Ohoi Sang Murobbi

0
135
views

OHOI SANG MUROBBI!

Aku teringat. Perbualan aku tempoh hari dengan seorang akh kesayangan di sini lewat malam hari tu. Usrah dibawanya di sini sahaja ada 3 liqa. Tidak dicampur yang dibawa di Malaysia lagi. Sini sana sibuknya tak payah cerita. Ambil jurusan perubatan lagi. Sedang melalui fasa klinikal.

Bila lihat semangat dia, seakan aku tertanya. Apa sebenarnya yang buatkan dia semangat boleh macam ni. Aku tak pernah dengar keluhan dari mulut dia walaupun sedikit. Aku. Yang baru bawa 1 liqa pon dah mengeluhnya macam bawa 10 liqa keliling pinggang.

“Nta tak penat ke buat semua benda ni? Sibuk sini sana bawak liqa. Sampai ana rasa nta tak ada masa untuk diri sendiri.”

“Mestilah penat! Tak kan tak penat pulak?”

“Lepas tu, apa yang buatkan nta terus semangat sebenarnya?”

“Entah. Bila ana sibuk, ana rasa ana hidup. Tak ada masa nak fikir untuk buang masa dan sibukkan diri dengan maksiat.”

Dush! Tumbukan tamparan sepakan jarak dekat aku terima secara langsung depan dia.

“Erm. Lepas tu, bila nta stress ke apa, nta tetap kena bawak usrah kan? Macam mana anta kuatkan diri nta jumpa diaorang. Dah lah banyak liqa nta.”

“Sebab diaorang nak kan usrah. Diaorang semangat. Zalim lah ana kalau ana tak memberi. Jangan sebab kita, orang lain tak dapat nikmat Islam yang sepatutnya.”

Aku terdiam. Mati akal nak cakap apa. Sungguh. Antara sosok senior yang sangat aku kagumi kat sini. Di mana saja ada dia, pastinya ceria sentiasa. Tak pernah nampak di raut wajahnya kegusaran, stress dan apa penyakit lain lah.

 

HAKIKAT SEORANG MUROBBI.

Mungkin. Itulah hakikat sebenar seorang murobbi. Tak akan pernah rasa untuk berhenti dari memberi. Sanggup membahagikan masa sebaiknya dengan belajar, dan juga persediaan untuk bawa halaqah lagi. Pernah juga aku tanya kepada seorang akh lain. Apa rahsia untuk buatkan kita tetap atas jalan dakwah yang pastinya panjang dan banyak mehnah ini.

Jawapan yang dia beri. Ringkas dan kesannya bermakna,

“ Bila time nta nak futur, nta fikirlah pasal mutarobbi nta. Sanggup ke nta tinggalkan diaorang hanya kerana nta rasa nta down. Nanti siapa pulak nak tolong diaorang? “

Ya. Sejak itu aku mula belajar untuk menerima.

Hakikat seorang murobbi itu pastinya tak mudah seperti kita mengajar ABC mahupun 123 kepada sesiapa sahaja di luar sana. Kerna bila kita bercerita tentang murobbi, ia adalah melibatkan hati hati yang akan disentuh untuk  kita bawakan hati mereka lebih dekat kepada Allah.

 

SERONOKNYA MENJADI MUROBBI.

Bukannya semua benda yang kita buat penuh dengan susahnya sahaja. Pasti akan ada sisi baiknya.

Sepanjang pengalaman aku menjadi murobbi, antara pengalaman paling berharga adalah bila mana detik detik kita duduk berliqa bersama dengan mutarobbi.

Mungkin pada awalnya, kita akan rasa tak yakin untuk bawa liqa dalam keadaan penuh dengan ujian dan cubaan dunia luar.

Tetapi sepanjang pengalaman aku, tika mana aku bawa liqa adik adik, seakan hilang sebentar segala rasa sakit yang dirasa.

Dan mungkin juga. Inilah salah satu nikmatnya menjadi seorang murobbi. Bila mana, melihat wajah wajah mutarobbi yang ingin kita sampaikan pada mereka tentang islam yang hakiki, pastinya kita tak akan pentingkan diri. Tetap kita akan memberi. Walau apa pun yang terjadi.
Apa jua yang menimpa, tetap kita redah saja. Percayalah. Tanpa adanya seorang murobbi, mana mungkin kita bisa kenal rabbi.

MAKA WAHAI MUROBBI, THABATLAH KALIAN.

Buat anda, wahai murobbi.

Tetapkanlah memberi. Hakikatnya. Aku juga masih belajar untuk terus memberi. Betapa ramai sebenarnya jiwa jiwa di luar sana yang masih tidak dapat merasa sentuhan sebenar seorang murobbi.

Kerna dakwah kita senjatanya adalah kasih sayang, maka perlu kita merasa segala apa yang kita buat ini, pasti akan ada ganjarannya di sisi Ilahi. Kerna murobbi itu, sifatnya tak akan dikenali orang ramai. Cukup sekadar menjadi bualan penduduk langit sana.

Ikhlasnya mereka. Membuatkan lebih ramai jiwa jiwa bisa dihidupkan kembali menggalas amanah khalifah dan abid di muka bumi ini.

Tika mana anda rasa anda ingin berhenti membawa liqa, fikirkanlah apakah nasib yang akan menimpa tika mana mutarobbi anda terhenti ilmunya tentang islam. Tika mana mereka sedang semangat untuk mendalami lagi apa itu islam, kita pula sibuk merancang untuk melarikan diri dari mereka.

Senang cerita, jangan kita yang menjadi kepada penghancuran diri mereka.

Bagaimana untuk dibina sebuah bangunan yang kukuh,

Sedangkan ada mereka yang sedang merobohkannya.

-syair arab-

Maka, jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Jalan ini, adalah sebuah jalan yang suci yang di dalamnya kita korbankan jiwa dan harta kita untuk membawa seramai mungkin masuk ke dalam syurga.

Tika mana jerihnya para nabi, sahabat, tabiin dulu kala mempertahankan agama hanya untuk beri kita merasai nikmatnya, maka jangan pula kita hentikan sebarannya

Jalan ini memang payah.

Tapi kerna tempat rehat kita adalah jannah.

Maka, thabatkanlah kami ya Allah!

Penulis : Muhammad Mu’az B Omar

Blog Penulisakuadalahsupersaiya.blogspot.com

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply