Pemuda Idaman Zaman Millenium

0
1,465
views

Pemuda Idaman Zaman Millenium

Pemuda Idamanpemuda idamanmereka menjadi dambaan. bukan kerana kacaknya wajah mereka. bukan juga kerana banyaknya harta benda mereka. hatta bukan juga kerana kata-kata mereka yang memikat hati. bukan, bukan dan bukan. malah merka lebih kacak dan kaya dari itu.

di sini ia bermula

24 Januari 2012. tarikh keramat yang pada aku sebelum ini hanyalah tarikh yang biasa-biasa sahaja. tiada apa-apa sejarah yang boleh dicoretkan. tapi sebenarnya tarikh itu adalah satu titik tolak kepada umat Islam umumnya dan khususnya di Mesir. tarikh itu menjadi saksi kemuncak revolusi Mesir yang melihatkan kejatuhan Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak.

pemuda luar biasa

ada satu kisah. sangat-sangat menyuntik semangat. hinggakan apabila aku mendengarnya, aku merasakan aku juga turut berada dalam kelompok orang ramai yang melaungkan hak-hak mereka di Bumi Anbia itu. mataku seakan-akan melihat percikan-percikan semangat pemuda Mesir ketika itu.

di sini kisahnya bermula

sudah berhari-hari pemuda-pemuda ikhwan itu melontarkan suara-suara mereka di tengah-tengah Tahrir Square itu. tentu-tentunya peluh mereka tidak lelah untuk terus menitis. tiada erti rehat bagi mereka sejak hari-hari ini menjelma. tapi kini, mereka betul-betul merasakan kelelahan itu. siang mereka berpulas tenaga, malamnya pula tidak sepenuhnya mata dapat dipejamkan. hirasah harus dilaksanakn demi keselamatan bersama. pemuda-pemuda ikhwan itu lelah dalam semangat yang sentiasa berkobar-kobar.

malam itu, hirasah dijalankan seperti biasa. kumpulan pertama berjaga dengan penuh perhatiannya, bagi memastikan tiada satu ruang pun yang boleh diambil kesempatan oleh tali barut Hosni Mubarak. masa berlalu. sekarang giliran untuk mereka pula berehat dan digantikan dengan kumpulan kedua. sahabat-sahabat kumpulan kedua dikejutkan. namun, tidak semena-mena butir-butir peluru singgah di leher kebanyakan pemuda yang baru selesai tugas mereka itu hinggakan kebanyakan mereka gugur syahid.

tanpa sedikitpun rasa tercabar dan gentar, kumpulan kedua mengambil tugas mereka untuk berhirasah pula. kali ini, mereka lebih berhati-hati. setiap inci kawasan itu diperhatikan. senyap. tiada apa-apa yang mencurigakan. giliran mereka berlalu tanpa apa-apa tentangan dari musuh. kesemua mereka bersedia untuk menggerakkan sahabat-sahabat kumpulan ketiga pula.

pedih, apabila sekali lagi mereka diserang hendap dan banyak di antara mereka turut mengikut langkah sahabat-sahabat kumpulan pertama. mati syahid dengan mulianya. malam itu, tidak henti-henti pemuda ikhwan diserang hendap walaupun pelbagai langkah telah mereka ambil. pada satu tahap, bilangan mereka sudah menjadi terlalu sedikit dan perasaan gentar mula menyelubungi diri. pada ketika itu, tali tawakal diikat sekuat-kuatnya pada Yang Maha Melindungi. hasbunallah wani’malwakil ni’mal maula wa ni’mannasir.

lantas, salah seorang dari mereka mencapai telefon bimbit lalu menelefon naqibnya. keadaan sebenar di Tahrir Square cepat-cepat diceritakan kepada sang murobbinya. “ya akhi, sesungguhnya pemuda-pemuda ikhwan dalam ketakutan yang teramat sangat pada saat ini! apa yang mampu kami lakukan hanyalah bertawakkal kepada Allah”, dengan bahasa yang kurang tersusun, disampaikan juga rasa cemasnya itu.

“jangan engkau takut ya akhi. sesungguhnya dengan izin Allah, pertolongannya akan datang dalam masa 2 jam lagi dalam dua bentuk pertolongan! pergilah, sampaikan berita ini kepada pemuda-pemuda ikhwan yang lain.” balas sang murobbi dengan keyakinan yang tinggi pada pertolongan Allah.

pertolongan Allah itu dekat

dengan segera, sang murobbi mendail nombor-nombor ikhwan lain yang sedang mengerjakan umrah di Makkah. “wahai ikhwan semua, berdoalah kepada Allah di hadapan Ka’bah agar Dia menurunkan pertolonganNya pada pemuda-pemuda kita yang sedang berjuang sekarang”. kemudian, didail pula nombor sahabat-sahabatnya yang lain dan mengarahkan mereka menyeru pemuda-pemuda yang lain untuk datang membantu pemuda-pemuda ikhwan di Tahri Square dengan kadar segera.

dengan izinNya, 20000 orang pemuda-pemuda ikhwan yang lain tiba-tiba di Tahrir Square dalam masa 2 jam. dan Allah memberikan ketenangan kepada hati-hati mereka pada malam itu sehinggakan saat genting itu dapat mereka lalui dengan jayanya. allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar!

apa rahsianya?

kisah ini diceritakan oleh salah seorang syeikh ikhwanul muslimin yang hadir ke Malaysia. apabila ditanya, bagaimana pemuda-pemuda ikhwan itu mempunyai hamasah yang begitu tinggi, jawabnya, jaga hubungan dengan Allah dan tundukkan nafsu.

mereka pemuda, kita juga pemuda. tiada apa yang bezanya antara mereka dengan kita. cumanya, hubungan mereka dengan Allah begitu intim, segala-galanya mereka sandarkan pada Allah hingga tiada satu pun perkara yang boleh menggoyahkan kebergantungan mereka pada Allah. kukuh, tersimpul mati.

namun kita, pemuda di sini asyik dalam dunia kita sendiri. terus hanyut dalam arus yang kita cipta. hingga tak tertaksir orang-orang yang karam. sangat menyedihkan. hubungan dengan Allah tidak dipelihara, hiburan berleluasa, gejala sosial merata-rata. namun, kita masih mengimpikan kemenangan di pihak kita, di pihak Islam. mungkin inilah yang dikatakan bermimpi di siang hari.

ayuh pemuda, jangan kita beralasan lagi. perjalanan kita masih jauh, masa kita semakin singkat. maka, gunakanlah tulang-tulang kita yang gagah untuk membina Islam di bumi ini.

“Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya”. ( surah Al-Insyiqaq:

itu janji Allah pada hamba-hambaNya. maka bekerja keraslah dalam setiap saat hidup kita ini, jangan pernah kita bersenang-lenang lagi. bangkitlah dari tidur kita yang panjang. Allahughayatuna, Allah adalah tujuan kami, tiada yang lain. biar sampai lidah setiap makhluk di muka bumi ini turut bertasbih

mengagungkanNya bersama-sama kita. dan pada waktu itu kita mampu tersenyum kerana kitalah pemuda-pemuda idaman zaman millenium ini.

“Andai islam itu seperti sebuah bangunan usang yg hampir roboh, maka akan ku berjalan keseluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin dengan ramai bilangan mereka, tapi aku ingin mengutip hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dengan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah” imam Hassan al Banna

dan aku merindukan pemuda-pemuda seperti itu.

 

qisyaazzahra
http://qisyaazzahra.wordpress.com/

Leave a Reply