5 Sahabiah Zaman Rasulullah Yang Patut Diteladani

1
1046
views

sahabiah yang patut ditedani

Sempena menyambut hari wanita antarabangsa sebelum ini kami terdetik untuk senaraikan beberapa sahabiah zaman rasulullah yang kita wajar untuk jadikan pedoman.

Khaulah Al Azwar

Perang pun bermula. Kekuatan tentera Rom bukan sembarangan. Dalam konteks dunia moden mereka seperti Amerika sedang melawan sebuah negeri kecil. Tetapi ia tidak menggentarkan mujahidah ini. Dia terus memacu kudanya membelah barisan ketenteraan musuh, menembusi hingga ke tengah pasukan musuh lalu mengucar-kacirkannya.

Sahabat sekali lagi terpegun. Sang mujahidah bermandikan darah, dikepung musuh, tetapi tidak menampakkan tanda-tanda berundur. Keberaniannya menjadi sebutan tentera muslimin.

‘Siapakah kamu? Tunjukkanlah mukamu itu tanya Khalid Al-Walid.

Sang mujahidah terus berlalu pergi tanpa melayan permintaan Khalid Al-Walid. Dia lantas dimarahi kaum muslimin. Mereka begitu ingin tahu siapakah gerangan di sebalik topeng itu.

‘Aku ialah Khaulah binti Al-Azwar. Adik perempuan kepada Dirar bin Al-Azwar. Aku bukannya hendak berlaku biadap pada pemimpin, tapi aku ingin memelihara kehormatanku dengan tetap mengenakan niqab ini’

Qudwah yang boleh diambil

  • Sikap berani dalam memperjuangkan kebenaran walau nyawa menjadi taruhan.
  • Tetap menjaga kehormatan walau dimarahi oleh orang lain.

Khadijah Binti Khuwailid

Khadijah memiliki wajah yang cantik, berasal dari keturunan yang terhormat, memiliki martabat kerana kepandaian dan kecerdasaanya, dan dia juga adalah wanita yang kaya raya. Maka tidaklah menghairankan dengan keadaan yang seperti itu semakin banyak orang Quraisy yang terhormat dan kaya raya ingin menjadikan Khadijah sebagai isteri.

Dipendekkan cerita, semua tawaran tersebut ditolak oleh Khadijah, kerana hatinya telah tertambat pada peribadi yang amanah, jujur, profesional dalam bekerja, dan memiliki akhlaq yang mulia, iaitu Muhammad. Dan Allah mentakdirkan mereka untuk bernikah walaupun pada waktu itu umur Khadijah yang telah mencecah 40 tahun tetapi kecantikannya tetap mempesona Muhammad yang berumur 25 tahun.

Kelebihan Khadijah diriwayatkan sebagaimana sabda Rasulullah saw ;

“Tidaklah Allah mengganti untukku (isteri) yang lebih baik darinya (Khadijah). Dia beriman kepadaku saat orang-orang kufur. Dia mempercayaiku saat orang-orang mendustaiku. Dia memberikan hartanya kepadaku saat orang-orang mengharamkan harta untukku. Dan dia memberikan aku anak saat Allah tidak memberikan anak dari isteri-isteriku yang lain”.

Qudwah yang boleh diambil

  • Menjadikan agama pilihan yang paling utama dalam memilih teman hidup.
  • Memberikan sokongan daripada sudut material dan emosi dalam perkara kebaikan.

Al Khansa Binti Amru

Al-Khansa bernikah dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Daripada pernikahan itu dia dikurniakan empat orang anak lelaki. Dan melalui pembinaan dan pendidikan tangannya keempat-empat anak lelakinya ini telah menjadi pahlawan Islam yang terkenal. Dan Khansa sendiri terkenal sebagai ibu para syuhada.

Perkara itu kerana dorongannya terhadap keempat anak lelakinya yang telah gugur syahid di medan Qadisiyah. Sebelum peperangan bermula, telah terjadi perdebatan yang sengit di rumah Al-Khansa.

Antara mereka telah terjadi perebutan mengenai siapakah yang akan ikut berperang melawan tentara Parsi, dan siapakah yang harus tinggal di rumah bersama ibunda mereka. Mereka saling tunjuk menunjuk sesama mereka untuk tinggal di rumah. Masing-masing ingin turut berjuang melawan musuh fi sabilillah.

Rupanya, pertengkaran mereka itu telah didengari oleh ibunda mereka Al-Khansa. Maka Al-Khansa telah mengumpulkan keempat-empat anaknya dan berkata,

‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera daripada seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak adil bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau membuat malu pamanmu, atau mencoreng arang di kening keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut nescaya dianugrahi hidup.’

Pemuda-pemuda itupun keluar menuju medan perang. Mereka berjuang bermati-matian melawan musuh sehingga ramai musuh yang terbunuh di tangan mereka. Akhirnya nyawa mereka sendirilah yang tercabut dari tubuh badan mereka.

Ketika ibunda mereka Al-Khansa mendengar kematian anak-anaknya dan kesyahidan mereka sedikit pun dia tidak merasa sedih dan. Bahkan dia telah berkata,

‘Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putera-puteraku. Semoga Allah segera memanggiiku dan berkenan mempertemukan aku dengan putera-puteraku dalam naungan Rahmat-Nya di syurgaNya yang luas.’

Al-Khansa telah meninggal dunia pada awal pemerintahan khalifah Uthman bin Affan ra yaitu pada tahun ke-24 Hijriyah.

Qudwah yang boleh diambil

  • Tidak meletakkan nikmat dunia dalam hati seperti mana yang kita tahu anak merupakan antara nikmat terbesar daripada Allah.
  • Pentarbiahan anak itu bermula di rumah dan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorak anak.

Durrah Binti Abu Lahab

Durrah membesar dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Dia sering melihat kekejaman yang dilakukan oleh bapanya terhadap orang Islam.

Sikap angkuh kedua ibu bapanya menyaksikan bahawa keluarganya benar-benar mahu menghapuskan Islam. Sikap angkuhnya terbukti apabila Nabi Muhammad mengajak Abu Labah beriman kepada Allah.

Abu Lahab berkata:

“Sekiranya kata-kata Nabi Muhammad itu benar dan tidak salah, maka pada hari kiamat nanti saya akan tebus seluruh harta dan anak saya bagi menyelamatkan diri saya daripada seksaan api neraka”.

Jangkaan Abu Lahab bagi menyelamatkan dirinya daripada seksaan api neraka semuanya meleset. Allah sudah berfirman dalam surah Asyura ayat 88 dan 89 yang bermaksud:

Iaitu di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.

Ketika Durrah semakin membesar Allah memberi petunjuk kepada dirinya. Durrah juga sering mendengar kehebatan ajaran agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

“Saya percaya segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah benar. Islam adalah agama yang patut dianuti oleh orang yang ingin mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat,” kata Durrah sendirian.

Walaupun harta kekayaan bapanya melimpah ruah, Durrah tidak termakan dengan kata-kata penghinaan bapanya terhadap Islam. Harta benda bapanya itu tidak dapat menghalang tekadnya untuk memeluk agama Islam. Akhirnya Durrah memeluk agama Islam semasa dia berada di kota Mekah. Selepas memeluk Islam, dia berhijrah ke Madinah.

Qudwah yang boleh diambil

  • Jangan biarkan suasana negatif di sekeliling kita menghalang untuk kita lakukan perubahan.
  • Jangan biarkan tawaran dunia mengaburkan mata kita dalam mengejar ganjaran akhirat

Hamnah Binti Jahsy

Imam Ahmad meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Tsabin bin ‘Abdurahman bin Ibnu Abi Laila berkata:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat tali yang memanjang diantara dua tiang, maka beliau bertanya: “Kepunyaan siapa ini? Maka para Sahabat pun menjawab: “Itu kepunyaan Hamnah bin Jahsyi, jika dia kelelahan (ketika sholat) maka dia bergantung pada tali tersebut. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hendaknya dia solat dengan kadar kemampuannya, jika dia kelelahan maka hendaknya dia duduk”

Qudwah yang boleh diambil

  • Bersungguhlah dalam kita mendekatkan diri kepada Allah tetapi janganlah sehingga ianya memudaratkan diri kita.

Sebenarnya ramai lagi sahabat wanita zaman rasulullah yang memiliki qudwah yang boleh kita contohi dan ikuti. Ini yang kami mampu kongsikan dan anda boleh tambah sendiri qudwah yang boleh diambil dalam kisah yang telah disenaraikan diatas.

Artikel Yang Berkaitan :

[su_label type=”black”]Sumber[/su_label][su_button url=”http://sahabatnabi.0catch.com/khansa.htm” target=”blank” style=”flat” background=”#52d35d” size=”1″ radius=”0″ icon=”icon: bolt” rel=”nofollow”]Khansa[/su_button] [su_button url=”http://ayumoeslimah.blogspot.my/2010/12/kisah-siti-khadijah-binti-khuwailid.html” target=”blank” style=”flat” background=”#52d35d” size=”1″ radius=”0″ icon=”icon: bolt” rel=”nofollow”]Khadijah[/su_button] [su_button url=”http://quranicgen.com/v2/khaulah-al-azwar-semangat-kepada-kaum-lelaki/” target=”blank” style=”flat” background=”#52d35d” size=”1″ radius=”0″ icon=”icon: bolt”]Khaulah[/su_button] [su_button url=”http://ana-muslim88.blogspot.my/2010/07/durrah-binti-abu-lahab.html” target=”blank” style=”flat” background=”#52d35d” size=”1″ radius=”0″ icon=”icon: bolt” rel=”nofollow”]Durrah[/su_button] [su_button url=”http://www.alsofwa.com/18411/hamnah-binti-jahsyi-wanita-yang-gemar-beribadah.html” target=”blank” style=”flat” background=”#52d35d” size=”1″ radius=”0″ icon=”icon: bolt” rel=”nofollow”]Hamnah[/su_button]

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply