Quranic Generation or Girls’ Generation?

0
5
views

Quranic Generation or Girls’ Generation?

 

quranic generation
quranic generation

Quranic Generation | Baru baru ni tengok gambar orang kahwin kat fb…wow!!! Banyaknya hantaran! Dan bila bercakap pasal kahwin ni, satu perkara yang orang takkan miss; hantaran al-Quran, ada yg benang emas, kulit pink, kilat, glitter2, macam macam la. Fuiyoooo……

Kalau tengok, ISLAMIK sungguh kan? Yela, bila orang mintak Al Quran sebagai hantaran, maksudnya,dia nak baca la kan? Tapi apa yang selalunya terjadi, ianya hanyalah untuk diletak di tempat yg tinggi, dibiar berhabuk, tak diusik lagi.

Cuba kita semua tengok keliling bilik, berapa banyak Al Quran yg kita ada, ada orang ada satu, ada yg ada dua, tiga. Belum campur lagi dalam iPhone, iPad, HTC, Samsung Galaxy, laptop, mesti ada Al Quran juga kan. Tapi berapa juz’ kita dah baca, berapa page, atau, berapa ayat, sepanjang hidup kita…

“eh bro,aku khatam darjah 3 lagi tau..”

err ok…

Tapi apa yg kita dapat dari bacaan kita? Apa? Apa dan apa?

Dan apa hasilnya pada diri kita, apa, apa dan apa?

Ayuh duduk beriman sebentar, bermuhasabah diri. Apa yang sedang kita lakukan saat ini.

Wahai orang-orang yang mengaku kita beriman, ayuh reflect balik apa yang kita lakukan saat ini, apa tujuan kita, siapa ikutan kita, apa panduan kita? Rata-rata pasti menjawab, segala yang kita lakuan adalah untuk Allah, tujuan hidup adalah untuk menjadi khalifah dan beribadah, rasul sebagai ikutan, Al Quran sebagai panduan.

Justeru, jika ini jawapan yang kita yakini, mengapa terasa sungguh berbeza antara kita dan golongan sahabat? Bukankah acuannya sama? Mereka ada nabi, kita ada hadith dan sunnah, mereka ada ayat-ayat al Quran, kita pula ada mushaf yang telah siap disusun.

Lalu, apa beza kita dengan mereka eh? Sebab mereka ditemani murabbi terhebat di setiap langkah? Siapa kata? Abu Ubaidah al Jarrah maqamnya di Jordan. Saad bin Abi Waqas wafat di China. Perjalanan tarbiyah mereka tidak selalu diiringi oleh tauladan nabi di depan mata. Dengan keimanan dan keikhlasan yang sebegitu hebat, tak hairanlah deen ini masih mampu dinikmati oleh kita. Tidak hairanlah mereka mampu menahan sengsara selama hampir tiga belas tahun di Mekah. Selayaknya mereka memimpin negara Islam pertama Madinah. Selayaknya Allah janjikan kemenangan buat mereka di medan perang! Mengapa tidak? Saat daging mereka disiat dan dikerat kerat, ISLAM itu terukir kemas di setiap urat daging mereka. Ramai antara mereka yang syahid tanpa sempat pun Al Quran turun sepenuhnya. Tapi kita, Al Quran dah turun selengkapnya.

Nak kata, tak faham bahasa Arab, terjemahan ada. Nak kata tak dapat menghayati sebab tak faham keindahan susunan ayat Al Quran, bukankah Solahuddin al Ayubi itu seorang a’jam? Jadi kenapa ikhwah dan akhawat sekalian?

Jawapannya, ada dalam diri, antara mahu atau tak….

TEPUK DADA, TANYA HATI.

Wallahua’lam.

*Sekiranya anda merasakan artikel Quranic Generation ini bermanfaat jangan lupa untuk sebarkan.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply