Muslim A+

2
133
views

Muslim Cemerlang

muslim cemerlangMuslim Cemerlang | Baiklah. Pinjam spec anda sekejap? Cuba tengok ni ; seorang muslim, memakai kemeja kemas, berkopiah, dup dap dup dap, dia berjalan menundukkan pandangannya. Anda tahu dia nak ke mana? Dia nak pergi mengajar omputeh ilmu Matematik di MIT.

Wah!

Ataupun, seorang muslimah, berpakaian sempurna penuh simple, bertudung labuh, naik ke atas pentas, menerima Anugerah Biasiswa Harvard kerana menjadi pelajar perubatan terbaik dunia!

Wah!

Apa anda rasa? Huiyo! Kagum? Rasa nak pengsan? Dup dap dup dap?

Begitulah. Salah satu cara kita dapat menzahirkan syiar Islam! “Alah, biarlah kawan aku yang naik pi atah pentas tu. Aku ni apa ada. Hak tui. Cikgu mengajo aku tak tido, dia pon tak tido, tapi aku susoh beno nak memahamnye. Biolah die jadi tu.”

Erk. Anda tahu anda telah melanggar satu prinsip penting dalam Islam dengan berkata demikian? “Yer ker?”

A ah. Kan Allah suruh kita supaya berlumba-lumba dalam kebaikan. Anda rasa belajar tu benda buruk ke? Wallaawehhh! Dan, seorang mukmin sentiasa inginkan yang terbaik antara dua perkara. Anda tak nak jadi mukmin ke? Eh.

Nah lagi satu: Ustaz Hasrizal pesan : “Menjadi hebat bukanlah satu pilihan, kerana semua ahli syurga itu hebat-hebat belaka!” Ha! Makanya, anda rasa jadi tak pandai tu hebat ke? Hak tui!

“Ok. Tapi otak aku ni memang selow. Loading je memanjang… Lagipunkan manusia tu berbeza-beza. Apa aku boleh buat?”

Baiklah. Siapa yang cipta otak anda? Anda percaya tak yang Allah ada kata dalam al-Quran, bahawa manusia ialah sebaik-baik ciptaan. Anda rasa anda manusia? Eh.

“Habis tu, waktu kegemilangan Islam dulu tu, kenapa ada beberapa Imam je yang terkenal? Kan diorang faham semua yang ko dah cakap ni. Ha, kenapa pulak? Kan semua kena jadi hebat, kenapa sikit je nama-nama yang aku dengar hebat-hebat dalam macam-macam subjek ni. Ha, kenapa pulak tu?”

Ok. Jelas di sini. Yang salahnya ialah anda, sebab anda yang tak tahu. Kenal Ibnu Sina? Ahli fiqh dan juga ahli perubatan. Baik, saya percaya ramai yang kenal. Bagaimana pula dengan bidang Jabir Ibnu Hayyan, Yuhannah Ibnu Masawayh, Hunain Ibnu Ishaq, Tsabit Ibnu Qurrah, al-Abbas Ibnu Said Al-Jawhari, Abu al-Faíd Ohun-Nun, Abu Hasan ‘Ali bin Sahl Rabban at-Tabari, ar-Razi. Err…anda  nak saya senaraikan berapa banyak lagi? Ni baru bidang farmasi. Ahli kamera al-Haitham, sejarawan al-Khatib al-Baghdady dan lain-lain belum disebut lagi.

Memang saya tak nafikan, bukan semua faham fikrah Islami yang ini pada zaman itu, kerana memang ada yang ditimpa penyakit sakit otak dan masih ada juga yang tidak mahu berfikir! Namun, ramai yang faham akan fikrah ini. Ramainya cendiakawan Islam yang bertugas dalam lapangan ilmu Islam, mahir perubatan, mahir membina, mahir tentang haiwan, mahir tentang sejarah, mahir tentang ilmu falsafah, mahir matematik dan sebagainya. Dan mereka semua hebat-hebat! Anda tak mahu jadi hebat ke? Hebat itu salah satu ciri ahli syurga tau. Syurga tu mahal tau. 2 singgit tak dapatlah.

Anda tak malu ke, apabila keputusan peperiksaan keluar, asyik-asyik orang bukan Islam. Asyik-asyik orang bukan Islam. Tak malu ke?

Saya suka untuk petik kata-kata Syeikh Ahmad Deedat (Guru Syeikh Zakir Naik). Mungkin anda pernah dengar. Tapi ulang kali kedua mungkin akan kuatkan lagi hati anda. Jadilah hebat!

“What’s Wrong With the Muslims?”

You have it! Allah has given it to us! He is telling us in the Qur’an. He is giving you deen. He said: “Liyuzh hirohu ‘aladdiini kullih”. “(Your religion) is to master, overcome, and supersede every other deen (religion).” Every other way of life. Whether it be Judaism, Hinduism, Buddhism, Cristianism, Communism. Every ‘isim’! Islam is destined to master them ALL. He (Allah) said: “Walau karihal kaafiruun” : “Though (O Muhammad) the unbelievers might not like it…” And He repeats the same formula in the Qur’an again, and He ends by saying : “Walau karihal musyrikuun” : “Though the mushriks (idolaters) might not like it…”

This is the destiny of this deen (religion).

And He repeat the same formula, again in the Qur’an. 3 TIMES! He says : “Huwallazi arsala rasuulahu bil huda…” : “He it is who sent His Messenger (Muhammad) with guidance …”. “wa deenil haq…”: “…and the religion of truth…”. “Liyuzhirohu ‘aladdeenikullih…” : “That it will prevail, overcome, and supersede every other deen.”

Buldoze them ALL.

“Wa kafa billahi syahiida.” : “And enough is Allah for a witness” to this fact! That He is going to make His deen to PREVAIL.

With you or without you!

But we human rubbish! I say all of you! You and me! Allah is giving us that opportunity to serve His deen. To do a Prophet’s job and earn a Prohet’s reward! Allah has given you the answers! Solutions to their problems!

Ada lagi beberapa key notes yang penting dan anda mungkin rasa lebih bersemangat kalau ada muzik dup dap dup dap. Kalau kurang mahir BI takpe sebab sari kata BM disediakan. Tonton kat sini: http://www.youtube.com/watch?v=tGnUsM98sRM  . Anda akan rasa terkejut! Serius!

 

Mardhiyyah Abadan

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

2 COMMENTS

Leave a Reply