Nikmat Kesedaran Itu Mahal Harganya

0
110
views
Mahalnya nikmat kesedaran
kredit

Menyedari kesilapan ketika kita membuat kesalahan adalah perkara yang tidak semua orang akan dapat. Tak semua akan rasa perasaan serba salah yang hadir dalam diri. Boleh jadi dia akan merasakan dirinya yang paling benar dan orang adalah yang salah. Sebab itu boleh kita katakan menyedari kita membuat kesilapan itu merupakan satu nikmat yang besar daripada Allah.

Tak semua orang rasa salah mempersembahkan aurat pada khalayak ramai adalah satu kesalahan dan berdosan. Maka sepatutnya anda patut bersyukur mempunyai perasaan tidak selesa mempamerkan aurat anda pada yang bukan mahram.

Tidak semua orang merasakan sedekah itu satu keperluan. Ramai diantara kita yang terlalu mencintai harta sehingga merasakan bersedekah itu merugikan kita. Maka bersyukurlah ketika mana Allah melembutkan hati kita untuk bersedekah karena itu adalah salah satu nikmat yang besar.

Hanya sebahagian orang yang sedar bahawa menuntut ilmu adalah suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan. Maka bersyukurlah ketika Allah masih memampukan kita untuk berada dalam majlis ilmu. Kerana tak semua orang sedar bahawa untuk meraih dunia dan akhirat kita memerlukan ilmu.

Nikmat kesedaran tidak semua orang mampu miliki. Sebab itu hanya sebagian orang sahaja yang menyedari bahawa kematian itu adalah satu kepastian jadi mereka mempersiapkan diri dengan sangat baik. Sungguh sangat rugi jika nikmat kesedaran ini tidak kita miliki.

Kerana tanpa kesedaran tidak akan pernah bertaubat ketika kita tidak sedar bahawa kita telah melakukan banyak dosa.

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply