Mursyid Am Ke-7 Ikhwan Muslimin Meninggal Dalam Penjara – Prof. Hatta Shaharom

0
1220
views
 Almarhum Mursyid Am Ke-7 Ikhwan Muslimin

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عنه

 


Almarhum Syeikh Muḥammad Mahdī ‘Ākif (12 Julai 1928 – 22 September 2017)
Demikianlah hayat mulia sang mantan Mursyid Am dan murabbi, Mursyid Am ke-7 Ikhwan Muslimin.
Almarhum dilahirkan pada tahun Ikhwan Muslimin ditubuhkan.
Kesusahan jasad dan keperitan duniawi merupakan penghujung hayatnya yang penuh dengan perjuangan menegakkan keadilan, menyeru kemakrufan, melawan kebatilan serta menentang kemungkaran.

 

Moga Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menyediakan bagi Almarhum kesenangan di alam barzakh dan kebahagiaan di akhirat nanti.

 

Almarhum adalah Mursyid pertama yg memastikan tempoh kemursyidannya tidak disambung setelah ia tamat.

Ini merupakan satu amalan baru dalam jamaah Ikhwan Muslimin. Kemursyidan Mursyid yg lain tamat dengan pemergian mereka dari dunia yang fana ini.
Almarhum adalah mantan Mursyid Am yang dipenjarakan bersama-sama Mursyid Am yang mengambil alih kepemimpinan selepasnya; dan juga mantan mursyid yg meninggal di dalam penjara.

 

Almarhum telah dipenjarakan oleh kesemua presiden Mesir melainkan Muhammad Mursi – Jamal Abdel Nasir, Anwar Sadat, Husni Mubarak dan Abdul Fattah al-Sisi.

Selamat pergi sang Mursyid dan murabbi.

Semoga pertemuan singkat kita pada tahun 2008 merupakan perintis bagi pertemuan yang lebih lama dan bahagia di akhirat nanti, insya-Allah.
Kami akan menyusul dengan segala kebaikan yang terdaya dalam mujahadah menghayati Sunnah Rasulullah s.a.w. demi keredaan Allah Maha Perkasa dan Empunya segala ciptaan.

 

 

Catatan ringkas oleh
Mohamed Hatta Shaharom
2 Muharram 1439 H ::: 23 September 2017 M

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply