Persediaan Sebelum Kahwin, 5 To Do List Sebelum Buat Keputusan

0
8987
views

*Disklaimer awal : Artikel persediaan sebelum kahwin ini mungkin cenderung lebih membincangkan aspek pengurusan rohani, emosi dan persediaan dalaman berbanding persediaan teknikal berlandaskan lunas dan syariat Islam.

5 Checklist Persediaan Sebelum Kahwin

persediaan sebelum kahwin dengan istikharahkredit

#1 Memahami Dan Melazimi Istikharah

Mungkin agak janggal kenapa perlu dimulakan dengan istikharah. Mengapa bukan dengan mengumpul wang, ataupun mencari calon?

Saya yakin tiada seorang pun di dunia ini yang mengetahui akan perihal masa hadapan. Perancangan yang sempurna tidak pernah menjanjikan hasil atau keputusan yang sempurna.

Sekiranya anda sedang melamar ataupun dilamar seseorang, bagaimana anda mahu betul-betul yakin akan calon tersebut adalah yang terbaik?

Meskipun anda telah bertanya kepada rakan terdekat dan keluarganya; siapakah diri calon tersebut, bagaimana perwatakannya, anda masih terperangkap dalam perasaan was-was.

Apakah beliau orangnya?
Inikah jodoh sepanjang hayatku?

Sebab itu, ada orang mengatakan, perkahwinan itu satu perjudian. Bagaimana rapi dan teliti sekalipun perancangan sebelum kahwin, tiada siapa yang berani memberi jaminan ianya akan kekal sampai bila-bila.

Untuk itu, tiadalah tempat lain yang seharusnya kita letakkan pergantungan harapan, melainkan kepada Allah, pemilik hati kita, juga hati calon tersebut.

Mintalah pada Allah petunjuk agar dipermudahkan urusan perkahwinan tersebut.

#2 Jalani Proses Taaruf dengan Bijak dan Taqwa

persiapan sebelum kahwin
kredit

Ramai dari kalangan mereka yang sedang dalam proses taaruf (kaum wanita terutamanya) sering diselubungi rasa ragu-ragu kerana tidak mengenali calon pasangannya dengan baik.

Lebih malang, ada yang sanggup melampaui batas syariat Allah seperti keluar berduaan dengan calon, atas alasan ingin mengenali dengan lebih mendalam.

Percayalah, sekiranya ada calon yang mendatangi anda dengan cara terus menghubungi anda sebelum ibubapa atau wali terdekat anda, ketahuilah bahawa dia belum betul-betul bersedia untuk mengahwini anda.

Walaubagaimanapun, jangan tersalah faham. Islam tidaklah jumud dan sempit dalam menyediakan penyelesaian kepada permasalah pergaulan lelaki dan perempuan.

Bahkan sekiranya anda sedang berada dalam proses taaruf ataupun lebih disebut dalam masyarakat kita sebagai bertunang, anda perlu berkomunikasi dengan cara yang bijak dan mengikut lunas syariat.

Bukan tidak boleh keluar bersama, ajaklah keluarga yang menjadi perantara. Bukan tidak boleh berhubung melalui SMS mahupun Whatsapp; create satu whatsapp group yang membolehkan anda menambah ahli keluarga di dalam group tersebut.

Ini lebih dekat kepada taqwa berbanding anda berchatting langsung dengan calon.

Anda mungkin boleh tanyakan kepada calon anda soalan-soalan ‘bijak’ seperti ini.

  1. Bagaimana calon mengawal kemarahan
  2. Apa expectations yang diharapkan dalam perkahwinan
  3. Perancangan hidup (jangka masa pendek/panjang)
  4. Mengenai perbelanjaan bulanan dan bagaimana menguruskan kewangan

Secara mudahnya, tanyakan soalan-soalan matang sebegini yang benar-benar akan member kesan kepada kehidupan selepas berkahwin. Berbanding bertanyakan ‘dah makan ke belum’, ‘sihat kah’ atau yang seumpanya.

Saya tahu perkara ini sangat sukar, tetapi seboleh mungkin cuba elakkan emosi mengatasi rasional semasa proses taaruf.

Kerana apabila anda telah terlalu ‘suka’ kepada calon. Anda akan mengenepikan semua perkara lain mengenai calon. Semuanya akan kelihatan cantik di mata anda.

#3 Jangan terlalu percaya kepada janji dan harapan

Walaubagaimanapun, majoriti daripada mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin, akan mudah mendahulukan emosi, perasaan dan penampilan luaran berbanding objektiviti dan rasional.

Apabila telah ‘tersuka’ seseorang, anda seakan-akan terus melupakan keburukan (boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga) calon tersebut.

Seperti contoh calon tersebut (lelaki) adalah perokok tegar. Anda dengan naifnya berharap, selepas berkahwin beliau akan berubah dan meninggalkan rokok. Ditambah pula dengan janji manis beliau yang katanya akan berhenti merokok sebelum kahwin.

Saya bukanlah ingin menutup pintu taubat orang lain. Terutama bagi mereka yang betul-betul berubah. Dan saya tidak punya kuasa sebegitu pun. Tetapi saranan ini hanyalah sebagai panduan kepada kalian yang sedang membuat persiapan sebelum kahwin.

Janganlah terlalu mengharapkan perubahan yang terlalu mendadak daripada calon anda. Berpada-padalah.

#4 Dekatkan Diri Kepada Allah

manfaat solat dhuha

Perkahwinan adalah antara turning point paling utama dalam hidup anda. Perancangan sebelum kahwin yang berkaitan perkara teknikal penting. Tetapi perkara ini jauh lebih penting.

Siapa bakal suami atau isteri anda akan menentukan bagaimana kehidupan anda selepas berkahwin kelak.

Oleh itu, gunakan masa ini sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan harapan, apabila hati anda dekat dengan Allah, segala keputusan yang anda buat mempunyai barakah.

Lebih utama, agar keputusan anda jauh dari kesilapan. Mendekatkan diri kepada Allah juga mengajar erti tawakal dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah setelah komitmen usaha yang tinggi.

Cintakan pasangan adalah lumrah. Tetapi jangan sesekali lupa, cinta kepada Allah adalah yang pertama dan utama. Segala perkara yang menghalang anda daripada memanifestasikan cinta kepadaNya harus dikesampingkan.

#5 Sentiasa perbaharui niat

Niat itu satu bicara pada jiwa

Niat adalah perkara terpenting dalam setiap amal. Tidak perlu dizahirkan dengan lafaz kata tetapi ianya harus kukuh bertapak dalam sanubari.

Sekiranya niat itu suci bersih semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, usaha dan proses taaruf yang kita jalani itu akan ditempuhi dengan penuh hati-hati.

Walaubagaimanapun, niat yang letaknya di hati itu, sifatnya juga mengikut ‘rumah’nya. Sering berbolak-balik. Kadang kala dengan berlalunya masa, niat juga berubah.

Ini juga sebabnya tidak digalakkan terlalu lama dalam proses bertunang atau taaruf. Ini kerana ia akan menggangu hati dan ketetapan niat. Apabila telah jatuh suka, banyak perkara cuba dijustifikasikan.

Mula rasa tidak bersalah apabila berlamaan ‘bergayut’ tanpa tujuan dan keperluan yang jelas. Hati semakin meronta untuk berjumpa berduaan.

Untuk itu, perbaharuilah niat sekerap yang boleh.

Dari sudut yang lain, apabila niat yang dipasakkan sejak awal betul, sekalipun proses taaruf tidak menjadi. Tidak sampai ke gerbang perkahwinan. Anda tidak terlalu bersedih hati.

Kerana anda yakin, semuanya aturan Allah. Pastinya itu yang terbaik untuk anda.

Secara tuntas, harapan saya, artikel persediaan sebelum kahwin lelaki dan perempuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mana-mana individu yang sedang dalam fasa dilema kebuntuan mencari arah dan membuat keputusan yang paling besar dalam hidup.

Diolah Dari : http://productivemuslim.com/productive-marriage-proposal/

Artikel Berkaitan :-

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply