Seorang Pemuda Minta Izin Untuk Berzina, Ini Jawapan Rasulullah

2
2662
views
jauhi perbuatan zina
kredit

Para sahabat marah. Mereka hendak memukul pemuda itu. Permintaannya kepada Rasulullah menurut para sahabat, sudah masuk kategori kurang ajar.

“Wahai Rasulullah izinkan aku berzina,” demikian kalimat pemuda itu yang membuat para sahabat marah.

Namun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak seperti para sahabat.

“Dekatilah aku,” Beliau memanggil pemuda tersebut.

Wajah Rasulullah tetap teduh, tak ada kemarahan dan tiada kata-kata kasar.

“Apakah engkau suka jika hal itu dilakukan kepada ibumu?” tanya Rasulullah.

“Tidak, demi Allah wahai Rasulullah. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu”

“Demikian juga orang lain, mereka tidak ingin hal itu menimpa ibu-ibu mereka.”

“Apakah engkau suka jika hal itu dilakukan kepada anak perempuanmu?” Rasulullah melanjutkan sabdanya.

“Tidak, demi Allah wahai Rasulullah”

“Demikian juga orang lain, mereka tidak ingin hal itu menimpa anak perempuan mereka.”

“Apakah engkau suka jika hal itu dilakukan kepada saudara perempuan, belah ayahmu?”

“Tidak, demi Allah wahai Rasulullah”

“Demikian juga orang lain, mereka tidak ingin hal itu menimpa saudara perempuan mereka.”

“Apakah engkau suka jika hal itu dilakukan kepada saudara perempuan belah ibumu?”

“Tidak, demi Allah wahai Rasulullah”

“Demikian juga orang lain, mereka tidak ingin hal itu menimpa saudara perempuan mereka.”

Setelah pemuda tersebut menyedari bahawa tak ada seorang pun yang rela dizinai daripada ibu, anak perempuan dan saudaranya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lantas meletakkan tangan beliau kepada pemuda itu sambil mendoakannya:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

“Ya Allah… ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya, dan jagalah kemaluannya.”

“Setelah itu,” kata Abu Umamah yang menceritakan kisah pemuda tersebut dalam hadis, “pemuda tersebut tidak pernah terfikir apa pun tentang perkara tersebut bahkan perbuatan zina menjadi hal yang paling dibencinya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah guru terbaik.

Murabbi terbaik. Daie terbaik. Pemimpin terbaik.

Beliau peribadi yang lemah lembut dan penyayang. Sentiasa mencintai dan menyayangi umatnya.

Beliau tidak mahu ada umatnya yang tersesat.

Beliau tidak mahu ada umatnya yang masuk neraka.

Maka beliau mendakwahi mereka dengan cara yang terbaik.

Beliau menunjukkan, tidak menyalahkan. Beliau membimbing, tidak menghardik.

Beliau merangkul, tidak memukul. Beliau mengasihi, tidak menghakimi. Maka ratusan ribu hati luluh sebagaimana pemuda tadi.

Sumber

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

2 COMMENTS

Leave a Reply