Pemuda Revolusi Ummah – Luthfi Yusri

0
23
views

1335-1253277234Kfma-Pemuda-Jogja-Diminta-Tak-Jadi-PNS-370x222

Wahai para pembaca yang dihormati , setiap makhluk diciptakan oleh Allah taala pasti ada tujuan dan matlamat yang perlu digapai dalam kehidupannya. Mana mungkin kita hanya dicipta hanya sekadar untuk makan dan minum? Mana mungkin kita hanya hidup hanya untuk mencari wang dan kahwin? Tidak sama sekali.

Hakikatnya , kita dicipta oleh Allah Taala adalah untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi (2: 30) dan menjadi abid kepada Ilahi (51 : 56 ). Tetapi adakah saat ini kita sedar akan perkara itu ? Maka ayuhlah sama sama kita muhasabah dan merenung kembali ke dalam diri kita tentang hakikat penciptaan manusia di muka bumi ini.

Sedar tak sedar , masa pun berlalu….

Hari ini aku sendiri melihat masyarakat kita terumbang ambing dalam kesakitan dan hilang tujuan dalam hidup mereka dek kerana terjerumus dalam lembah kemaksiatan yang memakan diris endiri. Ramai  pemuda kita yang rosak disebabkan oleh pergaulan bebas , zina , dadah , rokok dan sebagainya. Apa yang menyedihkan bagi aku , adalah mereka merupakan pemuda pemuda yang masih lagi mentah dalam menongkah arus dunia ini.

Sepatutnya waktu mereka itu diisi dengan dengan menuntut ilmu , membina sahsiah diri dan memperkasa jati diri untuk menjadi generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang. “Ya Allah, ampunilah dosa kami“

Aku buntu

Aku sangsi

Cuba lihat sekilas pandang kepada sirah Nabi Muhammad SAW , pemuda pemuda Islam pada waktu itu sungguh berkobar kobar semangatnya dalam memperjuangkan agama. Izzah dengan nama Islam itu sendiri hinggakan ada para sahabat yang sanggup berjuang mati matian hanya untuk meningkatkan martabat Islam dengan mengorbankan nyawa ,harta dan masa. Seolah olah mereka tidak pernah peduli perihal dunia. Sungguh hebat ketokahan mereka seperti Musab bin Umayr , Khalid al Walid dan Tariq bin Ziyad.

Lihatlah pemuda tersebut mampu menggegarkan dunia !

Aku  melihat bahawa pemuda hari ini sentiasa disajikan dengan hiburan yang berlebihan hingga rosak identity kita sebagai seorang muslim.  Budaya hendonisme yang kian meluas telah berjaya menyelinap keseluruh masyarakat kita.  Selain tu, pendidikan kita yang tidak menyeluruh dari segi pembentukan sahsiah yang baik terhadap semua pelajar dari tadika hingga ke universiti.  Dalam permasalahan ini, asbab utamanya adalah kerapuhan institusi keluarga.  Apabila anak anak kurang kasih sayang , maka anak tersebut pastiakan melakukan suatu perkara di luar jangkaan .

Maka kita harus cakna dalam isu ini, pembentukan peribadi muslim perlu diutamakan dalam melahirkan masyarakat yang mampu menghidupkan suasana Islam dalam sebuah negara.

Ia bermula dari seorang pemuda  yang  akan membuat sebuah revolusi.

 

Penulis : Luthfi Yusri

 

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply