayu.

Bersosial tidak kira masa dan tempat. Mengajar bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang tidak halal sebelum dinikah sejak dari kecil.

Entah salah di mana. Salah ibu ayah yang kurang didikan agama atau salah sekolah yang gurunya sibuk sentiasa. Anak anak tidak boleh di salahkan kerana mereka umpama kain putih.

Kebiasaan orang melayu asal jumpa orang tua kanak kanak itu di suruh bersalaman. Kita sepatutnya tukar adat ini. Adat ini SALAH sama sekali.

Kesannya bila anak anak telah dewasa, mereka menyangkakan sentuh atau bersalaman dengan orang yang tidak halal sebelum nikah adalah satu kebiasaan.

Hari Raya Aidilfitri tahun ini didiklah diri dan anak anak agar tahu dengan siapa boleh salam atau dengan siapa yang tidak boleh bersalaman. Usahlah Aidilfitri kita bersosial dengan kemurkaan Allah. Berubahlah ibu ayah sekalian.

Didiklah anak anak mu.

MOHD FADHLI OTHMAN SPEAKER / FOUNDER GOODBYE PORNOGRAPHY SEKETARIAP MOTHERS AGAINST PORNOGRAPYH 0137001920

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Cikgu Fadhli merupakan seorang guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah di Johor. Selain menjalankan tugas sebagai seorang guru, cikgu Fadhli juga merupakan seorang pendakwah bebas serta persona Best Belajar. Pada tahun 2016, cikgu Fadhli telah melebarkan sayapnya ke bidang penulisan dengan terbitnya buku ‘Sisi Terlindung’ yang menghimpunkan hasil idea barisan pena syariah berkaitan pandangan mereka tentang isu-isu agama, ilmiah, kemasyarakatan dan isu-isu semasa.
Loading Facebook Comments ...

2 COMMENTS

    • Maaf puan atas keterlanjuran kami. Kami cuma ambil gambar tersebut dari google tanpa mengetahuinya adalah gambar peribadi. Kami akan ambil tindakan segera. Sekali lagi pihak kami memohon maaf kepada puan.

Leave a Reply