Ramadhan Bulan Memperkukuh Hubungan Suami Isteri

0
233
views

Dalam bahasa Al Qur’an, cinta suami isteri itu memiliki dua istilah; mawaddah dan rahmah. Cinta yang dikuatkan saat Ramadhan adalah cinta yang kedua; rahmah.

Apa itu mawaddah dan rahmah? Mawaddah adalah cinta karena dorongan fizikal, ada tuntutan fitrah manusiawi yang perlu dilunaskan. Saat ini, dorongan syahwat yang terlarang sebelum bernikah pun berubah menjadi pahala.

Rahmah adalah cinta yang bukan kerana dorongan fizikal atau seksual. Rahmah adalah kasih sayang kerana dorongan lebih utama.

Agama, akhlak, atau tingkah laku pasangan hidup kita yang membuat kita sangat menyayanginya.

Bahkan saat kita beranjak tua, kulit mulai berkedut, rambut mulai memutih, kecantikan memudar, suami isteri tetap saling mencintai dan menyayangi.

Jenis cinta macam apa itu? Rahmah. 

Salah satu kunci menguatkan rahmah adalah ibadah nafilah; ibadah-ibadah sunnah yang menjadi tambahan bagi orang-orang beriman. Di antaranya adalah shalat malam.

6-Cara-Agar-Rajin-Shalat-Malam1

Solat Malam

Allah menjanjikan memberikan rahmat-Nya kepada isteri yang membangunkan suaminya untuk solat malam. Juga memberikan rahmat-Nya kepada suami yang membangunkan istrinya untuk solat malam.

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ فَإِنْ أَبَتْ رَشَّ فِى وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى فَإِنْ أَبَى رَشَّتْ فِى وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang laki-laki yang bangun di waktu malam lalu solat dan dia pun membangunkan isterinya lalu sang istri juga solat. Bila isteri tidak mahu bangun, dia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu ia solat dan dia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, dia pun memercikkan air ke wajahnya.”

(HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)

Mari kita perhatikan ini. Rahmat dan rahmah adalah kata yang sama. Dan siapa yang mampu menghadirkannya dalam kehidupan kita? Allah. Dialah Yang Maha Kuasa.

Dialah yang menguasai hati. Jika kita ingin berlimpah rahmah dalam pernikahan kita, mintalah kepada Allah.

Dan di antara amal yang membuahkan rahmah adalah solat malam dan membangunkan pasangan untuk solat malam bersama.

Dalam bulan Ramadhan, amal ini telah Allah mudahkan pelaksanaannya.

Saat sahur di sepertiga malam yang terakhir, apa salahnya kita tutup malam itu dengan usaha untuk juga solat malam dan membangunkan pasangan kita.

Dan semoga pada Ramadhan yang mendatang ini, menguatkan lagi hubungan cinta kita suami isteri. 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply