Mengapa Umat Islam Perlu Bantah Better Beer Festival

0
624
views

Asas bantahan kita umat Islam terhadap Better Beer Festival adalah ia merupakan satu pesta untuk menggalakkan budaya meminum arak.

Bukan kerana menyekat kebebasan hak non-Muslim untuk meminum arak.

Sekalipun mana-mana manusia yang waras akalnya tahu dan sedar akan keburukan meminumnya.

Bahkan para doktor telah mengesahkan bahawa ketagihan alkohol akan membawa kepada masalah sirosis hati dan sama bahaya dengan ketagihan dadah.

Oleh itu, bukan Islam sahaja yang secara syariatnya mengharamkan arak, dari sudut kesihatan dan saintifiknya juga arak hanya mengungang kerosakan.

Minum di rumah secara tertutup tidaklah dihalang. Tetapi apa yang kita kesalkan apabila ianya dijadikan pesta.

Lebih malang, ada dalam kalangan pemimpin kita di dalam parlimen seolah berkempen untuk pesta tersebut.

Sekalipun pesta arak tersebut adalah bukan disasarkan kepada masyarakat Muslim, ianya tetap salah dan tidak bermoral.

Masyarakat non-Muslim juga adalah warganegara Malaysia. Dan kerana rahmahnya Islam, kita mahukan kebaikan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Bukan hanya kepada orang Islam sahaja.

Apakah kita mahu melihat masyarakat kita menjadi masyarakat yang beraktiviti sosial dengan meminum arak (social drinker); di mana apabila ada sahaja event sosial arak mesti dihidangkan. ?

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply