Pasti ke kita ini DAIE?

0
92
views

Pasti ke kita ini DAIE?

Pasti ke kita ini DAIE? Pasti ke kita ini DAIE?Salam mesra buat sahabat-sahabat sekalian. Sahabat yang merangkap jiran ku di syurga kelak. Ameen. Dengan izin Allah.

Sila baca tajuk sekali lagi. Hah, tidak mahu ikut arahan ye! Orang sombong selalu rugi, baik sahabat  baca tajuk semula. Ya, satu persoalan yang agak sinis. Bukan mengata, akan tetapi membawa kita semua kepada fitrah semula. Berfikir kembali. Bak kata orang, muhasabah diri. Jom!

Inginlah diri ini melakarkan sebuah kisah. Mungkin tidak sehebat kisah liku-liku dakwah Imam Syahid Hasan al-Banna. Mahupun kisah tabahnya Sayyid Qutb terpenjara.  Mungkin hanya secoret daripada pengalaman dakwah si mujahidah kecil. Yang baharu belajar erti mendidik, dididik dan terdidik. Eh, terdidik pun ada ke? Mestilah, kan kita belajar daripada pengalaman. Itu namanya terdidik melalui pengalaman hidup la tu. So sweet!!

Ok, hendak mulakan cerita la ini. Pada suatu petang yang agak panas berbekalkan kitab yang menimbun di tangan, memanglah amat memenatkan seharian berada di kolej. Dengan keadaan yang kelam-kabut ketika hendak berebut untuk menaik bas yang terakhir tadi, tudung labuhku tertarik senget dek berlanggar sesama sendiri.

Kami yang berdiri ini, rasa macam hendak menangis sahaja. Penat bercampur lapar. Ukhti yang duduk di kerusi bersebelahan kami pun, buat-buat tidak nampak kami sahaja. Yelah, nanti nampak pula muka kesian kami dengan penuh harapan agar diberi peluang untuk melabuhkan punggung yang sudah mahu strok ni. Ya Allah, di mana hambaMu yang berhati baik lagi inginkan redhaMu!

Setibanya di kediaman, sepanjang jalan untuk ke bilik, sahabat-sahabat yang lain  mengomel-ngomel mengenai kejadian di dalam bas tadi. Geram. Tidak puas hati. Menyampah. Hehe… Tiba-tiba kami terserempak dengan seorang senior DPI aka Diploma Pengajian Islam. Senyuman manis yang ku harapkan tatkala peluh mengalir laju ini, hanya pandangan kosong yang aku terima.

Terdetik di hati ku, “Bukankah student Pengajian Islam adalah agen agama. Seorang da’ie yang kalau kita tengok dia kita nampak Islam di sisinya?”.

Ehm, macam mana ni. Bagaimana bisnes kita mahu laku dan disukai ramai jika kita tidak mempromosinya dengan bersungguh-sungguh. Kita mahu pelanggan membeli produk yang kita jual tapi kita sendiri kata “Kalau hendak beli ambil la. Kalau tidak mahu pun tidak mengapa!”. Ada ke macam itu. Memang sah minggu depan muflis!

Kerja da’ie ini sama sahaja ibarat seorang peniaga menjual produk jualan langsungnya. Si da’ie wajib untuk berusaha bersungguh-sungguh sehabis tenaga dan mengorbankan segalanya demi barang jualan kita iaitu ISLAM dapat menarik hati pelanggan. Jika dipromote sambil lewa dan malas, di tambah dengan sikap ambil mudah, memanglah tersadai sahaja ‘barang’ itu tidak dimanfaatkan.

Sahabat yang disayangi,

Lemparan senyuman buat orang lain amatlah berkesan dalam menarik mereka mencintai Islam. Indah sahaja. Tenang buat sang penganut agama suci yang satu ini. Buat pengetahuan sahabat, senyuman merupakan sejenis penyakit berjangkit yang mudah dijangkiti. Ya! Memang benar. Tapi, penyakit berjangkit ini yang harus dihidapi oleh semua Muslimin.

Pelik? Mudah sahaja. Cuba lakukan sebentar. Lalu di mana ada ramai orang dan lemparkanlah senyuman sahabat yang paling manis. Dapat jangkitan tidak?

Orang lain pun terikut hendak balas senyuman sahabat juga kan? Subhanaallah.. Memang Islam ini indah. Penuh dengan akhlak yang mulia. Jika seorang da’ie murah dengan senyuman, insya Allah senang untuk didekati orang sekeliling. Yang mahu jadikan menantu pun ramai juga.hehe.

Selepas ramai kenalan, eratkan ukhuwwah yang sudah terjalin. Baharulah apa yang kita hendak sampaikan dapat diterima dengan hati yang lapang oleh mereka. Alhamdulillah..

Selepas ini para da’ie sekalian, jangan kedekut senyuman okay! Lemparkan senyuman yang paling sweet buat sekalian makhluk di muka bumi ini. Ops! Sesama jantina sahaja tau!

 

NUR FARHANA BINTI ZALI

http://sabarmuberbunga.blogspot.com/

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply