Pendakwah Yang Tertipu Dengan Jahiliahnya Sendiri

0
148
views

Insan yang bergelar pendakwah itu, secara asasinya sibuk. Sama ada sibuk menguruskan urusan peribadi, sibuk mengelolakan urusan dakwah mahupun sibuk membangun potensi diri sendiri.

Oleh itu, pendakwah sebenarnya tiada ruang pun untuk bersenang-lenang dengan aktiviti jahiliah. Masanya telah padat tersusun!

Karat Jahiliah
Karat Jahiliah

Bukankah anda telah mengaku anda seorang daie?

Sudah pasti anda merasakan dilemma ini. Dilemma menguruskan masa dengan baik.

Tipu kalau anda katakan anda selesa dengan jahiliah yang anda lakukan.

Bayangkan anda menonton movie (mengandungi unsur maksiat) yang memakan masa 2-3 jam, agak-agaknya berapa banyak muka surat tilawah dan tadabbur alQuran boleh dapat?

Berapa banyak recording daurah dan ceramah umum yang boleh dihabiskan?

Berapa banyak hadis yang boleh dihafal?

Berapa banyak kerja-kerja dakwah yang boleh diperkemaskan?

Dan … (sila tambah sendiri).

Ironinya, hanya selepas aktiviti jahiliah tersebut baru anda tersedar. Biasanya lafaz-lafaz kekesalan akan terkeluar apabila dia tersedar daripada lamunan jahiliah tersebut.

Masa anda telah terbuang dengan sia-sia.

Hakikatnya jahiliah anda itu memakan diri anda juga, orang sudah mula melangkah maju ke hadapan tetapi anda masih di belakang bergelumang dengan jahiliah.

Masih penuh dengan karat-karat jahiliah.

Akhirnya kita yang tertipu dengan pilihan jahiliah kita sendiri. Alangkah malangnya.

3928997

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply