Kolot ke isi borang “Baitul Muslim” ?

Danial 2 Kolot ke isi borang “Baitul Muslim” ?

Langit senja menjadi jingga, awan tenang seperti memasang telinga.

“Koff-koff… batuk-batuk sikit.. “

“Permulaan yang romantik untuk sesuatu yang kolot.. “

Ha ?

“Kau biar benar, awalnya isi borang ‘Baitul Muslim’ ? ” Aiman seolah-olah tidak percaya.

“Ye betul.  Nak tipu buat apa “

“Lagipun bukannya bernikah sekarang pun… lama lagi “

” I’m just officially ‘sudah berpunya’ la “

“But, dengan siapa, bila, bagaimana, itu aku tak tahu”

“Aku serahkan segalanya pada Allah swt. Moga-moga dengan usaha yang baik ni, akan menatijahkan jodoh yang baik-baik “

” I’m just relieved now.. Tak yah nak serabut-serabut lagi fikir nak suka siapa, kahwin dengan siapa, bercinta dengan siapa ….. “

“Get what i mean ? ” Panjang lebar Irfan menjelaskan…

“But serious bro.. aku rasa, isi borang ‘baitul muslim’ ni kolot kot,”

“Ha’a. Kolot ! “

“Serius tak tipu “

“Ye la, kau percaya ke cinta selepas kahwin ? “

“Dah la kau tak kenal dia semua. Jumpa pun tak pernah lagi. Tut-tup, terus je bernikah. Soal berkahwin ni jangan buat main-main bro. Ini hal besar “

Cinta selepas kahwin

Cinta selepas kahwin ?

“Arghh….. loser ! Tak habis-habis cerita pasal ni. Tak ada perkara yang lebih membuahkan amal ke ? ” Runggut salah seorang kawan.

Benar ! Saya tidak ragui dan sama sekali tidak nafikan.

Terlalu memikirkan tentang perkahwinan juga tidak bagus, apatah lagi tidak memikirkan tentangnya langsung ! Itu lagi tidak bagus.

Sebagusnya adalah “wasathy” pertengahan. Besederhana sahaja. Berfikir untuk bersedia dan merancang serta merubah diri. Jujur, ia bukanlah satu proses yang mudah. Perlukan pengorbanan lebih.

Hendak mengisikan borang itupun sudah struggle, inikan lagi hendak memilih calon whatsoeva. Pastinya perlukan lebih struggle dan istiharah yang lebih.

Dan… mengisi borang baitul muslim ini, bagi saya, bukanlah sesuatu yang kolot. Ia penuh dengan ketenangan. Kerana kita bakal berkahwin dengan izin Allah swt dengan orang yang kita tidak kenal !

Apa ?

Ya. Benar.

Berkemungkinan besar dengan orang yang kita tidak kenal !

Saya beri amaran sekali lagi ! Orang yang sama sekali kita tidak pernah kenal !

Ikhwah/Akhwat BM ?Spesis Alien ?

Alien ? Keterlaluan jika saya katakan begitu. Namun begitulah persepsi segelintir daripada kita.

Tidak tahu, tidak kenal, tup-tup ! Kita berkahwin dengan si empunya diri yang kita gelarkan Alien itu.

Tak mahulah !

Puas sudah murabbi kita memujuk. Kita tetap menafikan.

Tak mahu akh ! Soal jodoh ini, biar ana pilih sendiri. Tak yakin la ana dengan “BM” ni..

Sudah la tak kenal.

Orang kata, tak kenal, bagaimana nak cinta.

Tak kenal maka tidak cinta bukan ?

Siapa kata !

Tak kenal juga boleh membuahkan cinta.

*senyum tersipu-sipu malu adik-adik saya..

Betul ke ? Ok. Mari kita baca testimoni di bawah. Saya copy paste bulat-bulat dari status seorang akh ini..

“Kali pertama saya berjumpa dengan isteri saya adalah pada pertengahan Disember 2004 di rumah murabbi saya dalam majlis ta’aruf (perkenalan) dan kali kedua saya bertemu dengannya adalah 2 bulan kemudian iaitu pada hari pernikahan kami pada awal Februari 2005.

Anak kami sudah mahu masuk 5 orang, tapi mood masih lagi ‘bercinta’ dan ‘jiwang karat’…semoga kami dapat terus bercinta sampai syurga…

saya percaya kepada ‘cinta selepas nikah’ kerana menurut fakta dan sejarahnya, ia lebih menjamin kesinambungan dan keharmonian rumah tangga…anda pula bagaimana? “

Ia benar. Cukuplah sekadar saya bawa kisah ini sahaja. Tidak kuasa rasanya ingin berkisah panjang.

Namun semalam, secara kebetulan. Saya menemukan satu teori saintifik bagi menyokong kenyataan di atas.

“Early dating (before married) may be related to less romantic relationship in adulthood” (Monash Lecture slide) “

Saintis kata, bukan saya kata !

So, jangan gatai-gatai ia nak bercinta sebelum kahwin !

Di jalan dakwah ini….

Pernikahan akan bernilai dakwah apabila dilaksanakan sesuai dengan tuntunan Islam di satu sisi, dan menimbang berbagai kemaslahatan dakwah dalam setiap langkahnya, pada sisi yang lain. Dalam memilih jodoh, dipikirkan kriteria pasangan hidup yang bernilai optimal bagi dakwah.

Dalam menentukan siapa calon jodoh tersebut, dipertimbangkan pula kemaslahatan secara lebih luas. Selain kriteria umum sebagaimana tuntunan fikih Islam, pertimbangan lainnya adalah :

apakah pemilihan jodoh ini memiliki implikasi kemaslahatan yang optimal bagi dakwah, ataukah sekedar mendapatkan kemaslahatan bagi dirinya sendiri? 

(Cahyadi takariawan)

Ya seperti itulah yang seharusnya difikirkan oleh aktivis-aktivis dakwah. Pernikahan adalah suatu proses dakwah yang akan memberi kemaslahatan optimal kepada dakwah. Bukan kepada dirinya sendiri.

Memanglah, jika diikutkan hati, mahu sahaja kita berkahwin dengan orang yang kita suka, orang yang kita kenal. Saya pun mahu berkahwin dengan orang yang saya suka. Salah ke ?

Demi Allah swt, kita tidak salah. Tetapi, jika kita lebih memikirkan kepentingan dakwah berbanding kepentingan peribadi, nyata pilihan utama kita bukannya orang yang kita suka, tetapi orang yang suka pada dakwah !

Uish… Tak mahu la macam ni. Ana tak sanggup nak korbankan perasaan ana. 

Sabar-sabar. Dengar dulu penjelasan ini.

Jika kecantikan gadis harapan anda bernilai 100 poin, tidakkah anda bersedia menurunkan 20 atau 30 poin untuk bisa mendapatkan kebaikan dari segi yang lain ? Ketika pilihan itu membawa maslahat bagi dakwah, mengapa tidak ditempuh ?

(Cahyadi takariawan)

Fuhh…. nafas panjang dihela..

Topik ini mungkin agak berat. Maaflah.

Tidak mengapa. Perlahan-lahan.. Mungkin ia akan mengambil sedikit masa. Sukar juga untuk saya terangkan secara keseluruhan di sini. Tambahan pula, saya juga belum berkahwin. Takut-takut nanti saya hanya cakap lebih.

Dan jujur, saya masih lagi membina kepercayaan terhadap sistem ini. Moga-moga keyakinan saya bertambah dari hari ke hari.

Cuma, apa yang saya harapkan disini, mengisi borang baitul Muslim bukanlah satu proses yang kuno lagi kolot. Bahkan ia adalah suatu proses yang paling moden dan paling canggih abad ini !

Tidak percaya ?

Cubalah. InsyaAllah, ketenangan yang akan anda rasa.

Kepentingan merancang mahligai bahagia.

Untuk membina sebuah rumah yang cantik, hebat serta bersesuaian dengan cita rasa kita bukannya satu perkara yang mudah.

Ianya memerlukan kepada plan rumah yang hebat. Untuk membuat plan rumah yang hebat, kita perlu berunding dengan meminta nasihat daripada pakar-pakar seperti arkitek, jurutera, kontraktor, agen hartanah dan lain-lain. Plan ini kadangkala memakan masa bertahun-tahun lamanya sebelum rumah kita itu berjaya dibina.

Hal yang serupa jika kita merancang untuk membina sebuah rumah tangga muslim yang hebat. Ianya memerlukan kepada plan perancangan yang juga hebat. Plan yg bukan dirancang saat esok hendak berkahwin. Bukan ! Tetapi plan itu dirancang saat kita mulai faham dan tahu akan hala tuju dakwah kita ini. Senang kata, merancang saat pertama kali jatuh cinta akan dakwah

Ingat !

Plan ini hanya dapat dijayakan selepas kita bermesyuarah dengan meminta nasihat daripada pakar-pakar. Para astatizah, ikhwah-akhwat yg telah berumah tangga, murabbi kita, ibu bapa kita dan juga teman-teman seperjuangan. Hal ini penting, kerana pemilihan yang kita lakukan dalam berumah tangga ini seringkali bersangkut paut dengan nafsu. Semoga dengan mesyuarah itu akan lebih menjernihkan lagi pandangan mata hati kita (basyirah).

Justeru, mulalah daripada sekarang. Semoga “rumah tangga muslim” yang bakal dibina itu menjadi tiang cahaya yang menerangi masyarakat sekeliling

Biidznillah.

p/s : Wink-wink..

Wallahualam

Asyraf Farique

Related posts:

Comments

  1. missendocrinologist says

    Pernah masuk BM before ni, but sekarang dah keluar, sebab nothing. Cuma rasa letih dah mencari, cukuplah beberapa bulan yang lalu da mncari tapi tidak dijumpai and tak serius. So biarlah, Allah akan tentukan yang terbaik.:)

  2. Alieya Raihana says

    As Salam… Sye bru prtama Kali mngetahui mngenai Baitul Muslim..hrp ade yg bole guide sye.. Cara2 atau klebihan mngenainya..terima kaseh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge