Shine Bright like a Diamond

tumblr mdbvhniJVX1rjtxq7o1 500 1 Shine Bright like a Diamond

 

Diri kita hari ini ialah himpunan kepada keputusan-keputusan yang diambil sepanjang hayat kita. Keputusan-keputusan itu menjadi penentu siapa diri kita dan apakah sikap kita. Setiap kali kita membuat keputusan dengan pilihan yang dirasakan betul, sikap diri kita terbentuk. Apabila pilihan yang dilakukan itu kerap serupa, sikap tadi menjadi lebih kuat lalu terbentuk peribadi. Sekiranya keputusan-keputusan itu menunjukkan sikap yang baik, kita menjadi orang yang baik.

Sebaliknya, sekiranya keputusan-keputusan kita menunjukkan sikap yang dibenci, kita menjadi orang yang jelek,

Kerap kali, sikap yang tidak baik itu terjadi apabila kita suka mengambil jalan mudah, sambil lewa ataupun beralasan. Kita memilih melakukan demikian, walaupun kita sedar itu adalah keputusan yang tidak baik. Sekiranya itu terjadi, kita sendiri yang melemahkan peribadi kita.

Begitu juga dengan tarbiyah,

Dalam tarbiyah, kita terlalu cepat ingin melihat hasil.

Terus berjaya solat 5 waktu di masjid, terus tinggalkan couple, terus pakai tudung labuh, terus rajin baca Quran, terus itu, terus ini..

Sebenarnya, ada sesuatu yg kita kurang sedar. Tarbiyah itu adalah satu “proses” untuk merubah diri kita menjadi insan yg lebih baik. Kadangkala “proses” itu memakan masa yang lama, menyakitkan dan juga memeritkan.

Sama seperti penghasilan berlian. Sebelum menjadi berlian, ianya adalah atom karbon yang wujud secara biasa dalam tanah yg cair.

Apabila tanah itu membeku dan dikenakan tekanan yg tinggi dan berpanjangan, struktur dalamannya berubah.

Karbon tadi bertukar menjadi pepejal dan mengeras. Hasilnya terbentuklah berlian yg menjadi bahan yg mempunyai nilai yang paling tinggi, pengalir haba yg baik dan menjadi pemantul tulen cahaya.

Begitu juga lah kita.

Setiap satu “proses” tarbiyah itu, walaupun hanya 0.1% perubahan, adalah perkara yg paling bernilai dalam hidup.

Kerana pada hakikatnya kita telah menjadi insan yang 0.1% lebih baik daripada diri kita sebelumnya.

Itulah hakikat tarbiyah..

Teruskan bersinar terang seperti berlian !

Wallahualam

p/s :

Sumber : Brian Tracy : No excuses

Opss.. Permata tidak bersinar ya icon smile Shine Bright like a Diamond

Asyraf Farique

Related posts: