Menghilangkan Taboo Pendidikan Seks Oleh Ibubapa – Nurul Azzura

0
623
views

Bila berbicara mengenai pendidikan seksual, apakah yang bermain di minda?

Adakah ini bermaksud mempromosi seks bebas?

Adakah ini bermaksud meng”ekpos” anak-anak kepada hal yang belum sepatutnya mereka tahu?

Tidak.

Pertama sekali kena jelas bahawa pendidikan seksual bertujuan mendidik anak-anak tentang keselamatan dan kehormatan diri yang perlu dijaga dengan sebaiknya.

Bila dikatakan pendidikan, bermaksud ia bertujuan MENDIDIK.

Mendidik ini bermaksud usaha membina peribadi, sikap mental dan akhlak orang yang dididik. Tujuan utama mendidik ialah “transfer of value” bukan sekadar “transfer of knowledge” (Sardiman, 2005)

Jadi, bila dikatakan tentang didikan, maka siapakah orang paling dekat dan paling utama yang sepatutnya menjadi rujukan anak-anak? Semestinya ibu bapa.

Ibu bapa merupakan “agent of socialization” yang paling utama buat anak-anak yang banyak mempengaruhi fikiran dan perilaku anak-anak (Barkan, 2011).

Ibu bapa merupakan ‘role model’ yang banyak mempengaruhi apa yang anak lakukan disebabkan hubungan yang rapat.

Maka, seharusnya ibu bapa mencari ruang dan peluang untuk mendidik anak-anak secara langsung mahupun tidak langsung tentang hidup.

Antara hak pendidikan anak yang sering terlupakan ialah pendidikan tentang perkembangan seksual dan cara mananganinya.

Anak-anak era ini sangat terdedah kepada “gadget” dan laman sesawang yang mudah di”access” hanya di hujung jari. Dunia yang tanpa sempadan ini memang memberikan cabaran yang hebat pada ibu bapa untuk mendidik anak-anak.

Jika ibu bapa masih bersikap pasif dan tidak merasakan kepentingan pendidikan seksual, maka anak-anak mungkin akan “explore” tentangnya pada sumber yang tak sepatutnya.

Sikap malu yang tidak bertempat perlu segera diketepikan demi maslahah yang lebih besar. Ajari anak-anak tentang perkembangan seksual SESUAI umur mereka.

Kembali kepada Al-Quran bagaimana cara mendidik anak-anak tentang seksualiti apatah lagi jika ditanya tentang hal-hal yang mungkin dianggap sensitif seperti “Dari mana saya lahir?” “Apa itu seks?” dan sebagainya.

Masyarakat perlu mengikis sikap taboo yang tidak mahu berbicara mengenai seks kerana dianggap jijik.

Percayalah, jika hal ini dididik dengan baik, maka insha Allah anak-anak lelaki dan perempuan kita lebih terjaga dan selamat.

Dan harapannya ialah kes-kes sumbang mahram dan seks luar nikah dapat dikurangkan dan ditangani dengan cara yang paling rahmah.

Ajarilah anak-anak lelaki bagaimana menghormati wanita dan ajarilah wanita bagaimana menghormati diri sendiri.

Penggunaan perkataan alat kemaluan mungkin boleh juga ditukar kepada alat kehormatan supaya mereka memahami bahawa alat kehormatan itu perlu dijaga dengan terhormat dan bukanlah digunakan sembarangan.

Sekian.

Nurul Azzura Mohamad Jafri

Aktivis Malaysians Against Pornography

 

 

Rujukan

Barkan, S. E. (2011). Agents of Socialization. In S. E. Barkan, Sociology:

Understanding and Changing the Social World. Minneapolis, Minnesota:

University of Minnesota Libraries Publishing.

Sardiman. (2005). Interaksi dan Motivasi Belajar “MENGAJAR” (m/s. 51). Jakarta: Raja Grafindo.

 

 

 

 

 

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply