Persiapan Rasulullah Pada Bulan Sya’ban Sebelum Datangnya Ramadhan

0
128
views

Ramadhan sudah di depan mata. Dalam kalender hijriah dan masihi, kedatangan tetamu agung itu hanya kurang dari satu bulan lagi. Apa dan bagaimana Rasulullah saw mempersiapkan diri satu bulan menjelang Ramadhan?

Ketika  bulan Sya’ban datang, Rasulullah saw  meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah puasa, qiyamul lail, zikir dan amal solehnya.

Jika di bulan-bulan sebelumnya beliau hanya berpuasa rata-rata 11 hari, maka di bulan Sya’ban puasanya dilakkan hampir sebulan penuh.  

1-whatisahunte

Hal ini seperti dikisahkan oleh Aisyah RA. Kata isteri Nabi Muhammad saw itu,

“Rasulullah banyak berpuasa (di bulan Sya’ban) sehingga kita mengatakan, beliau tidak pernah berbuka dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadhan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadhan) melebihi Sya’ban.” (HR. Bukhari-Muslim). 

Dalam riwayat Usama bin Zayed RA dikatakan,

“Aku bertanya kepada Rasul, ‘Wahai Rasulullah, Aku tidak melihatmu banyak berpuasa seperti di bulan Sya’ban?’ Beliau menjawab, ‘Sya’ban adalah bulan yang dilupakan manusia, letaknya antara Rajab dan Ramadhan. Di bulan tersebut amal manusia diangkat (ke langit) oleh Allah SWT dan aku menyukai pada saat amal diangkat aku dalam keadaan berpuasa’.” (HR. An-Nasa’i).

Sya’ban adalah bulan penutup rangkaian puasa sunnah Rasulullah SAW sebelum berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

Jika Rasul telah mempersiapkan penyambutan Ramadhan dengan berpuasa minimum 11 hari di luar Sya’ban dan 20 hari di bulan Sya’ban, bererti untuk menyambut Ramadhan Rasulullah SAW telah berpuasa paling sedikitnya 130 hari atau sepertiga lebih dari jumlah hari dalam setahun. 

sirah

Itu dilakukan Rasulullah saw agar ketika beribadah di bulan Ramadhan, hasilnya maksimum demi mencapai darjat taqwa yang dijanjikan Allah. Bagaimana pula dengan kita?

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply