Meninggalkan Maksiat Dengan Menambah Amal Soleh – Ust Pahrol Juoi

0
150
views

Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan. Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat.

Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan.

Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya.

Cara mengurangkan masa menggunakan talipon bimbit ialah dengan membaca Al Quran.

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

 

Artikel Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply