Nasihat Dan Pesanan Ustaz Kamilin Jamilin Sempena Kedatangan Ramadhan

0
219
views

18581886_10155263532686054_5085124885040553356_n

1. Ibadah puasa ini adalah suatu ibadah yang besar. Kerana apa? Kerana Allah keep ibadah puasa ni, dari umat dahulu lagi. 

كما كُتِبَ على الذين من قبلكم

Difahami bahawa, dari umat terdahulu lagi, ibadah puasa dah ada. Maka ia adalah suatu amalan yang besar, yang patut kita ta`zīmkannya (agungkan), dan tidak lalai terhadapnya.

2. ((لعلكم تتقون)) : dengan berpuasa, ia mendidik kita menjadi seorang yang bertaqwa. Makna asal bagi kalimah taqwa, ialah wiqāyah. Yang bermaksud penghadang, penahan, dengan membawa maksud, yang menjaga kita, dari melakukan kemaksiatan kepada Allah.

3. Ramadhan adalah tetamu. Maka seharusnya kita memuliakan tetamu. Banyak hadith yang berkaitan dengan tetamu, yang ust sebutkan. Antaranya adalah, hadith yang masyhur, dalam Arba’in Nawawiy :

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya”

4. Tiga kategori orang dalam menyambut Ramadhān;

Yang Pertama : Orang yg menyambut ramadhān dengan merasakan bahawa ramadhān adalah suatu beban, maka ianya menjadi berat.

Seperti contoh ustaz, seorang perokok, dia merasakan kalau masuk dalam Ramadhān, dah tak boleh nak merokok. Nak merokok depan orang malu, maka dia sembunyi.

Dengan itu, dia rasa terbeban. Apakah punca orang sebegini merasa beban dan berat? Tidak lain, tidak bukan adalah kerana nafsu dan maksiat.

Yang Kedua : Golongan yg tiada rasa apa-apa, dia okay je. Dia rasa macam biasa. Seperti kata orang “Layankan aja”. Dan kategori ini, tidak berapa bagi kesan kepada diri sendiri.

Apabila Ramadhan habis, sama je perangai, akhlak, amalan dan lain lain. Tiada perubahan. Dan kebanyakan kita termasuk dalam kategori ni.

Yang Ketiga : Golongan yg paling jarang wujud, iaitu apabila tiba ramadhan, mereka tertunggu tunggu. Rasa excited. Macam seorang ayah yg tak sabar sabar menunggu kelahiran seorang anak.

Rasa gembira dengan ketibaan “tetamu” mulia. Tak sabar nak beramal. Tak sabar nak berpesta ibadah.

Maka mari kita muhasabah, digolongan manakah diri kita tergolong? Moga moga yang ketiga!

Satu hadith dari Abu Hurairah radhiAllāhu `anhu, yang diriwayatkan oleh Imam Bukhary juga Imam Muslim :

كان رسول الله يُبَشِّر أصحابه بقدوم رمضان يقول : قد جاءكم شهر رمضان شهر مبارك ، كتب الله عليكم صيامه ، فيه تفتح أبواب الجنة وتغلق فيه أبواب الجحيم ، وتغل فيه الشياطين ، فيه ليلةٌ خيرٌ من ألف شهر ، من حُرِمَ خيرها فقد حُرِم

RasūluLlah ﷺ selalu memberi khabar gembira kepada para sahabat RadhiAllāhu `anhum ajma`īn, akan kedatangan Ramadhān, Nabi ﷺ bersabda : “Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhān, iaitu bulan yang diberkati. Allah ﷻ mewajibkan kepadamu untuk berpuasa padanya. Padanya juga, dibuka pintu pintu syurga, dikunci pintu pintu neraka, dan dirantai para syaitan. Di dalamnya juga, ada satu malam, yang mana malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan. Maka barangsiapa yang diharamkan kebaikan pada malam itu (tak beramal dsb), maka dia telah tertahan dari kebaikan.”

MasyaAllah, Nabi ﷺ sangatlah gembira dengan kedatangan Ramadhān! Ulama dulu, berpesta amalan dalam Ramadhan. Mereka bergembira dengan kedatangan ramadhan.

Bagaimana kita tak gembira? Alangkah banyaknya kelebihan di dalamnya! Antaranya :

1) Diturunkan padanya Al Qur’an. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al Qadr ayat 1, dan ditafsirkan dengan surah Addukhān ayat 3.

2) Ada satu malam, lebih baik dari seribu bulan. Seperti yang dinyatakan hadith sebelum ini.

3) Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan syaitan. Oleh kerana itu, sepatutnya makin berkuranglah maksiat. Maka timbul isykāl, bagaimana kalau yang bermaksiat jugak?

Jawab ust, perlu diketahui bahawa syaitan itu ada dua golongan, jin dan manusia.

Kata Allah وكذلك جعلنا لكل نبي عدوا شياطين الإنس والجن.

Maka nafsulah yang menyebabkan kita berbuat kejahatan. Kata Allah : (إن النفس لأمارة بالسوء)

Dengan itu, hendaklah dalam bulan Ramadhan, mulakan langkah untuk berubah kepada yang lebih baik.

Dan dalam nak berubah tu, ia memerlukan juhud, konsisten dan berterusan. Moga Allah memberi tawfīq untuk kita terus menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

4. Ramadhan ajar kita jadi muslim lebih baik. Ramadhan sebagai madrasah. Maka kita perlu bermuhasabah. Kalau lepas ramadhān, seakan akan tiada perubahan, boleh jadi Ramadhan itu tak ada kesan pun, dan boleh jadi pahala pun tiada, hanya sia sia. Boleh jadi.

5. Di dalam bulan Ramadhān, secara umumnya, segala amalan yang dilakukan dalam Ramadhān, tak sama dengan amalan yang sama, yang dilakukan pada bulan bulan lain.

Puasa dalam Ramadhān, lain dengan puasa di bulan yang lain. Kebanyakan bulan lain, mustahab. Tetapi puasa dalam bulan Ramadhān, ianya fardhu.

Sebagai contoh, binaan masjid. Benda wajib ada, ialah tiang, dan lain lain. Dan hiasan tu adalah mustahab atau bonus. Supaya nampak lebih cantik. Begitu juga solat sunnah tak sama dengan solat fardhu, sedekah dengan zakat.

Bagi makan orang buka puasa tak sama dengan bagi makan kepada orang pada bulan lain. Kata nabi :

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga”

Hadith Riwayat Imam Attirmidziy, yang disahihkan oleh Imam Al Albani.

Qiyām allayl dalam Ramadhān, tak sama dengan qiyām di bulan yang lain. Nabi ﷺ bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al bukhāry dan Imam Muslim, menerusi Abu Hurairah radhiAllāhu anhu, kata Baginda :

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

‘Barangsiapa yang mendirikan solat malam di bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala (dari Allah), nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

Kerana itu, para sahabat ridhwānuLlāh `alayhim ajma`īn , bila tiba Ramadhan, mereka cuba buat semua amalan.

Lebih lebih lagi pada 10 malam terakhir, lagi kuat. Nabi ﷺ beri`tikaf pada 10 malam yang terakhir, dan mengejutkan ahli keluarganya yang lain pada 10 malam terakhir seperti yang waridh dalam hadith `Ā`isyah RadhiAllāhu Anha.

Seterusnya amalan sedekah, seperti amalan amalan yang lain, tak sama kalau ianya dilakukan di bulan Ramadhan dengan di luar Ramadhan. Satu hadith menerusi Ibn Abbas, yang diriwayatkan oleh Imām Bukhāry :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيْلُ كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ الْمُرْسَلَةِ.

“Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling dermawan dalam kebaikan. Dan beliau lebih dermawan lagi ketika di bulan Ramadhan pada saat Jibril menemuinya. Maka pada saat Jibril menemuinya, ketika itulah beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih dermawan dalam kebaikan dari pada angin yang bertiup.”

Kerana itu, memang jelas bahawa para sahabat, berlumba lumba untuk berbuat kebaikan. Ibn `Umar RadhiAllāhu ‘anhuma berbuka puasa dengan anak yatim ketika ramadhan untuk meraih kelebihan di dalam Bulan Ramadhan.

Banyakkan baca quran di dalam bulan ramadhān. Kata Ibn Abbas, “sesiapa yang tidak membaca al quran dalam masa sebulan, tak khatam, maka dia telah memulaukan Al Quran.”

Imam Ahmad rahimahuLlah, ketika ramadhan dua hari sekali khatam. Imam Syafi’ey rahimahuLlah dua kali sehari khatam al quran. Betapa berkatnya masa mereka.

Kata Imam Az Zuhri, Ramadhan ialah شهر القرآن وشهر الإطعام, bulan Al Quran dan bulan untuk memberi makan. Beliau adalah seorang Imam besar dalam bidang Hadīth, bila tiba ramadhan, beliau batalkan kelas hadith beliau.

Sebab nak manfaatkan masa sebaiknya dengan alQuran. Imam Sufyan Ats-tsawriy dan Imam Malik pun begitu juga. Satu hadith dari ‘Abdullah Ibn ‘Amr Ibn Al ‘Ash, yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhāry katanya :

 اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِى شَهْرٍ » . قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً حَتَّى قَالَ « فَاقْرَأْهُ فِى سَبْعٍ وَلاَ تَزِدْ عَلَى ذَلِكَ 

“Bacalah (khatamkanlah) Al Quran dalam sebulan.” ‘Abdullah bin ‘Amr lalu berkata, “Aku mampu lebih dari itu.” Beliau pun bersabda, “Bacalah (khatamkanlah) Al Qur’an dalam tujuh hari, jangan lebih daripada itu.”

Larangan nabi, kata ustaz, mungkin kerana kita tak boleh mentadabbur ayat kalau lebih cepat dari itu, sedangkan AlQuran itu adalah

كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا آياته

yakni untuk ditadabbur.

Dalam membaca Al Quran, ulama ada dua sistem;

1. Habiskan dalam setahun; sebab nak tadabbur, amal. (ya’ni ambil masa untuk tadabbur tanpa terkejar-kejar untuk mengkhatamkan alquran).

Kata Ibn Mas`ud RadhiAllāhu `anh : “kami tak akan berpindah 10 ayat ke 10 ayat lain, melainkan selepas kami amal.

2. Habiskan baca. Sebab fadhilat baca banyak. Seperti hadith yang menyatakan bahawa setiap huruf itu 10 ganjaran.

Doa dalam Ramadhān, tak sama dengan doa di bulan yang lain. Kata Nabi ﷺ dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al Bayhaqi :

ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ لاَتُرَدُّ دَعْوَةُ الْوَالِدِ وَدَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ

“Tiga doa yang tidak ditolak ; doa ibubapa terhadap anaknya, doa orang yang sedang berpuasa dan doa seorang musafir”.

Yakni selagi mana dia tak buat benda yang menghalang dari mustajab doa seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menerusi Abu Hurairah RadhiAllāhu `anhu, sabdaNya :

ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Kemudian Nabi ﷺ menceritakan tentang seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdo’a: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan do’anya?”

Maka hendaklah kita menjaga diri dari melakukan perkara perkara yang boleh menyebabkan tertolaknya doa.

Bulan Penghapus Dosa

Ramadhān juga adalah bulan penghapus dosa. Kata nabi ﷺ dalam satu hadith riwayat Imam Muslim, menerusi Abu Hurairah radhiAllāhu `anh :

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائر

“Solat fardhu lima waktu, shalat Jumaat ke Jumaat berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antara masa tersebut seandainya dosa-dosa besar dijauhkan.”

Seterusnya, Allah ﷻ menjanjikan pahala berlipat ganda, kata Nabi ﷺ riwayat Imam Muslim,

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي.

“Setiap amal yang dilakukan oleh anak Adam akan dilipatgandakan. Satu kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Lalu Allah ﷻ berfirman, “Kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu dan Akulah yang memberi ganjarannya. Orang yang berpuasa meninggalkan syahwat dan makannya demi Aku semata.”

‘Special’nya puasa, Allah ﷻ tidak beritahu ganjarannya secara ‘specific’.

Selain itu, bau mulut orang yang berpuasa seperti bau kasturi di sisi Allah, kata Habībuna Rasulullah ﷺ menerusi Abu Hurairah RadhiAllāhu `anh :

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخَلُوْفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

“Demi Rabb yang jiwa Muhammad (berada) di tanganNya, sungguh bau mulut seorang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada wangian kasturi.”

Kata nabi lagi :

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ.

“Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kebahagiaan, berbahagianya dia ketika dia berbuka, berbahagianya dia juga dengan puasanya itu dan pada saat ia berjumpa Rabbnya. Bahagianya mereka, kerana mereka dapat menunaikan kewajiban mereka, menunaikan hak puasa secara sempurna.

Keistimewaan puasa lagi, dalam satu hadith menerusi Sahl bin Sa`ad yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhāry, sabdaNya :

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ.”

“Sesungguhnya di Syurga itu ada sebuah pintu yang disebut ar-Rayyān. Pada hari Kiamat nanti orang-orang yang suka berpuasa akan masuk Syurga melalui pintu itu. Tidak ada seorang pun selain mereka yang diperkenankan (untuk masuk Syurga) melalui pintu itu.”

Manfaatkanlah bulan ramadhān ni sebaiknya dengan melakukan ibadah sehabis baik. Bangunkanlah Ramadhan dengan munajat.

Hasan Bin Sālih rahimahuLlah, yang juga merupakan ulama kurun ke 2 hijrah, seorang yang kuat berqiyām allayl. Abu Hurairah, membahagikan malam kepada 3 bahagian, ketika beliau tinggal bersama ibu dan pembantunya.

Setiap bahagian malam, beliau akan pastikan ada sahaja antara mereka yang bermunajat kepada Allah. Begitulah kesungguhan mereka para salaf dalam qiyām allayl.

Antara tips yang Ustaz HafizahuLlah beri kepada kita, kalau nak senang bangun, lakukanlah qailullah dan jaga makan.

Qailullah itu ulama berselisih : adakah sebelum zohor atau selepas. `ala kulli hāl, tidurlah sebentar bagi mendapatkan kekuatan untuk qiyām di malam hari.

Imam Nawawiy makan hanya sekali sehari, minum juga sehari sekali. Hatta sahabatnya nak bagi timun pun, beliau tak nak.

6. Hendaklah kita jaga puasa kita, dengan sahur. Beza di antara puasa kita dan puasa ahl kitab ialah sahur, seperti yang diriwayatkan oleh Abdullāh Ibn Amr Ibn Al `Ās. Kata Nabi ﷺ dalam satu hadith menerusi Anas,

تسحروا فإن في السحور بركة

“Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu terdapat barakah”

7. Juga pesan ustaz, hendaklah kita tinggalkan perkataan perkataan nista, semua benda قول الزور وعمل به , kerana dengan perkara perkara yang sedemikian akan merosakkan puasa kita. Kata Annabiy ﷺ dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Syaikhān, menerusi Abu Hurairah :

وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ.

“Puasa itu adalah perisai, jika suatu hari salah seorang di antara kalian dalam keadaan berpuasa, maka hendaknya dia tidak berkata kotor dan bertepik menjerit. Jika seseorang mencela dan mencacinya, hendaknya ia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.’”

Moga ada manfaatnya!

Diolah Dari Sumber Asal : Laman Facebook Muhammad Syahmi

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply