Saya Malu Dengan Abang

0
3,090
views

Saya Malu Dengan Abang

Suasana malam itu sedikit tegang.

Ya. Sedikit tegang.

Sedikit tegang buat insan yang bernama Adam Ihsan

“Sudahlah pulang lewat ke rumah. Eksperimen pula asyik-asyik tak jadi. Rasa hendak marah je.. “ Runggut Adam Ihsan sendiri dalam hati

Dia keliru dengan dirinya sendiri.

Sehingga tidak tahu kenapa malam itu dia agak beremosi sedikit. Penat mungkin.

Kepenatan yang ditambah dengan perangai adik-adik tuisyennya yang nakal serta kuat main-main…

Ada yang main handphone, ada yang main laptop, ada yang main game..

“Arghhhhhhh ”

“Mungkin hari lain aku boleh bersabar, tapi tidak hari ini..”  Bentak Adam senyap-senyap dalam hati

Mukanya yang putih melepak itu tiba-tiba bertukar menjadi merah padam, tahan marah.

Kalimah “Astagfirullahalazim”, menjadi penghias di bibir beberapa kali..

Astagfirullahalazim, Astagfirullahalazim, ……….

Tiba-tiba …..

“Abang,……. saya cemburu dengan abang la” Kata salah seorang daripada adik tuisyen Adam.

“Ha ? (Awat hang buang tabiat masa aku tengah  emosi macam ni oiii)

“Hrmm…, ye la “

“Apa dia ? ” Adam bertanya

Dibawanya majalah Muslim Teens Digest yang mereka baca itu hampir-hampir dengan Adam,

“Abang Adam, cuba baca ni “

“Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, yaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan  terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain”. (Sahih Muslim) “

So, sebab tu saya cemburu dengan abang” Jelas Hanafi. Adik tuisyen Adam yang paling nakal tahap super !

Air muka Adam dengan tidak semena-mena berubah. Kalau sebelum ini, air mukanya merah padam kerana menahan marah, tapi kini, mukanya yang merah padam itu menjadi bertambah-tambah merah kerana menahan sedih. Kelihatan air mata jantan hampir menitis di kelopakan matanya .

Untuk kesekian kalinya Adam berasa sangat terharu apabila mendengar kata-kata yang diucapkan itu. Walaupun kata-kata itu diucapkan secara slumber dan sedikit main-main ,ianya seakan memberi nafas baru buat Adam. Nafas baru bagi seorang daie yang hampir mengalah dengan bebanan berat yang tergalas di pundaknya. Bebanan berat untuk mentarbiyah remaja-remaja ini kembali ke jalan yang diredhai Allah.

“Hrmmm…” Adam Ihsan kelu.

Sambil mengosokkan kedua biji matanya, dia termenung sendiri. Kali ini menungnya lama. Berfantasia mungkin dalam dunianya sendiri. Dunia yang dirasakan indah saat pertama kali berjumpa dengan adik-adik remaja itu..

**********

“Bang, boleh main Monopoly tak dalam masjid ? ”

Hah ? Eh.. tak .. tak..

Belum sempat Adam Ihsan menghabiskan kata ,seorang adik memotong percakapannya..

“Eh.. mesti lah boleh. Islam tu kan syumul. Abang Adam yang kata minggu lepas. Kan, kan Abang Adam ? ” hehe

Pening kepala Adam Ihsan mahu menjawab.

“Suka hati koranglah. Tapi yang penting, korang kena bangun tidur sebelum pukul 4 pagi. Setuju ? Sebab esok pagi kita nak buat qiamulail ” Adam memberikan cadangan

Setuju !!!! Jerit mereka beramai-ramai..

Malam itu suasana hening. Sehening dan sedamai hati Adam. Gembira hatinya melihat adik-adik ini seronok dan ceria berada dalam rumah Allah. Tidak seperti dulu, hendak menginjakkan kaki ke masjid pun mereka takut. Tetapi setelah diyakinkan beberapa kali oleh Adam, alhamdulillah dengan izin Allah hati mereka terbuka akhirnya. Itupun setelah mereka melalui beberapa siri ‘basuhan’ dan teknik dakwah fardhiyah yang agak panjang..

Salah seorang daripada remaja-remaja itu adalah “karat” (bukan nama sebenar). Wajahnya yang sangat “gangster” membuatkan manusia sekeliling menyangka bahawa dia adalah seorang budak yang sangat nakal. Tetapi hakikatnya tidak begitu. Di balik ke “gangsteran” itu terletak satu sifat yang mulia, iaitu sifat menghormati orang yang lebih tua..

Pernah pada suatu hari “karat” meluahkan perasaan hatinya pada Adam..

“Abang …. kenapa ye, orang semua cakap saya jahat ? ”

“Jahanam ! Sampah ! Perosak ! Sedih kot dengar”

“Saya tahulah saya dah tak sekolah lagi.. Tapi bukannya saya mahu. Emak ayah saya orang Indonesia bang. Lepas sekolah rendah, saya dah tak boleh lagi nak sambung sekolah menengah ”

Saya malu bang, saya malu..

Remaja macam kami ni, tak da siapa yang sudi ambil kesah. Maklumlah, kami tak pandai, terbuang, terbiar..

Tetapi saya bertekad nak ubah nasib diri bang…

Kalau abang Adam tak kisah, boleh tak abang Adam ajar saya tuisyen ? Karat seolah-olah mengusulkan sesuatu..

“Hrmm… boleh juga tu. Nice idea ! Nanti abang fikirkan lagi ”

Bermula dari situ, Adam Ihsan seolah-olah mendapat satu pemangkin baru untuk meneruskan usaha dakwahnya pada remaja-remaja di sana. Perkara pertama yang Adam Ihsan rasakan perlu diubah pada remaja-remaja tersebut, adalah soal menutup aurat.

Justeru, cara yang paling mudah ialah, Adam Ihsan selalu tumpang sekaki bermain futsal bersama adik-adik ini. Jika ada peluang, selalu sahaja Adam menyindir adik-adik yang tidak menutup aurat ini.

“Roy.. cantik kaki ?”

“Ye ke bang ? Hehehe.. sorry “

Menyindir dengan gayanya yang tersendiri. Maklumla, Adam Ihsan itu kelakar orangnya. Meski tidak terlalu tinggi, tetapi sweet apabila dipandang..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, remaja-remaja di situ telah mula berubah sedikit demi sedikit. Kalaupun ada yang masih memakai seluar pendek lagi, tatkala Adam Ihsan turun bermain, mereka akan pura-pura melondehkan seluar.

“Kenapa ni bal ? “

” Seluar tiba-tiba longgar bang. Boleh cover aurat sikit ” hehe..

Kemudian, Adam Ihsan memulakan langkahnya yang kedua. Dia merasakan bahawa remaja-remaja ini perlu dihidangkan dengan bahan bacaan Islami yang santai tetapi bermanfaat. Untuk menjayakan perancangannya itu, dia mengadakan satu event di facebook, khusus untuk mengumpulkan buku-buku Islami terpakai dan juga mengumpul derma sebagai dana perancangannya itu.

Alhamdulillah, dengan izin daripada Allah. Sekali lagi usahanya berjaya. Ramai juga dari rakan-rakannya yang menyumbang dan menghulurkan bantuan. Buku-buku tersebut akan diberikan kepada adik-adik remaja sekitar kawasan perumahannya pada setiap bulan.

Kini, sudah hampir setahun Adam Ihsan menjalankan usahanya itu. Hadis “unta merah” selalu terngiang-ngiang di telinganya saat dia diejek dan dipandang jelik oleh masyarakat sekeliling. Dia sedar, sebagai seorang pelajar universiti, dia harus berperawakan lebih matang dan lebih terampil. Tetapi dia juga sedar yang itu bukanlah dirinya yang sebenar. Dia bukanlah seorang lelaki yang kacak bergaya meski umurnya sudah hampir menginjak 22 tahun.

Justeru, perangai kebudak-budakannya itu digunakan sebaik mungkin untuk bergaul dengan adik-adik remaja sekali gus mengukuhkan lagi usahanya untuk mentarbiyah mereka. Dirinya puas. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dia sumbangkan untuk ummah ini..

**********

“Abang Adam…… ok tak ni ? ”

“Ye dik ? Ok.. ok . Abang ok . Cuma tengah fikirkan something je tadi

“Kenapa abang kesat mata abang ? ” Tanya Hanafi..

“Abang menangis ye …. jangan tipu … ” hehehe

Huh.. Sorry sikit. Mana ada menangis..

Mata abang masuk habuk la..

Eh, cuba tengok tepi ?

Adam Ihsan cepat-cepat mengesat air mata yang masih tersisa di kelopakan matanya.

“Korang tengok apa tu ? Abang tipu je la.. ”

Dah-dah, jom kita sambung belajar. PMR dah nak dekat ni…

 

Asyraf Farique

Leave a Reply