Mengapa Sebuah Doa Terhijab Dari Dimakbulkan Allah – Fakhrur Radzi

0
172
views

laut-terbelah

Hari itu, Laut Merah menjadi saksi dua jenis doa. Satunya dimakbulkan Allah, satu lagi tertolak. Doa Musa dan Firaun. Peristiwa itu terakam kemas dalam Surah as-Shuara.

Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. (60) Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. (61) Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku. (62) Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. (63) Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. (64) Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya. (65) Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya). (66) Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. (67)

Laut yang sama terbelah memberi laluan kepada Musa dan pengikutnya, menjadi bah yang menenggelamkan Firaun. 

Rahsia Mustajab Doa

Lalu di mana rahsia mustajab doa manusia? Bukankah Allah menyuruh kita berdoa, Dia pasti makbulkan?

‎وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أسْتَجِبْ لَكُم

Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghafir : 60)

doa

Rahsianya, ketika mana kita letakkan pergantungan harapan kepada Allah; bagaimana keadaan kita. Bagaimana keadaan hati kita? Bersihkah atau masih terlumur dosa. 

Lihat kembali kisah Firaun dan tenteranya yang mengejar Nabi Musa sehingga ke Laut Merah.

Siapa dan bagaiamana keadaan Nabi Musa. Bagaiamana pula sifat dan kelakuan Firaun.

Bandingkan Musa yang terus istiqamah berdakwah kepada kaumnya (Israel), berusaha menyelamatkan mereka dari azab Allah dengan Firaun yang berterusan mengingkari tanda kekuasaan Allah (walaupun setelah melihat mukjizat Musa).
 

d2cf83e08c98ea880da2ded6d8e351a8

Nabi Musa yang sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah dengan Firaun yang tersesat dalam kekufuran yang nyata.

Oleh sebab itu, apabila berdoa, doa Musa diangkat dan terus termakbulkan. Doa orang yang soleh, taat pada setiap perintah tuhan. Doa Firaun tertolak kerana perbuatannya sendiri. Padahal sebelumnya Firaun tidak pernah pun beriman dengan dakwah Musa.

Apabila tersepit, terdesak, hampir lemas dalam bah Laut Merah, barulah Firaun berdoa meminta diberi peluang kedua. Tapi semuanya sudah terlambat.

‎وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah). (90)

Jawapan Allah kepada doa Firaun ini seharusnya menjadikan kita lebih insaf. Apakah sedikit sebanyak kita ini bersifat dengan sifat Firaun. Hanya mencari tuhan saat tersepit dalam masalah.

‎آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya : (Allah berfirman) Adakah sekarang? (engkau mahu beriman), padahal dahulunya engkau kufur dan bermaksiat. Dan engkau dahulunya adalah orang-orang yang membuat kerosakan. (Yunus : 91)

Marilah sama-sama kita perhatikan keadaan kita saat ini, layakkah kita menerima semua nikmat yang kita miliki hari ini? Jadi untuk apa kita cenderung memilih kufur berbanding syukur? Hanya kerana satu dua doa kita tidak dimakbulkan Allah.

Oleh itu berdoalah dan teruskan memperbaiki keadaan diri.

Sekiranya hajat kita yang dipaut melalui doa tidak dimakbulkan, ianya antara dua; Sama ada kerana hati yang berhajat itu masih berlumut dengan maksiat, ataupun aturan Allah untuk tidak memakbulkannya adalah lebih baik buat kita.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply