Sayang Anjing Dan Babi Tak Semestinya Kena Peluk & Cium

0
151
views

Firman Allah dlm ayat 16 surah al-Anbiya’ :

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ

“… Dan tidaklah Kami ciptakan langit, bumi dan apa yg ada di antara kedua-duanya itu sia-sia…”

Setiap ciptaan Allah termasuk babi, anjing, tungau, beruang, bakteria dan kuman ada hikmah dan manfaatnya kepada kehidupan. Ia tak semestinya utk kegunaan manusia sahaja.

Dengan adanya babi, baru kita tahu haramnya babi utk dimakan dan bahaya jangkitan virus drpdnya kepada manusia. Isu wabak JE, H1N1 yg saya sendiri kena demam sampai seminggu sebagai contoh.

Baru kita tahu ujian keimanan kita pada perintah Allah sewaktu berhadapan penggunaan babi dan derivatifnya dalam industri makanan, farmasuetikal dan kosmetik.

Dengan terciptanya anjing, baru kita tahu manfaat kawalan sekuriti dan pengesanan jejak penjenayah oleh haiwan itu. Begitu juga tungau dan beruang, ada manfaatnya. Janganlah kita anggap manfaatnya hanya untuk dimakan dan aksesori hidup sahaja.

[ Jika Babi Diharamkan Apa Hikmah Penciptaannya ]

Ini tidak, bila masuk bab babi, anjing terus anggap haiwan itu perlu dibuat kawan. Mcm beruang, mana ada orang buat kawan wlpn comel.

Beruang panda dua ekor yang kerajaan pinjam daripada China antara hikmahnya kerajaan Malaysia sedekah duit kat China RM20 juta setahun. Menteri kata, kita tak perlu lagi pi Cheng Du. Memadai pergi Zoo Negara saja.

Tapi budak-budak terlajak kritis hari ini anggap babi dan anjing perlu disayangi kalau tidak kenapa Allah hidup haiwan itu?! Sayang mereka itu sampai kena peluk cium.

Kasih sayang dan berpeluk cium pula bukannya satu kesalahan jika kena pada haknya. Allah tidak larang utk mengasihi makhluk ciptaanNya.

Kefahaman Yang Terbalik

Dalam hadis, dinyatakan kegembiraan Allah terhadap kebaikan seorang pelacur Bani Israil yg turun dlm perigi utk beri minum pada anjing yg haus.

Sekali lagi ramai orang salah faham pada hadis ini. IA BUKANI CERITA TENTANG SAYANGI ANJING TAPI nilai baik yang dilakukan kerana Allah dengan ikhlas dalam keadaan manusia lain tidak tahu dan tidak tergamak utk lakukannya.

Begitu juga kisah 3 orang yang terperangkap dalam gua yang salah seorangnya ingin menzinai seorang wanita miskin yg perlukan makanan. Hadis itu cerita tentang kesanggupan menjauhi dosa besar kerana takutkan Allah.

Tapi ada ‘orang agama’ pergi faham yang ibu tunggal yang miskin tidak berdosa jika melacur kerana darurat.

Ini antara bentuk kefahaman terbalik (الفهم المنقوص)..

Rumusannya ialah kalau sesiapa yang nak buat dosa dan kejahatan atau sebarang perbuatan bodoh, JANGANLAH GUNA NAMA ALLAH UTK ENDORSE PERBUATANNYA.

Allah dah warning siap-siap dalam ayat 79 surah al-Nisa’

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ ۚ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). (79)

Menyandarkan kebebalan kita dalam kehidupan kepada Allah adalah satu bentuk bid’ah kontemporari yang harus diperbetulkan. Lagi bebal ialah mengajak masyarakat mesra anjing sebagai satu hasil positif khilaf fiqhiyy.

 

Sumber Asal :

Laman Facebook Ust Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply