Persiapan Seorang Remaja

1
26
views

persiapan seorang remaja menuju alam dewasa

Saban hari kita melihat remaja dalam lingkungan 16-19 tahun banyak menghabiskan masa dengan perkara yang kurang faedah kerana diusia ini mereka masih ditanggung sepenuhnya oleh ibubapa atau penjaga.Mereka juga tidak patut disalalahkan 100% kerana mereka tidak ditajdidkan (pembaharuan) ke arah yang lebih baik.

Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyebut:

“Sesungguhnya Allah akan menghantar untuk umat ini setiap awal seratus tahun sesiapa yang mentajdidkan untuk umat ini agamanya”

Bukan semua remaja dalam lingkungan tersebut banyak yang menghabiskan masa. Ada yang memang dari sekolah menengah lagi diajar mencari rezeki sendiri dek kerana keluarga susah atau lain-lain.

Tetapi selalunya remaja memperlajari dari perkara-perkara ini kerana perasaan ingin sesuatu perkara membuak-buak kerana usia semakin meningkat ke alam berfikir tidak kira perkara itu baik atau jahat.

Pada pendapat saya, asbab kenapa jadi begini kerana mereka tiada tanggungjawab yang berat perlu dipikul. Kalau adapun menyiapkan kerja rumah diberi waktu persekolahan itupun kalau mereka tidak buat ianya tidak memberi kesan yang besar terhadapa mereka .

Apa yang mereka tahu bangun pagi pergi sekolah dan balik sekolah seterusnya memenuhi masa yang ada sehingga tengah malam dan tidur. Itulah rutin mereka setiap hari.

Oleh kerana itu, remaja ini perlu kita tajdidkan diri mereka supaya setiap tahun demi tahun remaja yang hanya memikirkan keseronokan yang sia-sia ini berkurangan dari tahun ke tahun supaya persiapkan diri untuk ke alam dunia yang sebenar dan bersifat positif dalam dan luar diri. Seterusnya dapat membantu remaja lain yang tengah tenat di luar sana.

Kita sebagai orang yang lagi berusia daripada mereka perlulah menunjukkan jalan yang betul antaranya :

– Jika dirumah semestinya ibubapa atau penjaga yang perlu didik mereka dengan cara mereka thiqahi kepada kita.Antaranya :

  1. Solat berjemaah dirumah atau dimasjid bersama-sama.
  2. Membuat halaqah dengan mereka setiap 2 atau 3 kali sekali pada waktu malam selepas menyiapkan kerja sekolah mereka.

– Jika cuti sekolah penuhi mereka dengan program-program remaja bermanfaat dan berbentuk ceria dan antaranya Keindahan BersamaMu (KBM), Meniti Usia Baliqh (MUB) dan lain-lain yang bukannya berbentuk ceramah yang biasa kerana ia membosankan remaja dan terus tiada ilmu yang diambil.

Oleh itu,dalam usia muda ini kita kena bergaul dengan mereka lebih-lebih lagi ibubapa atau penjaga kerana mereka lebih tahu remaja mereka selepas Allah S.W.T.

Penulis : Mohammad Fathy

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply