Oh %$@&!

0
15
views

bigpreview_A Broken Phone

 

Seorang murabbi ingin membantu seorang anak usrahnya, Alif,
dalam membina kethiqahan anak usrahnya terhadapnya (Alif).

Alif malam sebelumnya telah menemui beliau,
dan mengadu anak-anak buahnya masih tidak yakin terhadapnya.

Keesokan harinya, beliau telah memanggil Alif,
untuk bersama mengikutnya ke Petronas.

Sebelum beliau ke tandas, beliau telah meminta Alif,
untuk memegang iPhone 5snya.

Beliau memasuki tandas tersebut,
dan membasahkan kedua-dua belah tangannya.

Kemudian beliau keluar,
dan mendekati Alif.

“JazakAllahu Khair,” kata beliau sambil menghulurkan tangan.

Alif pun mengangkat tangannya,
untuk meletakkan phone murabbinya.

Tetapi sedetik sebelum phone tersebut bertapak di tangan murabbi itu,
beliau telah mengalihkan tangannya sedikit.

Maka jatuhlah phone tersebut.

Alif menyaksikan kejatuhan phone itu,
dan sebaik sahaja ia mencecah lantai,
bibir Alif laju menutur,

“Oh #*@$!!!”

Abang besar tersebut dengan tenang mengambil kembali iPhonenya,
sebelum memandang Alif dan berkata,

“Seorang Muslim akan menjaga kata-katanya dalam apa jua keadaan.
InsyaAllah, kita dah tahu apa yang kita perlu perbaiki kan, Alif yang tercinta?”

Jantung Alif terhenti seketika,
sebelum dia mengangguk memahami kata-kata murabbinya.

***

Kita boleh jaga tutur kata kita pabila bersama mereka yang kita hormati.

Tetapi pertuturan kita yang sebenar,
akan terserlah ketika kita menghadapi situasi yang tidak disangka.

Kita akan hilang pertimbangan akal,
dan ‘belang’ kita yang sebenar akan tertunjuk akhirnya.

Ianya memang tidak mudah,
tetapi tidaklah mustahil.

Ubahlah carutan yang menjadi kebanggaan sebelum ini,
kepada pujian buat Allah yang Maha Esa.

Biarlah dalam setiap keadaan,
kita memujiNya sentiasa.

Seperti ketika jatuhnya phone,
katakanlah “Allahu Rabbi.”

Kemudian susulilah dengan “Innalillah”.

Anda bolehlah menggunakan kalimah-kalimah yang lain,
dengan syarat, ianya diredhaiNya.

Indah kan?
*senyum*

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply