Perkahwinan Bagi Saya Ibarat Solat Berjemaah

1
4460
views

Perkahwinan ibarat solat jemaah

Ye, perkahwinan bagi saya ibarat solat berjemaah. suami imamnya,isteri dan anak-anak makmumnya. sweeet huh? ūüôā

Seperti solat berjemaah. Susahnya nak pilih imam, ‚ÄėKaulah, kau mengaji¬†sedap‚Äô, ‚ÄėKaulah, kau sekolah agama?‚Äô, ‚ÄėKaulah, kau lebih layak‚Äô etc.Semua pun menolak, sanggup nak solat sendirian tak nak 27 kali ganda¬†ganjaran pahala takut kena tolak jadi imam. Last-last orang yang sama¬†jugak yang jadi imam hari-hari.

Sebab ape? Sebab imam perlu bertanggungjawab bukan setakat ke atas dirinya sendiri, malah ke atas makmum-makmum sekaliannya. Banyaknya dosa yang bakal ditanggung tak terkata. Nak jadi imam masjid, imam muda? Sangat rumit juga pemilihannya. Begitulah perkahwinan. Muslimah, anda perlu memilih imam anda.

Imam Hassan pernah ditanya seorang bapa: ‚ÄėDengan siapakah perlu aku¬†kahwinkan anak perempuanku? Beliau menjawab; ‚ÄėKahwinkanlah dengan¬†lelaki yang beragama dan bertakwa. Jika dia sayang pada anakmu, dia¬†akan melayannya dengan baik. Jika tidak sayang, dia tidak akan¬†melayannya dengan buruk.‚Äô InshaAllah akan sejahtera hidup di dunia¬†hingga ke syurga.

Mungkin semua orang boleh jadi makmum. Tapi sebaik-baik makmum adalah¬†makmum yang mampu menggantikan imam apabila imam terbatal solatnya,mampu menyambung bacaan tatkala imam terlupa, mampu menegur jika ada¬†salahnya. Menegur secara berhemah dengan kalimah ‚ÄėSubhanAllah‚Äô (bagi¬†makmum lelaki). Masih memuji Allah dalam teguran? Indahnya islam.

Bukan makmum yang hanya menurut membuta tuli, entah betul entahkan tidak. Macam isteri, isteri bertanggungjawab mengurus rumah tangga dan anak-anak sewaktu ketiadaan suami, perlu mengimamkan anak-anak bila suami berjemaah di surau.

Dan ketahuilah sesungguhnya ‚ÄėSebaik-baik wanita itu ialah apabila¬†kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu¬†perintah ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya¬†dan menjaga hartamu‚Äô

Nampak? Walaubagaimanapun, pemilihan imam lebih utama. Agak-agak ada tak imam yang pilih makmum? Lelaki sekarang lebih cerewet memilih suri hidupnya. Satu-satu hati wanita dikecewakan, masih belum jumpa yang berkenan.

Kan ustz Pahrol kata ‚ÄėYang penting bukan siapa isterimu¬†semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu‚Äô¬†Wanita pula: ‚ÄėI ikut U jela, I pun takde sape-sape sekarang‚ÄôSepatutnye, muslimah: ‚Äėmaaf, awak belum layak jadi imam saya, berhenti¬†merokok dulu, belajar solat, belajar mengaji, baru masuk meminang¬†saya‚Äô (ada berani?)

Bagi kelancaran solat berjemaah, imam dan makmum memainkan peranan penting. Belajar dan menuntutlah ilmu fardhu ain yang satu ini buat bekalan tiba di hari dan waktunya nanti. Nak tengok anak-anak anda nanti macam mana, tengoklah bakal suami atau isteri anda.

Khadijah r.ha sendiri meminang Rasulullah. Masih dikatakan perigi mencari timba? Mungkin sekarang tidak lagi. Walaupun memilih itu perlu, tapi jangan sampai habis waktu solat kerana menunggu imam terbaik yang tidak juga kunjung tiba. Solat bersendirian pun tidak,berjemaah apetah lagi.

Sungguh, ‚ÄėApabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai¬†agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah anakmu itu.Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan¬†di atas muka bumi‚Äô

Sampai bila mahu solat bersendirian? Solat yang di awal waktu secara¬†berjemaah itukan lebih afdal ūüėÄ Rasulullah s.a.w bersabda: ‚ÄėApabila¬†telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh¬†agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah pada separuh yang belum¬†disempurnakan lagi‚Äô

Artikel Yang Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

1 COMMENT

  1. mcm mana kalau da jumpa lelaki yg sesuai tapi gerak hati emak mengatakan sbaliknya? grak ati yg stiap mak biasanya ada utk bakal menantu..tp mak mngatakan tdk ada lgsg grak ati utk clon lelaki tu..

Leave a Reply