Pokemon GO Haram?

0
485
views

maxresdefault

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan permainan maya viral, POKEMON GO.Dunia seolah hilang akal. Di sana sini, berbicara tentangnya. Jika di US, Aussie, New Zealand, UK dan lain-lain sudah menikmati permainan maya ini, tetapi sebahagian besar dunia pula sedang bersedih tak dapat turut serta.

Pelbagai respon diberikan untuk permainan ini.Ada yang positif, ada yang negatif.Tapi sebenarnya, ada isu yang lebih besar yang perlu ditekankan.Isu yang sentiasa menjadi perbualan sejak zaman berzaman.

Datanglah Pokemon GO!, Giyomie, Raver dan segala macam trend viral, semuanya berkait rapat dengan isu ini.

Jom kita tengok apa firman Allah mengenai isu misteri ini.

“Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” (Al-Asr 103:3)

Ya, perihal masa.

Kita adalah himpunan waktu. Berlalunya 1 hari, berkuranglah waktu yang berbaki.Jadi by default, manusia dalam kerugian kerana waktu sedang berjalan. Kecuali jika masa itu dimanfaatkan 4 perkara ini dalam masa hidupnya.

Maka dapatlah kita lebih memahami mengapa tokoh-tokoh Islam lain juga turut menekankan peri-pentingnya masa.

Hasan al-Basri berkata;

“Antara tanda berpalingnya Allah dari seorang hamba adalah Dia akan menjadikan hamba tersebut sibuk dalam perkara yang tidak bermanfaat sebagai bentuk penghinaan baginya”

(Jami’ul Ulum wa Hikam: 1/294)

Allah…

Bahkan, Ibnu Qayyim juga ada menjelaskan,         

“Membuang masa lebih teruk dari kematian. Kerana kematian memisahkan kamu dari dunia sementara membuang masa memisahkan kamu dari Allah”

Dengan membuang masa, kita membuang ruang dan peluang untuk menambah amal-amal kebaikan. Jadi semakin kuranglah timbangan pahala ketika berjumpa Allah kelak.

Jadi isunya bukanlah spesifik kepada aktiviti tertentu, tetapi jika aktiviti itu bukanlah aktiviti bermanfaat, ia bukanlah perkara yang perlu kita disibukkan dengannya.

Alternatif

Namun realitinya, ia bukan semudah yang disangka.

“Kenapa aku kena hentikan aktiviti yang best?”

Susahkan nak jawab?

Sedar atau pun tidak, hiburan kini sudah menjadi sebahagian besar dari kehidupan manusia. Baik di bandar mahupun di desa.Baik dari kanak-kanak hinggalah ke warga tua.Semuanya terkena!

Benar, hiburan itu menyeronokkan. Asyik. Sehingga boleh mendatangkan ketagih. Tapi berapa ramai yang mampu mengawal dirinya?Jika sehari tiada hiburan, apa boleh kita bertahan?

Jadi kita perlu mencari alternatif!

Tidak semestinya perkara bermanfaat itu membosankan.Kau cuma belum jumpa keseronokannya.

Seperti membaca buku.Kau cuma belum jumpa buku yang sesuai untuk mu.

Bersukan, mengembara, menziarahi rakan dan banyakl agi!

Semuanya mampu menjadi alternatif kepada aktiviti tidak berfaedah.

Imam Hasan al-Banna menyatakan dalam wasiat keduanya

“Bacalah Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah”

Ada banyak pilihan yang ada sebagai alternatif.

Ia lebih membina, memberi manfaat untuk jangka masa lama.

Misi

Namun, ada perkara yang lebih besar dari sekadar mengubah rutin aktiviti takberfaedah.

Aku teringat pesanan yang ditinggalkan oleh Imam Hasan al-Banna

“Tanggungjawab kita lebih banyak dari masa”

Tapi tanggungjawab apa yang beliau maksudkan?

Manusia ada tanggungjawab ke?

Bukankah kita tiada di sini 100 tahun lepas, besar kemungkinan 100 tahun akan datang juga kita tiada lagi, lalu untuk apa aku ada disini?

“Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun 23:115)

Kita melalui fasa- fasa kehidupan darikecil, remaja, universiti dan bekerja. Sehingga akhirnya mendirikan rumahtangga, punyai anak, cucu lalu bersara. Mungkin akhirnya, ajal juga tiba.

Untuk apa semua ini?

Kita berada di sini, hanya untuk mati?Hanya sebuah kebetulan dalam kehidupan?

Kita terlupa kenapa kita disini, lalu kita mengisi masa-masa yang ada untuk menghiburkan diri.

Apa benar kita punyai banyak masa lapang?

Atau kita sebenarnya taktahu, hidup itu untuk apa? Siapa kita?

Berhibur tidak salah, namun apakah itu sudah menjadi keutamaan bagi mu?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasululllah s.a.w bersabda:

Sebahagian keelokkan seorang mukmin adalah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

(At-Tarmizi)

Waalahua’lam.

Baca juga fatwa ulama dunia tentang Pokemon dan Pokemon GO

  • Anonymous

 

 

 

 

 

 

 

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply