Mengusung Jenazah Sebagai Simbol Untuk Memberi Kesedaran Kempen Taknak Merokok

0
186
views

PELABUHAN KLANG – Sekumpulan peserta Remaja Raikan Ramadan (3R) telah menzahirkan kreativiti merekdengan melakukan flashmob mengusung ‘jenazah’ di bazar Ramadan bagi menyampaikan mesej tentang bahaya rokok dan vape.

Ia adalah sebahagian daripada program 3R bertemakan “Shinzo No Kusuri” yang bermaksud “Ubat Hati” yang telah berlangsung pada 10 dan 11 Jun lalu di Masjid Kampung Raja Uda anjuran IKRAMTeens Klang dengan kerjasama pihak masjid.

Program yang disertai seramai 94 orang remaja di sekitar kawasan Klang ini dimulakan dengan bacaan al-Quran, ucapan pengarah program dan seterusnya ucapan Nazir Masjid Kampung Raja Uda, Haji Ismail Arsat.

Menurut Pengarah ProgramBro. Azri, tema yang dipilih bermaksud untuk menekankan aspek pembersihan hati serta memperkenalkan cara mengubati hati berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah melalui slot-slot pengisian yang telah disampaikan oleh para penceramah.

Ucapan Nazir Masjid dan slot The Friends Beside Me

Pelbagai acara menarik disediakan untuk para peserta antaranya The Friends Beside MeMedicine for Our Heart, Bedah Filem, Flash 4 UmmahNight of Muttaqin dan Taqwa Hunters.

Dalam slot Flash 4 Ummahpeserta turut diberi peluang mendekati masyarakat sekitar melalui persembahan flashmob yang bertujuan memberi kesedaran tentang bahaya rokok dan vape, dan sebagai tanda sokongan terhadap kempen Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR).

Slot Medicine for Our Heart oleh IKRAM Health, latihan dalam kumpulan dan flashmob

Tambah Azri, program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah digariskan, malah para peserta juga telah memberikan maklum balas yang sangat positif mengenai program 3R kali ini.

Sehubungan dengan itu, IKRAMTeens Klang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Masjid Kampung Raja Uda atas kerjasama mantap yang telah diberikan, begitu juga kepada para fasilitator dan peserta yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang 3R berlangsung.

Semoga Allah menerima segala amal kita di bulan Ramadan yang mulia ini dan semoga bertemu lagi dalam program-program IKRAMTeens yang akan datang, insyaAllah.” 

 

Sumber : ikram.org

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply