Pada Tahun 2050 Islam Akan Menjadi Agama Terbesar Di Dunia

0
110
views

Islam; agama yang paling cepat tersebar di dunia, lapor BBC, CNN dan Independent. Sebuah kajian dari Pew Research Center mendapati, dianggarkan dari tahun 2010 ke 2050, penduduk dunia yang beragama Islam akan bertambah sebanyak 75%. 

PF_15.04.02_ProjectionsOverview_populationChange_310px

Dengan kata lain, di penghujung abad ini, agama Islam yang kini merupakan agama kedua terbesar di dunia (1.6 billion) akan mengatasi agama Kristian (kini agama terbesar dunia) menurut kajian tersebut. 

Daripada kajian tersebut juga, terdapat dua faktor utama yang menjadi sebab kepada fenomena ini. 

Pertama, di seluruh dunia, orang Islam secara umumnya lebih subur dan mempunyai ramai anak jika dibandingkan dengan penganut agama lain.

Seorang wanita Muslim secara purata melahirkan 3.1 anak, yang mana jauh lebih banyak berbanding anak yang dilahirkan oleh wanita agama lain.

Kedua, penganut agama Islam juga secara umumnya dianggap sebagai penduduk dunia yang paling muda. (pada tahun 2010 umur median bagi penganut agama Islam adalah 23 tahun).

Usia yang muda ini juga antara penyumbang kepada faktor kesuburan yang kemudiannya menambahkan lagi bilangan mereka. 

Islam di Eropah

Di benua Eropah, penerimaan terhadap Islam adalah pelbagai. Hungary, Italy, Poland dan Greece merupakan antara negara yang majoriti rakyatnya kurang senang menerima keberadaan agama Islam. Ditambah lagi dengan isu Islamic State yang melanda hari ini.

Reuters-muslim-activists

Manakala majoriti rakyat United Kingdom, Perancis dan German pula tidak melihat Islam sebagai ancaman kepada negara.  

Islam dan ISIL/ISIS

Walaupun Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) mendakwa mereka mewakili agama Islam, tetapi majoriti umat Islam di seluruh dunia menolak mereka sebagai sebahagian daripada Islam.

Umat Islam seluruh dunia menolak sebarang justifikasi atas nama Islam yang digunakan oleh ISIS dengan kekejaman yang mereka lakukan terhadap penduduk awam.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply