Seluruh Rakyat Malaysia Berbangga Dengan Kejayaan Faiz Subri

0
633
views

15940891_2068519039916456_1782086311716390632_n

Sepanjang hari ini media sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah kepada pemenang FIFA Puskas Award 2016 yang diumumkan awal pagi tadi.

Muhd Faiz Subri yang menjadi pemain bola sepak pertama dari Malaysia yang memenangi anugerah itu telah mengharumkan negara kita di mata dunia.

Puskas Award sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009 telah dimenangi oleh barisan bintang bola sepak dunia yang terkenal termasuklah Ronaldo (2009) dan Neymar (2011).

Ianya adalah sebuah anugerah bagi menghargai pemain bola sepak yang telah menjaringkan gol dengan cara paling ‘cantik’ pada tahun tersebut. ¬†Pemain bola sepak dari Pulau Pinang itu telah mendapat undian paling tinggi di laman web FIFA sebagai “goal of the year“.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).

Antara yang turut mengucapkan tahniah kepada Faiz atas kejayaan beliau termasuklah Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melalui akaun facebook dan twitter beliau.

15894522_1224496170919411_2957073134722227126_n

Tidak ketinggalan, Datuk Mufti Wilayah Persekutuan turut menyampaikan ucapan tahniah dan syukur atas kemenangan Faiz.

15976949_1224495934252768_1117821143420644038_n

Kemenangan Faiz merangkul anugerah yang berprestij ini patut dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Penggerak sukan bola sepak terutamanya harus menjadikan kemenangan ini sebagai inspirasi supaya dapat menghasilkan lebih ramai pemain yang berkaliber seperti Faiz Subri, seterusnya mengangkat arena bola sepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Saksikan pautan video ketika ucapan Faiz Subri pada malam Anugerah Puskas FIFA 2016. (video dari berita harian)

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply