Mencontohi Psikologi Abu Bakr As-Siddiq RA Dalam Berdakwah

0
38
views

Abu Bakar RA sejurus selepas memeluk Islam, beliau terus giat berdakwah dan merekrut org untuk ditarbiah.

Abu Bakr Al Siddiq

Beliau tidak memberi alasan seperti yang biasa kita gunakan; tidak layak, atau baru masuk Islam, atau baru cover silibus tafsir surah al-`Alaq, al-Muddaththir, dan Al-Muzzammil.

Kerana beliau yakin dengan Islam (kognitif), tenang dengan Islam (afektif), dan beliau merasa activated dengan Islam (psikomotor).

Seterusnya beliau mahu berkongsi keindahanan Islam ini bersama rakan-rakannya ketika itu; Uthman bin Affan RA, Sa’ad bin Abi Waqas RA, Zubair bin al-Awwam RA, Abdul Rahman RA dan lain-lain.

Beliau tidak terfikir pun kalau-kalau rakan-rakannya bertanyakan soalan-soalan yang rumit tentang Islam – kerana baginya apa yang diketahui beliau tentang Islam sudah cukup Indah, Logik dan Mudah.

Pada masa yang sama beliau merasa kasihan akan rakannya yg masih kekal dalam ideologi syirik, takhayyul, khurafat dan bid’ah.

Program tarbiah Nabi SAW bukannya sehari, seminggu, atau sebulan. Ia berjalan selama 23 tahun hingga ayat al-Qur’an terakhir diturunkan.

Takkan nak tunggu habis silibus 30 juz’ baru nak buat dakwah/tarbiah? Kesilapan dan kelemahan yang berlaku itu adalah sebahagian sebahagian daripada proses tarbiah.

2015918123451

Modul-modul tarbiah juga berubah daripada ayat-ayat alQur’an untuk misi dakwah kepada musyrikin di Makkah, kepada ayat-ayat alQur’an untuk misi dakwah kepada golongan Arab Badwi, Yahudi, dan Munafiqin, di Madinah; dan seterusnya kepada modul tarbiah ayat-ayat alQur’an untuk misi dakwah antarabangsa selepas Pembukaan Makkah.

Abu Bakar RA buat dakwah berdasarkan kemampuan dan mengikut modul2 tarbiah yg telah dilalui.

Akhirnya beliau menjadi Khalifah Islam pertama menggantikan Nabi Muhammad SAW. Dalam menghadapi cabaran dakwah dan tarbiah yang baru; keperluan mengumpulkan al-Qur’an, golongan murtad,  dan golongan tidak bayar zakat, modul-modul tarbiah yang telah dilaluinya yang menjadi bekalan penguat.

Bekalan bahan tarbiah ini adalah bersifat application of knowledge dan transferable skills, dan bukan sekadar hafazan atau menadah kitab sahaja; hingga dia berjaya menghadapi cabaran tersebut dengan pemikiran yg kritikal dan kreatif.

Ikutilah sunnah Abu Bakar RA sebagai salah seorang Khulafa’ al-Rashidin yang mendapat petunjuk dan sebagai sahabat Nabi yang paling mendalam imannya dalam misi dakwah dan tarbiah.

p1000886
Perkuburan Baqi’ di Madinah

Oleh itu apa saja alasan kita untuk mengelak dari turut serta dalam kafilah dakwah dan tarbiah adalah satu tanda kesombongan diri kita terhadap Allah dan Rasulullah.

Tidak mahu menerima tawaran syurga yang telah dijanjikan dan tidak mahu mengikut sunnah Nabi Muhammad yang paling utama.

Padahala dengan dakwahlah, para sahabat dan orang-orang yang mendahului kita telah berkorban dan terkorban agar Islam dapat sampai kepada kita hari ini.

Diolah Dari Tulisan Dr Alizi Alias,

Assistant Professor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Pengerusi Unit Psikospiritual IKRAM

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply