RIO 2016: Lima Pingat Kebanggaan Malaysia

0
648
views

Sekalung pujian wajar diberikan kepada kontinjen negara yang melakar pencapaian keseluruhan terbaik iaitu lima pingat di Olimpik Rio. Kejayaan yang mereka tempa hari ini bukanlah dibina semalaman. Ianya usaha keras kesemua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil bertahun-tahun sebelum ia membuka tirainya 5 Ogos lalu.

Sekalipun ada beberapa pihak yang cuba memperlekehkan dan mengkritik usaha atlit kebansgsaan kita kerana gagal mendapatkan pingat emas bagi acara yang mereka tandingi, majoriti rakyat Malaysia sangat berbangga dengan pencapaian sedia ada.

Malah Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar, menggesa rakyat Malaysia supaya tidak memandang rendah akan usaha yang ditampilkan atlet-atlet negara, hanya kerana negara masih menantikan kehadiran pingat emas.

Ini kerana sebarang kilauan pingat yang diraih di pentas Olimpik, adalah pengiktirafan di pentas tertinggi yang menjadi mercu tanda segala usaha dan pengorbanan setiap atlet.

Satu budaya yang wajar diperbaiki kita semua rakyat Malaysia adalah terlalu mudah menilai sesuatu itu daripada hasilnya. Sebetulnya kita berikan setiap kredit dan sokongan padu kepada usaha mereka yang tidak berbelah bahagi. Bukannya sekadar menyorak gembira apabila pasukan kita membawa pulang kemenangan ataupun mencebik bibir memperlekehkan kegagalan meraka.

Sementara itu, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, selaku Presiden Badminton Association of Malaysia (BAM), merangkap Cheif de Mission bagi Sukan Olimpik di Rio, mengulas tumpuan khusus patut diberikan kepada beregu badminton campuran negara yang menjadi antara penyumbang pingat bagi Malaysia di Rio.

Tambah beliau, “Seperti yang kita tahu, beregu campuran belum pernah mencapai kejayaan seperti yang mereka lakukan di Rio. Bila bercakap mengenai beregu campuran, nama Malaysia tidak pernah menjadi sebutan seperti China, Korea, Indonesia dan juga Denmark.”

Apapun sekali lagi Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kesemua atlit negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik di Rio. Berikut merupakan pingat yang berjaya dibawa pulang kontinjen Malaysia.

  • PERAK: 4 pingat
    1. Diraih oleh pasangan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara Terjun Women’s Synchronized 10 Meter Platform,
    2. Pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dalam acara Badminton Beregu Campuran,
    3. Pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dalam acara Badminton Beregu Lelaki, dan
    4. Datuk Lee Chong Wei dalam acara Badminton Perseorangan Lelaki.
  • GANGSA: 1 pingat
    1. Diraih oleh Azizulhasni Awang dalam acara Berbasikal Keirin Lelaki.

Penulis : Fakhrur Radzi

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply