Menghukum vs Memberi Pilihan

0
82
views

Menghukum vs Memberi Pilihan

Menghukum vs Memberi PilihanMenghukum vs Memberi Pilihan | Rasulullah SAW sendiri tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap kanak-kanak semasa ingin menasihati mereka. Baginda sering

berlemah-lembut dalam percakapannya dengan kanak-kanak. Satu hadis yang direkodkan daripada Sunan Abu Dawud yang bermaksud:

 

Seorang sahabat Nabi pernah berkata, “Semasa saya kecil, saya suka menjatuhkan

buah kurma dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, Rasulullah SAW mendukung saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya”

 

Rasulullah SAW juga selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul walaupun seorang kanak-kanak (mahupun wanita) pada sepanjang hidupnya. Rasulullah SAW banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya pemberian denda dalam perkara mendidik anak – anak.

 

Perkara – perkara ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa mengapa hukuman tidak berkesan untuk membentuk tabiat positif jangka panjang sebaliknya memberi atau pilihan lebih berkesan. Mari kita sama – sama melihat contoh situasi antara hukuman dan pilihan yang selalu berlaku antara ibu – bapa dengan anak – anak.

 

Seorang anak perempuan keluar bersama rakan – rakannya dari pagi hingga larut malam.

 

Daripada Menghukum :

 

Situasi 1 :

 

“ Kau lewat pulang ke rumah. Mak akan beritahu kepada ayah kau apabila dia pulang dari kerja luar nanti”

 

Lebih Baik Memberi Satu Poin Yang Membantu:

 

“Lebih baik membantu mak memasak makanan kegemaran kau di rumah”

 

Situasi 2 :

 

Daripada Menghukum

 

“ Kau pulang lewat ke rumah. Anak dara yang baik tidak keluar sehingga lewat malam. Kau tidak dibenarkan keluar rumah selama seminggu”

 

Lebih Baik Memberitahu Ketidakpuasan Hati Secara Tegas(Tanpa Menyerang Peribadi Anak Anda)

 

“ Mak tak suka dengan apa yang berlaku. Keselamatan kau dalam bahaya kerana keluar rumah sehingga lewat malam”

 

Situasi 3:

 

Daripada Menghukum

 

“ Kalau mak tahu kau pulang hingga lewat malam lagi, mak akan pukul kamu”

 

Lebih Baik Memberi Pilihan

 

“Kau boleh keluar dengan kawan – kawan kau jika kau mahu tetapi mak beri kau pilihan : Pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib atau pulang ke rumah sebelum waktu makan tengahari, kau sendiri yang buat pilihan”

 

Sekiranya anak masih lagi berdegil….

 

Biarkan Anak Merasai Sendiri Kesan Daripada Melanggar Kata –kata anda

 

Situasi 4 :

 

Anak : Mak, saya mahu keluar dengan kawan – kawan hari ini, boleh?

Mak : Tak boleh. Mak tak benarkan kau keluar

Anak : Tapi mak, saya dah berjanji dengan kawan – kawan

Mak : Bukan hari ini

Anak : Kenapa pula hari ini tak boleh?

Mak : Kau sendiri yang beritahu mak kenapa?

Anak : Sebab saya pulang ke rumah pada tengah malam?

Mak : Tahu pun

Anak : Maafkan saya mak, berilah saya peluang

Mak : Mak telah beri peluang kepada kau banyak kali nak. Nanti – nanti sahajalah kau keluar

dengan kawan – kawan kau tu. Hari ini kau duduk di rumah.

 

Kadang-kadang ibu bapa menganggap anak-anak mesti dihukum dan dimarahi supaya mereka akan berperangai baik dan seterusnya akan mencapai kejayaan. Tidak salah ibu bapa mempunyai perasaan ingin melindungi anak-anak dan memarahi mereka namun orang yang dimarahi tanpa ditunjukkan kesalahan dan tauladan yang sebenar hanya akan menjadi lebih parah. Manakala orang yang dimarahi tetapi ditunjukkan kesalahan dan tauladan yang sebenar akan menjadi lebih tabah.

 

‘Memarahi’, ‘menghukum’, ‘memuji’, dan ‘berbincang dengan anak ada tekniknya. Pelajarlah dari al-Quran dan akhlak Rasulullah SAW dalam mendidik anak – anak remaja anda.

 

Intan Nursyamiza Husin

Diploma Kaunseling, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Tahun Akhir

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply