Ringkasan Amanat Terakhir Sheikh Mahdi Akif

0
1320
views

Inilah risalah terakhir saya, semoga dalam setiap patah perkataan terkandung makna yang berharga kerana ini merupakan risalah yang saya tulis dalam kedudukan terakhir saya sebagai “qiyadah” (pemimpin) dalam tubuh jamaah yang penuh berkat ini dan dalam rangka memenuhi prinsip dan komitmen yang telah saya umumkan sejak Jamaah Ikhwanul Muslimin memberikan kehormatan, amanah dan tanggungjawab ini kepada saya sebagai orang pertama dalam jamaah dakwah yang sentiasa dinaungi Allah berupa kemenangan dan agar diketahui oleh mereka yang jauh dan dekat bahwa Ikhwanul Muslimin tidak terjejas dan tidak berubah serta mereka tidak berkata kecuali dengan apa yang mereka lakukan.


 

Dakwah adalah keperluan asasi seluruh umat manusia di serata dunia.

Ini adalah kerana yang dipikul oleh dakwah adalah :

  1. Prinsip-prinsip pembaharuan Islam yang mulia.
  2. Petunjuk terhadap kemuliaan dan keagungannya.
  3. Memperbaiki kefahaman terhadap risalahnya.
  4. Risalah pembaharuan menyeluruh terhadap semua aspek kehidupan.

Ikhwan Muslimun hadir untuk membetulkan salah faham umat Islam tentang dakwah dan Islam itu sendiri.

Ini kerana yang difahami dengan dakwah dan Islam hanyalah melibatkan perkara ibadah khusus dan kerohanian semata-mata.

Tetapi tidak. Islam meliputi seluruh sudut kehidupan. Ikhwan cuba memperbetulkan kembali imej sebenar Islam.

Sepertimana yang ditegaskan pengasasnya As-Syahid Imam Hasan al-Banna.

“Islam adalah negara dan bangsa atau pemerintah dan rakyat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman, material dan harta atau keuntungan dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia merupakan aqidah yang benar dan ibadah yang sahih secara bersamaan”.

7 MANHAJ PERUBAHAN MENURUT IKHWANUL MUSLIMIN

  1. “Manhaj al-aqdi” (sistem aqidah). Hanya al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang sahih sahaja menjadi panduan dalam memahami Islam.

2. “Manhaj tarbawi” (sistem tarbiyah). Memasakkan komitmen yang benar dalam melaksanakan ibadah khusus dan umum dalam Islam.

3. “Manhaj tsaqafi al-mutakaamil” (sistem budaya yang bersepadu dan sempurna). Mampu memahami Islam yang sebenar dan bersederhana sesuai dengan realiti umat Islam semasa.

4. “Manhaj al-ilmi” (sistem ilmiah). Menitikberatkan ilmu berteraskan prinsip Islam dan menjadi etika utama ketika bersosial.

5. “Manhaj haraki wa as-siyasi” (sistem harakah dan politik). Ikhwan sentiasa berusaha mengislah dan memimpin reformasi dalam masyarakat dengan bekerjasama dengan seluruh rakyat tanpa mengira latarbelakang untuk membina peradaban yang lebih baik.

6. “Manhaj al-jihadi as-shahih” (sistem jihad yang benar). Aktif dalam mujahadah memperbaiki sistem yang rosak dan korup dengan kaedah yang damai tanpa mengangkat senjata.

7. Syiarukhuwah’ (persaudaraan), mahabbah’ (cinta)tsiqah’ (rasa percaya diri) dan indhibat’ (disiplin) sentiasa menjadi latarbelakang dalam setiap gerak kerja.

Selain dari itu, Ikhwanul Muslimin sentiasa melakukan :

  • Kajian semula terhadap sistem dan peraturan mereka dari masa ke semasa.
  • Mendiskusikan apa yang mesti diperbaiki dari suatu kesalahan lalu diluruskan.     Menyemak orang yang memberikan nasihat di samping mencintai mereka.
  • Berusaha memperolehi manfaat dari para pengkritik dan penentang dakwah mereka.
  • Tidak pernah berhenti berusaha untuk meninjau berbagai perkembangan pada sikap dan pendapat sesuai dengan suasana baru yang mereka hadapi dan dari berbagai sikap dan idea-idea ini ditanggapi secara fleksibel selagi tidak ada pertentangan dengan ‘tsawabit’ (unsur-unsur tetap) serta prinsip-prinsip yang mereka yakini.

DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN ADALAH DAKWAH BAGI MENYELAMATKAN UMAT TERCINTA

Imam syahid Hasan Al-Banna dalam Risalah “dakwatuna” berkata:

“Kami ingin agar umat mengetahui bahwa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri.

Sungguh, jiwa-jiwa kami ini senang gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan atau melayang untuk membayar kejayaan, kemuliaan, agama dan cita-cita mereka, jika memang mencukupi.

Tidak ada yang membawa kami bersikap seperti itu kepada mereka, kecuali kerana kasih sayang yang telah menambat hati kami, menguasai perasaan kami, menghilangkan perasan mengantuk kami dan mengalirkan air mata kami.

Sungguh, kami benar-benar sedih melihat apa yang menimpa dan terjadi pada umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan, keridhaan pada kerendahan dan pasrah pada keputusasaan.”

WAHAI IKHWAN, MARILAH BEKERJA KUAT

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, Padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka,

Maka Sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada’. dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”. 

(QS Ali Imran :139-140)

Hadapilah masa depan yang ada di tangan kamu dengan iman yang teguh dan tenaga kerohanian, material dan moral yang agung dan dengan apa yang kamu miliki dari berbagai unsur keberkatan.

Bersatulah dalam kasih sayang  kerana Allah, ukhuwah Islam dan kesetiaan terhadap manhaj yang bijaksana tanpa mengenal rasa putus asa, tidak ada keluhan dan tidak terlambat dalam mempersembahkan pengorbanan demi agama dan bangsa mereka.


**artikel ini adalah ringkasan dan olahan daripada Amanat Terakhir Sheikh Mahdi Akif sebelum beliau melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am Ikhwan.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply