Memilih Itu Sesuatu Yang Sukar

0
69
views

Memilih Itu Sesuatu Yang Sukar

Sebut sahaja berkenaan memilih, ia pasti sesuatu yang sukar bukan? Bukan senang untuk memilih sesuatu yang belum tentu situasinya di hadapan kelak. Bukan senang juga untuk memilih sesuatu yang kita tidak tahu perihal sesebuah perkara itu.

Sebagai contoh, “memilih jenis ikan yang segar” di pasar ibaratnya, tidak senang kan?Begitu juga “memilih pakaian” untuk kaum wanita misalnya, tidak mudah kan? Kaum Adam juga yang pastinya. Apatah lagi memilih calon isteri mahupun suami. Lagilah bertambah darjah kesukarannya.

Kerana itu kembalilah kepada fitrah. Islam is the way of life. Setiap apa yang terjadi sudah ALLAH  gariskan apa tindakan yang perlu kita ambil seterusnya. Kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi kepada setiap hamba-NYA. Hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupan hamba-NYA. ALLAHU AKBAR!

Oleh itu apa tindakan kita untuk memilih solusi yang sudah ALLAH aturkan untuk kita? Mudah sahaja. Islam sudah banyak memudahkan kita, akan tetapi kita yang memayahkan kehidupan. Islam juga banyak mengajar ummatnya apa yang patut dilakukan apabila timbulnya persoalan untuk diselesaikan, terutamanya dalam soal memilih. Bagaimana? Islam mengajar ummatnya untuk beristikharah dalam memilih sesuatu keputusan. apatah lagi dalam situasi mencari pasangan hidup.

“Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat”

Disamping kita melaksanakan solat sunat istikharah, banyakkan juga memohon doa dan petunjuk daripada ALLAH. Rezeki kita ALLAH yang tentukan, hati kita ALLAH yang pegang. Maka, minta pada DIA semoga dikurniakan hati yang lapang untuk membuat keputusan. Semoga juga keputusan itu adalah yang terbaik dan tidak membuat kita menyesal di kemudian hari.

Kalau kita perhatikan,ALLAH sudah   pun memberi ‘green light’ untuk kita. ‘Green light’ yang macam mana? “Berdoalah, nescaya akan-KU perkenankan.” Rugilah manusia itu kalau tidak menggunakan peluang yang ada untuk banyak berdoa kepada ALLAH. Selama mana pun kita berdoa pasti ALLAH akan memperkenankan doa kita. Jadi. jangan pernah berputus asa untuk memohon kepada ALLAH.

Selain itu, Islam juga menyediakan garis panduan untuk tindakan kita seterusnya setelah beristikharah dan memohon petunjuk daripada ALLAH.  Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusan-NYA yang menentukan terbaik untuk kita, kerana “ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yang bukan kemampuan manusia untuk memikirkannya..”

Sesiapa sahaja diri kita, bukan hak kita untuk menolak segala keputusan dari-NYA. Kehidupan kita diatur oleh ALLAH. Apa sahaja yang dikurniakan kepada kita, sama ada suka atau tidak, bersyukurlah, kerana itu yang terbaik untuk kita. ALLAH tidak pernah membebankan hamba-hamba-NYA dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditanggung oleh mereka. Apa sahaja yang ALLAH anugerahkan kepada kita sudah pun tertulis di lauh mahfuz. Terima, syukur dan redha, itu adalah yang terbaik.

”Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu tetapi ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]

 

YA ALLAH, jika itu yang terbaik untukku aku redha. hanya ENGKAU yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-MU ini. hanya ENGKAU YA ALLAH yang sebenar-benar perancang yang terbaik. dan hanya ENGKAU yang dapat memberi keputusan yang terbaik.

Bersabarlah.DIA tahu apa yang terbaik untukmu.
Senyumlah, kalau itu mampu membahagiakan hatimu.
Carilah hakikat bahagia dalam jiwamu,
Insya-ALLAH DIA sentiasa di sisimu.;)

WAN HASNI SYAKILA BINTI WAN OMAR

PELAJAR COMPUTATIONAL AND THEORETICAL SCIENCE,

IIUM KUANTAN CAMPUS

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply