‘Saya Dari Aleppo. Ini Mungkin Detik Terakhir Saya.’ – Bana Alabed

0
536
views
a_ov_bana_161004-nbcnews-ux-1080-600
Mata seluruh dunia hanya menumpukan perhatian mereka menantikan kematian yang menunggu kanak-kanak Syria ini.

Bana Alabed, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun bersama ibunya merakamkan detik-detik akhir hayat mereka di timur Aleppo menggunakan akaun Twitter yang diuruskan ibu.

Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh mata dan hati seluruh dunia. Melihat. Menanti. Tanpa melakukan apa-apa.

Tweet terbaru beliau memberikan tanggapan akan nasibnya yang tidak menentu, sama ada akan terus hidup atau mati.

15400982_1189795911056104_6485959752056183500_n

Tweet berkenaan sehingga berita ini ditulis menerima lebih 30000 RT dan lebih 20000 likes.

Beberapa siri tweet sebelum ini juga turut menyertakan perkataan “Final message” yang bermakna mesej terakhir.

Sampai bila harus dunia menanti? Adakah kita akan terus menanti berakhirnya hayat kanak-kanak yang tidak berdosa ini menjadi jasad tidak bernyawa?

Sumber Asal : Astro Awani

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply