Remaja Memperbaiki Diri Di Bulan Ramadhan

0
152
views

Remaja-Memperbaiki-Diri-Di-Bulan-Ramadhan

Assalamualaikum, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini wahai remaja beriman.

Menjelang tiba bulan Ramadhan, adakah kita sebagai seorang remaja sudah menanam jiwa untuk memperbaiki diri?

Jika sudah Alhamdulillah syabas diucapkan. Mulakan dengan perkara mudah atau senang dibuat dahulu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Wahai sekalian manusia. Kerjakanlah amalan-amalan sesuai dengan kemampuan kalian. Sesungguhnya Allâh tidak bosan sampai kalian bosan. Dan sungguh, amalan yang paling dicintai oleh Allâh yaitu yang dikerjakan secara terus-menerus walaupun sedikit.

Jika belum?

Disini ada sedikit tips bagaimana sebelum bulan ramadhan kita sebagai seorang remaja boleh memperbaiki diri sendiri dengan lebih baik InsyaAllah.

1. Luruskan niat untuk memperbaiki diri.

2. Mulai sekarang ringan-ringankan kedua kaki untuk melangkah ke masjid yang berdekatan waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib ataupun Isyak.

3. Jaga percakapan.

  • Bercakap bila perlu sahaja.
  • Jauhi perbalahan antara manusia.
  • Melazimi istighfar, tahmid, dan tasbih.
  • Latih diri supaya berkata baik.

4. Jauhi sumber yang haram.

  • Mencuri.
  • Memeras ugut kawan.

5. Rajin memuji Allah.

6. Ringan-ringankan mulut memberi salam kepada cikgu, jiran atau sesiapa sahaja.

Dengan izin Allah jika kita dapat menghindari daripada perkara-perkara ini. Bulan ramadhan yang tidak lama lagi tiba akan menjadi titik tolak kepada memperbaiki diri kita.

1. Hati akan aman dan damai bila niat ikhlas datang ke masjid selalu.

2. Jika kita sudah biasakan diri ke masjid, bolehlah kita bersama-sama dengan jemaah lain bertadarus Al-quran tidak mengira umur.

3. Mudah berdiam diri dengan perkara yang tidak berfaedah dan mudah melafazkan kalimah-kalimah suci Allah kerana sudah selalu menyebutnya.

4. Mudah untuk membuat kebaikan dan hati menjadi seronok apabila melakukannya.

5. Mulut sentiasa memuji Allah.

6. Diri akan selalu senyum dan rajin bersedekah kepada orang lain.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

TAPI..

Jangalah jadi hamba kepada bulan ramadhan. Hanya bulan ini sahaja kita buat, bulan lain kembali kepada tabiat yang negatif.

Nauzzu billahi min zalik (“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Wahai sekalian manusia. Kerjakanlah amalan-amalan sesuai dengan kemampuan kalian. Sesungguhnya Allâh tidak bosan sampai kalian bosan. Dan sungguh, amalan yang paling dicintai oleh Allâh yaitu yang dikerjakan secara terus-menerus walaupun sedikit.

Senyum.

Artikel Yang Berkaitan :

[su_box title=”Penulis”]
Mohammad Fathy
[/su_box]

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply