Sembang-sembang Kedai Kopi Pak Abu

0
17
views

ceramic-lens-mug-c602.0000001355272514

 

Menjadi perkara biasa untuk sahabat-sahabat yang telah terpisah lama untuk kemudiannya mengatur satu majlis reunion.

Biasanya ia diadakan di kedai-kedai makan,
atau di rumah salah seorang daripada mereka.

Yang penting ada makan, eh eh.

Dan dalam majlis tersebut,
akan ada ayat yang sering kedengaran.

“Kau ingat tak time ……”

“Aku lepas daripada tu, aku …..”

“Lepas tu kau buat apa lak? Aku …”

Masing-masing dengan kisah masing-masing,
kopi teh dihirup dengan penuh semangat.

Ini membuatkan saya terbayang,
bagaimana pula reunion di SyurgaNya kelak?

Dengan mahligainya yang tidak terhingga luas,
dengan sungai yang mengalir di bawah pelbagai rasa,
dengan bidadari-bidadari yang cantik menawan.

Dan paling best,
dapat reunion dengan Rasulullah SAW dan para Sahabat r.a.

Dapat sembang live tau tak,
dapat dengar cerita fresh daripada mereka,
pasal perang Badar di mana mereka menang dengan hanya 300++ orang,
dan berbekalkan senjata yang lebih sesuai tidak dipanggil senjata.

Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin yang penuh dugaan,
dapat dengar direct daripada Abu Bakar r.a., Umar al-Khattab r.a., Uthman bin Affan r.a. dan Ali Abi Talib r.a.

Dapat jugak jumpa dengan mereka-mereka di zaman Khalifah selepas itu.

Dapat sembang dengan Ibn Sina, al-Khawarizmi,
Sultan Muhammad al-Fateh (ni serius nak!!!),
Salahuddin al-Ayubi (ni punnn!).

Dapat jumpa dengan Imam Bukhari, Hamka, Ibn Katsir, Imam Ghazali,
Imam Hassan al-Banna, Syed Qutb, Syeikh Ahmad Yassin.

Ini baru sikit tau tak.

Dan paling best kan,
kita takkan perlu lalui satu ketika,
yang kita dah syok habis dengar cerita orang tu,
pastu tetiba dia kata dia ada hal, kena pergi sekarang, lain kali sambung.

That is so much of a joy-killer.

Tapi di Syurga,
insyaAllah tiada joy-killer macam tu.

Kita ada selama-lamanya untuk bertaaruf,
untuk bergembira.

Hoyeaaah!

Bila dengar perkara macam ni,
rasa best kan nak beramal,
biar kecil mana pun amal kita?
*senyum*

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply