Pen Merah Pen Hijau …

0
14
views

tumblr parrot

Pen Merah Pen Hijau, I tulis, You muntah hijau.. 

Pen Merah Pen Hijau | Bila bercakap tentang ini, saya teringat lagi akan satu subjek yang diajar di universiti. Subjek ini membicarakan “adab-adab ” saintis dengan orang awam. Dalam kehidupan seharian, Saintis haruslah mengunakan istilah yang mudah difahami oleh masyarakat awam bila menerangkan sesuatu. Sebagai contoh, bila menerangkan tentang water, mereka tidak boleh menggunakan istilahH2O, sebaliknya water. Kerana mungkin ramai sahaja orang awam yang tidak faham apa itu H2O.

Begitulah juga tugas sebagai seorang daie. Permudahkanlah bila menerangkan. Kita mungkin faham istilah-istilah arab yg sukar. Tetapi masyarakat awam mungkin tidak. Jangan tambahkan lagi kekeliruan mereka. Mana-mana istilah yg sukar kita terangkan dengan bahasa yg mudah. Usah berpuitis sangat. Nanti muntah hijau mereka dibuatnya.

Syeikh Al Bahi Al Khuli dalam tazkiratul duat ‘menempelak’ golongan daie ini dengan satu sinisan yang agak pedas. Katanya

“Jika selepas anda baca tulisan seorang daie itu, anda masih tidak memahami apa yang diperkatakannya, malahan apa yang anda fahami cumalah bahasa-bahasanya yang indah , disamping dia ingin menunjukkan keluasan ideologinya dan kelincahan mata penanya, maka ketahuilah bahawa si penulis itu bertaraf burung kakak tua. Kerana ilmunya tidak dapat membuka pintu hati anda dan menghasilkan kefahaman dalam melakukan pengislahan “

Dush. Satu panahan tepat mengenai pelipis kiri jantung ini.

Patut la you asyik muntah hijau je, tatkala baca tulisan I :)

p/s : Teguran ini pertama-tamanya ditujukan tepat buat diri yang menulis. Menulis itu bukannya satu hiburan, bahkan ianya adalah suatu upaya atau pertanggungjawaban untuk merubah masyarakat. InsyaaAllah.

Kalau tak faham baca tulisan saya, sila komen di bawah dan tulis, anda burung kakak tua !

Wallahualam

Asyraf Farique

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply