Perubahan itu kadang-kadang mudah, yang payahnya…

0
22
views

how_to_draw_muslim_chibi_by_gagagakun-d2wolxl-300x149

Jika sebelum ini anak muda digesa untuk diubah berubah dan mengubah, kali ni nak tengok apa yang jadi payah bila dah berubah.Untuk berubah itu kadang-kadang senang, namun yang payahnya adalah menghadapi cemuhan, kritikan malahan ancaman kepada perubahan itu.

Ada wanita yang segan untuk menutup aurat kerana takut kehilangan rakan baik, risau kalau-kalau dipulaukan. Ada lelaki pula terasa janggal untuk mengajak member lepak berjemaah ke surau kerana gusar jika digelar alim kucing dan akhirnya dia sendiri terlepas solat jemaah semata-mata kerana “menjaga hati” member. Kita merasakan apa yang kita hadapi sudah cukup payah sedangkan orang lain menerima ancaman yang lebih hebat, di halau dari rumah, disingkirkan dari keluarga, namum mereka tabah, mereka anggap itu semua dugaan dari Allah. Lemahnya diri kita ni kan?

Untuk berubah itu juga kadangkala senang, yang payahnya adalah untuk sentiasa berubah ke depan (baca meningkat). Ada yang berubah kedepan selangkah tetapi esoknya berundur 3 langkah. Memang betul iman itu turun dan naik namun yang perlu kita pastikan adalah di takat mana iman kita pada aras normal. Dari aras inilah kita dapat menganalisis diri sendiri. Bukanlah menggesa untuk mendapatkan numerical value untuk iman tapi untuk kita ukur paras normal ini dengan amal fardhi kita. Contohnya untuk mencapai aras normal , kita setkan untuk diri kita membaca 2 mukasurat al-quran sehari. Jika kurang dari sasaran maka mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada hari tersebut. Seperti yang pernah ditulis sebelum ini(dalam blog) mengenai kelajuan lebih penting dari pecutan dan mengekalkan momentum, aras normal ini perlu sentiasa ditingkatkan, diperkasakan selari dengan kemampuan kita.

Jika anda merasakan proses diubah,berubah dan mengubah ini susah, percayalah anda sedang diuji untuk memantapkan lagi diri. Dan jika anda merasa pula proses ini senang maka perhatikan semula diri, semestinya anda juga sedang diuji.

 

d4uh
http://d4uh.blogspot.com

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply