Pendakwah Yang Bermaksiat

0
26
views

 

download

Menjadi satu dilemma bagi seorang pendakwah yang sejati, seringkali dia tertahan-tahan daripada melakukan amar makruf dan nahi munkar. Bagaimana mungkin mengajak orang kepada kebaikan, melarang dari kejahatan, sedangkan diri sendiri masih terkial-kial bermujahadah melawan hawa nafsu.

Begitu licik belitan syaitan dalam menutup pintu-pintu amal soleh kepada orang yang benar-benar ikhlas berdakwah.

Daripada sudut orang yang didakwah pula, usahlah mencari-cari kelemahan orang yang ikhlas ingin berdakwah menasihati kita. Sekiranya benar apa yang dikatakan, turutilah.

Jika dia ada kelemahan, kita nasihat dia, kelemahan kita pula, dia nasihat kita.

Di sinilah kecantikan budaya nasihat-menasihati.

Imam al-Qurtubi menukilkan dalam tafsirnya:

Al-Hasan Al-Basri berkata kepada Muthorrif bin Abdullah:

عظ أصحابك، فقال إني أخاف أن أقول ما لا أفعل،
Nasihatilah sahabat-sahabat mu. Muthorrif menjawab: Sesungguhnya aku takut berkata sesuatu yang tidak aku lakukan.

قال: يرحمك الله! وأينا يفعل ما يقول! ويود الشيطان أنه قد ظفر بهذا، فلم يأمر أحد بمعروف ولم ينه عن منكر
Al-Hasan berkata: Semoga Allah merahmati kamu. Di manakah orang yang sentiasa melakukan apa yang dia katakan? Syaitan sangat suka untuk membuatkan kalian begini, lalu tiada seorang pun yang akan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran.

Sa’id bin Jubair berkata:

لو كان المرء لا يأمر بالمعروف ولا ينهى عن المنكر حتى لا يكون فيه شي، ما أمر أحد بمعروف ولا نهى عن منكر. قال مالك: وصدق، من ذا الذي ليس فيه شي!
Seandainya seseorang tidak mahu mengajak kepada kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran sehinggalah dirinya tidak ada kesalahan sedikit pun, maka tiada seorang pun yang akan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Imam Malik berkata: Benar. Siapakah yang tiada kesalahan langsung pada dirinya?

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply