Present?Sori ukhti.Ana tak sempat nak get ready.

0
58
views

Tak Sempat Nak Get Ready | Bismillah..

Sungguhpun kita tak tahu bila kita akan berhadapan dengan sesebuah keadaan genting, tapi kalau kita hendak mengaku diri sebagai seorang muslim yang beriman, dan mahu pula berjaya, kita wajib sentiasa terus-terusan mempersiap-siapkan diri, TANPA henti. Anggap saja saat genting itu dah terlalu hampir masanya, walaupun sebenarnya kita sendiri pun tak tahu bila.

Seorang muslim yang sengaja menangguh-nangguhkan persediaan diri dengan alasan ” ah, banyak masa lagi..”  atau alasan seperti “ala, tak confirm tarikhnya lagi..” tapi di hati pula berangan-angan mahu mengecap kejayaan, dia itu belum layak sebenarnya dikatakan beriman.

GULP. serius?

Mestilah!

wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah, dan kuatkanlah kesabaranmu, dan TETAPLAH BERSIAP-SIAGA, dan bertaqwalah kepada Allah, agar kamu BERJAYA..”

surah ali imran: 200

Satu tabiat kita ni, malas benar nak bersedia, kecuali bila dah betul-betul dekat dengan sesuatu keadaan yang memerlukan persediaan kita tu. Ala, ambil contoh yang paling selalu wujud dalam masyarakat kita; bila dah tua, baru nak berubah dan bertaubat. Bila rumah dah kata pergi hey pergi, kubur pula dah kata hai, mari lah kemari.

Satu lagi contoh yang agak err, relevan; soal KAHWIN. Berapa ramai dalam kalangan kita, muslim, yang malas nak belajar ilmu rumahtangga pada usia muda ni? Ilmu keibubapaan (kita biasa sebut; ilmu parenting) apatah lagi. Belum perlu lagi.

Sebab apa? Sebab fikirnya, alaa lambat lagi nak kahwin. Lambat lagi nak jadi mak orang, ayah orang. Tak kurang juga yang malu nak belajar, sebab takut dikata tergedik-gedik tak sabar nak kahwin, uni pun belum habis, kerja pun belum, makan minum pun mak ayah tanggung, tak perlu lagilah sibuk ambil tahu hal nikah kahwin ni. bye!

Ye, eloklah tu. Lepas itu nanti, bila dah jumpa pilihan hati, terpaksa pulalah melambatkan nikah, sebab diri masih belum sedia. Belum cukup ilmu di dada, katanya. Ibu bapa pula, logiklah kalau mereka rasa  tak yakin untuk mengizinkan. Ha, kan dah frust berguling-guling dekat situ. Huhu.

Baiklah, baiklah. Cukup perihal kahwin. Lepasni pakat-pakat timba ilmu rumahtangga ya. (:

Apa khabar pula, daie kita? Jeng jeng. *Lap peluh sikit.

“Salam ukhti, weekend ni enti kena present ISK dekat adik-adik kolej kami. Projector disediakan. Buleh?”

Haa, barulah bersilat kung fu tomoi segala, menggali fail-fail dalam laptop. Alamak. Tak jumpa lah pula dalam hard disk. Zzuppp, hantar email kepada 20 akhwat lain, minta ihsan tolong emailkan bahan. Tak makan tak minum duduk dengar recording. Dah la minggu ni juga kena hantar assignment. Habislah. Fasa Mekah berapa tahun eh? Fasa Madinah apa nama perjanjian tu? Fasa Umaiyah dekat mana? Habis lahh, habislaaaahhh….bye!

tit tut tit tut.

“Wassalam wbt ukhti, apa khabar? Semoga enti kekal dalam keadaan iman dan sabar. *smiley* Err, tentang ISK tu, err  orang lain tak ada ke? ana bukan apa..ana..err, err, kalau weekend ni, ana tak sempat nak get readyy.. aseeff jiddan..”

Guruh. Petir. Kilat. Facepalm.

tak sempat nak get ready

Pernah berlanggar dengan situasi macam ni? Ha. Itu baru ISK. Kalau minta bentangkan tafsir mana-mana ke, tajuk besar-besar lagi ke, macam mana? Kalau kita ni baru enam bulan ikut usrah, iyalah, dimaafkan. Tapi kalau sudah dua tiga tahun ikut usrah, program sana program sini, daurah itu daurah ini, muktamar atas bawah, katibah kiri kanan..rasanya, nak minta maaf pun takkan berani. Tak kurang juga berlaku, diteruskannya juga. Akhirnya, huru hara. Fakta kemana, fikrah ke mana. Adik-adik pula yang pening. nauzhubillah.

Ha. Apa cerita??

Mungkin kita lupa. Sebaik-baik pasukan tentera, adalah pasukan tentera yang setiap ahlinya well-equipped (sentiasa berbekalkan senjata). Mungkin kita lupa, berada di dalam kubu (ribath), menuntut mata telinga yang sentiasa terbuka, serta tangan dan kaki yang sentiasa sedia untuk mara. Jiwa yang sentiasa padu untuk bertempur dan terkorban. Pantang benar beralasan, apatah lagi berundur dan minta digantikan dengan orang lain. Malah tentera itu pula yang sepatutnya berlumba-lumba untuk maju. Tak ada pertempuran, tak bermakna dia boleh tidur atau borak-borak limah. Training, training, dan training. Mantapkan, mantapkan, dan terus mantapkan! Itu barulah sebaik-baik tentera, yang narulah layak mengimpikan kemenangan.

Ini tidak. Selagi naqibah tak suruh, selagi itulah tak khatam buku Muntalaq* nya. Kalau naqibah berhenti sampai bab 5, duduk sangkut di bab 5 lah sampai ke sudah. #truestory. aduh.

(Notakaki*Muntalaq adalah sebuah buku yang ditulis oleh Ahmad Muhammad Ar Rasyid, menerangkan tentang asas fiqh dakwah. By default, sesiapa yang mengaku daie dah pernah dengar buku ni, walaupun naqibahnya belum pernah suruh)

Selagi tak kena present, selagi itu lah tak berulangkaji bahan. Dah dengar sekali, dah cukup, fikirnya.  Bahan bacaan tambahan, tak bertambah-tambah pun. Malah bahan-bahan asas pun, tak ada dalam simpanan. Hard disk ratus-ratus giga, warna warni, dah bagus dah tu. Huhu.

Itu baru bercakap tentang bahan. Sisi-sisi lain?

Kesihatan, pemakanan, kekuatan tubuh badan, kecepakapan dalam berkerja, akhlak islami, penjagaan masa, penyusunan urusan, pengurusan kewangan, pelajaran, ilmu fiqh, ilmu tajwid, bahasa arab, kemahiran-kemahiran sosial, tempat tinggal, perhubungan dengan masyarakat, gadget, pengetahuan am, ilmu rumahtangga (eh, ada lagi dekat sini pun?), pakaian, kerjaya, harta, mutabaah amal, muwassofat, dan baaaaanyak lagi lah…sudah dipersiap-siap kan pada diri atau belum?

Eh, jangan ada yang kata seorang daie tak memerlukan semua ini sudah. Kalau ada yang kata begitu, marilah kita facepalm secara berjemaah. Duhai ikhwah akhwat, untuk menyampaikan islam yang syumul (menyeluruh), daie itu sendiri juga kena menjadi syumul pada dirinya juga tahu?

wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah, dan kuatkanlah kesabaranmu, dan TETAPLAH BERSIAP-SIAGA, dan bertaqwalah kepada Allah, agar kamu BERJAYA..”

surah ali imran: 200

Sungguhpun dia tak tahu bila dia akan perlu ‘bertempur’, seorang daie yang beriman itu sepatutnya terus-terusan menyiapkan dirinya. Berjaga-jaga. Berbekalkan senjata. Latih dan latih, mantapkan dan mantapkan!

Allah menyeru orang-orang mukmin yang mahu berjaya, supaya melatih rasa sabar, dan memperkuatkan lagi kesabaran itu. Kemudian teruskan menambahbaiki keadaan diri, serta berdisiplin (bertaqwa kepada Allah). Medan yang luas ini akan menuntut kita untuk mara segera bila-bila masa sahaja. Dalam laju dan derasnya arus jahiliyyah di serata alam seperti sekarang, dan musuh islam pula tiba-tiba semakin bertambah-tambah di segenap penjuru, tipis lah peluang untuk kita memenangkan islam sekiranya jundullah (tentera ALLAH/daie) itu tidak betul-betul memastikan dirinya dalam keadaan bersedia.

Jadi, ayuh! Wa sobiru, wa robitu!

Eh, ada juga ke yang tak tahu facepalm itu apa? OH. *facedesk

tak sempat nak get ready

*Moral: Ambil tahu arus semasa. kerana daie yang berjaya itu, licik menyusup dalam kalangan manusia. (:

http://eushahidaraffar.com – PenaAbid

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply