#PrayB4Play Inisiatif Segar IKRAM Hulu Langat Menarik Remaja Bersolat Terawih Di Bulan Ramadhan

0
179
views

Teras Jernang, 18 Jun 2017, 23 Ramadhan 1438h – Siri kedua #PrayB4Play anjuran bersama Jawatankuasa Belia IKRAM Hulu Langat dan Penggerak Belia Tempatan Majlis Perbandaran Kajang (PeBT MPKj) telah berjaya dilaksanakan semalam bertempat di MG2 Futsal Center, Teras Jernang selepas siri pertama pada 4 Jun lepas.

Aktiviti sekali lagi dimulai dengan solat Isya’ dan 4 rakaat tarawih secara berjamaah di dalam padang futsal dengan penyertaan seramai 40 belia sekitar Bandar Baru Bangi.

Objektif PrayB4Play adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta bahawa bersukan boleh dijalankan di bulan Ramadhan meskipun di 10 malam terakhir tanpa mengorbankan aspek amalan ibadah khusus.

Perspektif bersukan sebagai ibadah juga ditekankan bila mana ia dijalankan dengan menjaga aspek akhlak, ukhuwah dan niat.

Selain daripada merapatkan ukhuwah di kalangan belia ahli IKRAM Hulu Langat, program ini juga menjadi medan berkenalan dengan peserta luar daripada IKRAM yang mendaftarkan diri serta kumpulan.

Antara lain yang hadir ialah belia daripada Council Homes seksyen 16 dan juga beberapa pelajar bidang Aircraft Maintenance di KLIA.

Dengan selesainya penganjuran siri kedua PrayB4Play semalam, maka berakhirlah kempen ini buat Ramadhan kali ini. InsyaAllah kempen seumpama ini akan dijalankan lagi dibawah belia IKRAM Hulu Langat.

Majulah sukan dalam melahirkan belia muslim sihat yang berkhidmat untuk masyarakat.

Sumber : Laman Facebook IKRAM Hulu Langat

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply