Optimis Dalam Setiap Tindakan – Luthfi Yusri

0
20
views

201203-omag-optimism-600x411

Syukur terhadap Allah taala Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terhadap hambanya. Syukur juga kerana detik ini kita masih lagi dapat menghirup udara yang segar. Bersyukurlah kerana detik ini juga kita masih lagi dapat merasai nikmat iman dan islam yang sangat istimewa dan bernilai di sisi seorang muslim itu. Bayangkan jika kita tidak mempunyainya? Betapa ruginya kita. Ayuhlah kita mendidik dan menerapkan iman dan islam dalam diri dengan lebih menghayati dan menjiwai makna dua elemen tersebut sedalam-dalamnya.

Penulis pada hari ini ingin berkongsi perihal bagaimana dengan kita optimis mampu menggapai sebuah matlamat! Wah, sungguh menarik. Gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat dan utuh dengan gagasan yang didokong, wujudnya keikhlasan yang jitu dalam mendokongnya, semangat yang membara bersamanya serta sikap bersedia untuk berkorban kerananya walau apa jua yang akan berlaku demi berusaha dengan penuh aspirasi untuk merealisasikan gagasan yang diperjuangkan itu. Keempat-empat elemen ini sangat berguna dalam kita melahirkan insan yang mampu beramal dan bekerja sepertimana yang kita perlukan.

Ia merupakan sebuah anjakan paradigma buat seseorang itu terus kekal dan istiqamah dalam menggapai matlamat gagasan yang diperjuangkan sepenuh jiwa itu. Kefahaman yang benar melahirkan amal yang sepatutnya. Terutama pemuda pemuda harini yang kita lihat sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Seolah-olah tidak gentar jika dihalang. Namun sayangnya, mereka tidak menyumbang kudrat mereka kembali kepada agama. Ayuh kita berfikir sejenak.

Di sini saya gemar untuk letakkan beberapa kisah sirah antaranya :

Usamah bin Zaid merupakan tokoh islam yang sangat popular. Beliau merupakan cucu angkat Rasulullah dan ayahandanya sangat hebat iaitu Zaid bin Harithah. Menurut satu riwayat :Usamah dan beberapa sahabatnya ingin menyertai peperangan Uhud tetapi tidak diberi kebenaran oleh nabi. Waktu itu usianya sangat muda. Kerana memikirkan bahawa beliau perlu menyumbang kepada agama, beliau minta juga kepada Rasullullah tetapi hampa kerana tiada izin. Usamah pulang ke rumah sambil menangis.

Usamah terus optimis dan yakin untuk mengikut perjuangan nabi pada perang Khandak. Pada masa itu, Usamah dan teman-temannya kembali mendatangi Rasulullah, mereka hendak meminta izin untuk turut berperang. Usamah berdiri tegap agar terlihat lebih tinggi di mata Rasulullah. Akhirnya Rasulullah mengizinkan Usamah untuk ikut berperang, pada saat itu, usiaUsamahbarusekitar lima belastahun. Dan akhirnyaUsamah bin Zaid menjadi panglima perang yang sangat berkaliber pada waktu beliau muda.

Usamah dilantik sebagai Ketua Komanden Peperangan sewaktu usianya tidak lagi mencecah 20 tahun untuk menentang sebuah pasukan lawan yang sangat hebat; tentera Romawi. Akhirnya Islam mengecapi kemenangan. Sifat optimis Usamah dan sahabat seumur dengannya akhirnya menjadi mereka seorang yang sangat luar biasa. Kerana beliau faham bahawa perjuangan ini adalah perjuangan yang bersifat abadi untuk menegakkan kalimah tauhid.

Berdasarkan kisah ini, saya dapat memerhati bahawa usia muda yang sedang yang kita lalui sekarang merupakan masa masa yang berharga untuk dimanfaatkan. Masa untuk membina peribadi yang Rabbani dan sempurna. Waktu inilah elemen-elemen tersebut perlu dibentuk. Dalam menuntut ilmu kita juga beramal serta belajar untuk memimpin insan-insan di sekeliling kita. Kerana pemuda-pemuda seperti Usamah bin Zaid yang umat Islam dahagakan pada sekarang ini. Semangatnya, keyakinannya serta kepimpinannya.

Apa yang saya sendiri dapat simpulkan adalah kepercayaan dan keyakinan terhadap suatu gagasan akan melahirkan suatu amal yang luar biasa. Merasakan bahawa kita ketiadaan masa. Namun perkara ini dapat dilakukan apabila kita sering optimis dengan peluang yang kita ada. Kita masih lagi banyak kerja! Terus kekal optimis.

“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh, jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah mencoba melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua” (Buya Hamka)

 

 

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply