Remaja Mahu Disayangi

0
85
views

kenapa kahwin awal

Hampir setiap minggu saya mengikuti sebuah program remaja ini iaitu program (Keindahan Bersama Mu). Walaupun sudah lama program ini dijalankan saya harap ianya akan terus”evergreen”. Program ini yang berbentuk remaja pada pengamatan saya amat sesuai kepada mereka iaitu remaja yang sememangnya dahagakan kasih sayang. Mereka hendak berkongsi bahkan ingin bermanja untuk memenuhi ruang hidup mereka.

Semasa saya mengikuti program remaja tersebut ada remaja yang nakal walaupun tak nakal sebenarnya, ada yang pandai dan ada yang diam sahaja tanpa respon apa-apa.

Apa yang saya ingin tuliskan banyak berkisarkan remaja-remaja yang kurang kasih sayang daripada orang yang patut mereka sayangi sebabnya mereka muda dan dahagakan kasih sayang orang.

Semasa program tersebut berlangsung kami sebagai fasilitator cuba memberi yang terbaik dengan bergaul cara mereka. Alhamdulillah remaja yang nakal itu memberi respon yang baik dengan mengikut sahaja apa yang kami ajarkan walaupun pada mulanya kurang berminat dengan membuat suara-suara liar tapi akhirnya respon daripada mereka bagus sehinggalah program tersebut selesai alhamdulillah.

Biasalah remaja perlu disantuni dengan cara remaja sendiri.

Bagi remaja lelaki mereka perlukan kasih sayang yang berbentuk prihatin dan pengkongsian. Contohnya sembang bersama-sama, menyelesaikan masalah bersama-sama.

Sebab itulah mereka selalu melepak di tengah-tengah malam kerana di situlah mereka dapat berbual bersama-sama. Ibubapa atau penjaga terutamanya ayah atau penjaga lelaki cubalah cari masa terluang untuk berbincang dengan mereka tidak kira sama ada di dalam kereta atau masa bercuti bersama keluarga.

Tunjukkan mereka cara menyusun kehidupan seharian supaya bila sudah habis belajar mereka tahu keadaan kehidupan di luar sana. Perkara ini harus diberitahu kerana merekalah lelaki yang akan mentadbir negara ini pada masa akan datang.

Bagi remaja perempuan mereka perlukan kasih sayang yang berbentuk lembut dan mendapat perhatian. Sebab itulah ‘couple’ bermaharaja kerana mereka inginkan suasana kelembutan dan perhatian meresap dalam diri mereka. Ibubapa atau penjaga haruslah bercakap lembut dengan cara mereka supaya tiada anasir jahat diluar sana dapat meresap dalam diri mereka. Jika anasir jahat sudah meresap ini cukup melemahkan.

Ibubapa atau penjaga harus didik mereka dengan cara mereka tetapi jangan mengabaikan syariat agama.

Bak kata Saidina Ali R.A:

Jika kita ingin lihat pemimpin masa hadapan, lihatlah pemuda hari ini

Apa yang saya tuliskan ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya jika ada tambahan bolehlah kita berkongsi bersama.

Senyum.

Penulis : Mohammad Fathy

Blog Penulis : ibnuhamid20.blogspot.my

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply