Serangan Kimia : Antara Kekejaman Assad dan Hipokrasi Barat – Ar. Syed Radhi

0
446
views

Sekitar 6:30 pagi Selasa 4 April, Tentera Udara Assad mengebom bandar Khan Sheikoun berhampiran Idlib dengan senjata kimia membunuh secara kejam lebih 80 orang awam termasuk lebih 10 kanak-kanak.

c4b4de0043281eb3c82b36f8d7a64d7d
Bapa kepada dua orang bayi yang turut menjadi korban serangan senjata kimia di Syria

Lebih 400 lagi mangsa mengalami kesan-kesan serangan kimia seperti menjadi lemah, pandangan kabur dan sukar bernafas. Lebih 20 mangsa tersebut mati diatas katil kerana serangan dilakukan diawal pagi.

Kesan letupan yang kecil dipermukaan bumi tidak seperti bom-bom konvensional yang lain menjuruskan kearah serangan bom kimia.

Ketiadaan kecederaan yang nyata pada tubuh mangsa juga menyokong ianya adalah serangan kimia. Keadaan mangsa yang seperti tercekik, muntah, menggelupur sambil mulut berbuih pula menunjukkan tanda-tanda mereka terdedah kepada senjata kimia dari gas sarin.

Pakar senjata menolak dakwaan Rusia kononnya senjata kimia ini dimiliki oleh pejuang pembebasan Syria kerana gas saraf seperti ini adalah mahal dan memerlukan kepakaran untuk disimpan secara stabil.

Tempat simpanan gas sarin memerlukan kemudahan untuk menyedut keluar oksigen dari tempat tersebut.
[https://www.bellingcat.com/…/khan-sheikhoun-chemical-attac…/].

Ini bukanlah kali pertama tentera Assad menggunakan senjata kimia. Pada 2013 serangan senjata kimia di Ghouta Timur berhampiran Damsyik membunuh sekurang-kurangnya 400 orang manakala di Khan al-Assal pula membunuh sekurang-kurangnya 26 orang.

Kekejaman Basyar al-Assad dan bapanya Hafiz sejak lebih 40 tahun dahulu kepada rakyat Syria sendiri adalah kenyataan yang tiada ruang untuk disangkal.

19int-syria-1-superJumbo

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di bandar Hama pada 1982 adalah antara kemuncaknya. 55 ribu tentera Assad menyerang dan mengebom rakyatnya sendiri selama 27 hari 26 malam membunuh lebih 40 ribu nyawa.

Apabila Basyar merasakan tidak dapat bertahan diawal kebangkitan rakyat 2011-2012, mitilia Syiah Hezbollah mula diajak masuk.

Apabila itupun masih tidak mampu menahan kemaraan rakyat, Iran pula datang bersama penasihat, tentera dan persenjataannya.

Bermulalah konflik sektarian Sunni-Syiah yang pada asalnya adalah kebangkitan rakyat menuntut hak dan keadilan, tiada langsung isu sunni-syiah. Masih tidak cukup Rusia pula diminta datang membantu.

The Americans

2 hari selepas itu pada Khamis 6 April, tentera Amerika melancarkan serangan peluru berpandu Tomahawk dari kapal perang USS Ross dan USS Porter di Laut Mediterranian kononnya untuk menghukum Assad.

Tomahawk adalah peluru berpandu jarak jauh yang boleh membawa hampir ½ tan bahan letupan. 59 peluru berpandu Tomahawk dilepaskan mengebom Pengkalan Udara Shayrat berhampiran bandar Homs, pengkalan udara yang dipercayai digunakan oleh Assad untuk melancarkan serangan gas tersebut. Begitu gah bunyinya serangan Amerika.

ATTENTION EDITORS - VISUAL COVERAGE OF SCENES OF INJURY OR DEATH Residents rescue a man after what activists said was shelling from forces loyal to Syria's President Bashar Al-Assad in Aleppo's Bustan al-Qasr neighbourhood, February 8, 2014. REUTERS/Yaman Al Halabi (SYRIA - Tags: POLITICS CIVIL UNREST CONFLICT) TEMPLATE OUT NYTCREDIT: Yaman Al Halabi/Reuters

Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa serangan Amerika ini sangat sedikit kesannya kepada Syria dan ini amat diketahui oleh Amerika sendiri.

Amerika hanya menyerang 1 dari 26 pengakalan udara yang digunakan oleh tentera Assad. Sebelum serangan dilancarkan Amerika telah memaklumkan kepada Rusia dan tidak hairan jika Rusia pula memberitahu Syria.

Mungkin sebab itulah hanya 6 pesawat Syria yang musnah, itupun yang sedang diperbaiki. Yang masih baik dan aktif telah dibawa keluar.

Sejak Oktober 2015 apabila Tentera Udara Rusia secara langsung membantu Assad mengebom kedudukan pejuang pembebasan (90%) dan ISIS (10%), pesawat udara Rusia juga berada di pengkalan udara ini tetapi tiada kerosakkan dilaporkan.

Tentunya Amerika mengelak dari mencetuskan perang secara langsung dengan Rusia.

Tambahan lagi bukan seluruh pengkalan udara diserang. Serangan hanya ditujukan ke landasan terbang, beberapa hanger kapal terbang dan depot simpanan minyak.

Daripada 2 landasan terbang hanya 1 sahaja yang rosak. 4 hari selepas serangan Amerika, pengakalan udara ini telah mula beroperasi semula melancarkan serangan kepada pejuang pembebasan Syria.

Bandar Khan Shiekhon sekali lagi dibom tanpa tentera Syria merasa takut dengan serangan Amerika.

Ini hanya meneruskan persoalan selama ini adakah Amerika dan Barat benar-benar ingin membantu rakyat Syria atas sekadar retorik politik dan tindakan simbolik sahaja.

Sekali dilihat Barat cuba membantu dengan memberi sokongan logistik dan senjata kepada kumpulan pembebesan yang terpilih tetapi banyak kali Barat dilihat membiarkan rakyat Syria dibunuh kejam oleh Assad dan tenteranya.

Acahan Amerika selama ini untuk menyerang Assad kerana membunuh rakyat sendiri hanya tinggal retorik kosong.

Sejarah juga memahat kekejaman Amerika dan sekutunya kepada rakyat Iraq selama lebih 20 tahun dari dari Perang Teluk pertama pada 1990 yang membunuh puluhan ribu rakyat Iraq dan memusnahkan seluruh negara Iraq dari negara yang termoden di bumi Arab menjadi ‘failed state’ yang terpaksa mengemis mencari makan untuk rakyatnya sendiri.

Antara Mulut Harimau dan Mulut Buaya

Sebahagian dari kita mengambil jalan mudah menggantung harap kepada salah-satu pihak untuk mengembalikan keamanan di bumi Syria.

Mereka mempertikaikan satu pihak dan berdiam diri atau mengalih pandangan dari kejahatan pihak yang satu lagi. Seolah-olah kita terpaksa memilih antara mulut harimau dan mulut buaya, tiada jalan selamat diantara keduanya.

Terlalu naif lah kalau ada pemimpin yang boleh membaca politik dunia tetapi kabur melihat kenyataan ini. Mengutuk Assad tidak bererti kita menyokong Amerika.

syriacontrolmap

Begitu juga membenci Amerika tidak memestikan kita menyokong Assad dan sekutunya Iran.

Hakikatnya kedua-dua pihak mempunyai kepentingan dan agenda masing-masing dan itu lebih utama dari membantu rakyat Syria. Itu saja sifir mereka.

Rakyat Syria sendiri memahami hakikat ini. Mereka tidak meletakkan harapan mereka kepada kuasa luar dari Barat dan sekutunya hatta kepada negara Islam seperti Turki dan Arab Saudi sekalipun.

Sumpah rakyat di Hama, Daraa dan merata tempat menyaksikan puluhan ribu rakyat Syria meletakkan pergantungan dan harapan mereka kepada Allah semata-mata.
[https://www.youtube.com/watch?v=y4STPzb2IDQ]

Dikala rakyat Syria memerlukan bantuan dan pembelaan, setidak-tidaknya bantuan kemanusiaan dan sokongan moral kepada perjuangan rakyat Syria adalah yang paling minima dapat kita berikan.

Menuduh perjuangan rakyat Syria menjadi boneka kepada Barat sambil memejamkan mata dan berdiam diri terhadap kekejaman Basyar yang disokong Hezbollah, Iran dan Rusia adalah satu pengkhianatan yang nyata terhadap perjuangan agama dan kemanusiaan.

Wallhu’alam.

Ar. Syed Mohd Radhi
i4syria / Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
8 April 2017

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply