Aku Nak Tinggalkan Jahiliyah, Tapi Bagaimana?

0
3
views

sayonara jahiliyyah

Sayonara Jahiliyyah |  Inilah masalah terbesar yang sering dihadapi oleh seorang da’ie. Tidak mungkin seorang da’ie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini sedangkan jahiliyah masih berakar umbi di dalam diri. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah! Kerana jahiliyah akan merosakkan amal dakwah anda, wahai da’ie yang tertipu.

 

Mungkin ramai da’ie di luar sana tertanya-tanya, bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengikis semua karat-karat jahiliyah yang masih melekat di dalam diri? Persoalan ini harus dijawab dengan cepat kerana semakin lama ia dibiarkan tanpa sebarang rawatan, semakin rosak amal dakwah seorang da’ie. Dakwah itu sendiri tidak akan rugi, tetapi yang rugi adalah anda! Da’ie yang tertipu! This is an emergency, YOU need treatments now!

 

Satu-satunya cara terbaik untuk meninggalkan jahiliyah adalah dengan menyibukkan diri dengan dakwah dan tarbiyah. Iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja belum tentu cukup untuk anda meninggalkan jahiliyah kerana syaitan sentiasa bersiap siaga. Asasnya, semakin banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyah, semakin sedikit masa kosong yang masih tinggal bersama anda, semakin kurang anda berfikir tentang jahiliyah dan semakin banyak jahiliyah yang akan anda tinggalkan. Nampak mudah bukan?

 

Sebagai da’ie yang belajar, anda hanya ada dua bahagian masa, masa belajar (study) dan masa dakwah. Tiada masa untuk jahiliyah.

 sayonara jahiliyyah

masa untuk seorang da’ie belajar

Kebiasaan yang terjadi adalah da’ie-da’ie yang tertipu ini akan cuba mengisi jahiliyah dalam salah satu ruang ruang masa mereka, lalu berlakulah 2 perkara:

 

1) Mengisi jahiliyah di dalam ruang masa dakwah, maka akan tergadailah dakwah mereka. Dan mereka sering bertanya-tanya, mengapakah dakwah mereka belum berhasil?

 

Atau;

 

2) Mengisi jahiliyah mereka dalam ruang masa study mereka. Apabila gagal atau prestasi akademik merosot, mereka mula merasakan dakwah yang menjadi sebab utama, bukanlah jahiliyah mereka, lalu mereka mula menarik diri perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dari kelajuan dakwah, tergadailah juga dakwah mereka buat kali kedua. Dan akhirnya terjadilah satu fenomena yang bukan hanya dakwah sahaja yang tergadai, bahkan prestasi akademik tidak meningkat , tetapi prestasi jahiliyah pula yang meningkat dengan pesat sekali.

 

Lalu da’ie yang tertipu ini merasa pelik dan ganjil dengan fenomena ini, sekali lagi mereka memperlahankan dakwah ini, dengan alasan untuk memberi fokus dan masa yang lebih untuk study. Ternyata mereka tertipu lagi! Buat sekian kalinya, dakwah mereka tergadai lagi.

 

Mari kita lihat bahagian masa seorang da’ie yang tertipu dengan jahiliyah, ternyata jahiliyah akan merosakkan dakwah dan study mereka.

 sayonara jahiliyyah

 Contoh bahagian masa da’ie yang tertipu

Ini tidak bermakna anda perlu menarik diri anda dari dakwah ini, supaya anda boleh menikmati masa jahiliyah yang lebih. Tidak! Jika anda betul-betul mahu meninggalkan jahiliyah, maka sibukkan dirimu dengan sesuatu selain dari jahiliyah, itulah dakwah.

 

Begitu mudah sahaja syaitan menghias mata kita agar terasa cantik pada jahiliyah yang kita lakukan.

 

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (al- An’am: 112)

 

Meninggalkan jahiliyah adalah sukar kerana ia ibarat melawan diri kita sendiri. Namun, Allah pasti membantu diri kita kalau kita benar-benar bermujahadah untuk mengubah diri dan meninggalkan jahiliyah yang kita sukai.

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” ( Al-Ankabut: 69)

 

Anda akan merasa ringan dan tenang sahaja di saat bebanan jahiliyah dilepaskan dan di saat itulah akan terasanya nikmat Islam nan indah.

 

Dr. Abu Umar

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply