Suka Berbuat Dosa, Bacalah 4 Nasihat Ini

0
1008
views
suka membuat dosa bacalah nasihat ini
kredit

Diriwayatkan bahawa ada seorang hamba yang suka membuat dosa mendatangi orang soleh yang bernama Ibrahim Ibn Adham. 

Jadi hamba tadi itu pun memberitahunya,

“Berikanlah aku nasihat kerana aku selalu membuat dosa.”

Jadi selepas itu Ibrahim Ibn Adham cuba untuk membuat si hamba tadi malu supaya dia tidak lagi membuat dosa kepada Allah.

Ibrahim : Jika engkau mahu membuat dosa dihadapan Allah maka lakukan sahaja tapi janganlah  engkau makan dan minum. Jangan makan daripada rezeki Allah, jangan minum daripada rezeki Allah, jangan menggunakan rezekiNya.

Hamba : Bagaimana mungkin aku melakukan perkara tersebut kerana semuanya adalah rezeki Allah.

Ibrahim : Adakah masuk akal untuk membuat dosa dihadapan Allah sedangkan engkau memakan rezeki daripadaNya?

Hamba : Engkau benar, berikanlah aku nasihat yang kedua.

Ibrahim : Jika engkau masih tetap ingin membuat dosa sedangkan engkau makan dan minum rezeki yang Dia telah peruntukkan kepadamu, maka janganlah engkau melakukan dosa di tanahNya.

Hamba : Itu bahkan lebih rumit lagi kerana semua tanah dibumi kepunyaan Allah.

Ibrahim : Jikalau begitu adakah engkau masih melakukan dosa kepada Allah sedangkan engkau memakan rezeki daripadaNya dan melakukannya di tanahNya?

Hamba : Berikanlah aku nasihat ketiga

Ibrahim : Jika engkau masih mahu melakukan dosa paling tidak buatlah di tempat yang tidak boleh dilihat oleh Allah.

Hamba : Bahkan ini lebih rumit

Ibrahim : Apakah masuk akal engkau membuat dosa di tanahNya, sambil memakan rezeki daripadaNya, dan engkau melakukan dihadapanNya?

Hamba : Berikanlah aku nasihat keempat.

Ibrahim : Jika engkau masih tetap ingin membuat dosa setelah mendengar semua ini maka lakukan sahaja tetapi ketika malaikat maut datang menjemputmu katakan kepadanya untuk menunggumu menunaikan solat 2 rakaat dan bertaubat kepada Allah.

Hamba : Malaikat maut tidak akan mengizinkanku.

Ibrahim : Kalau begitu ketika engkau mahu dimasukkan kedalam neraka oleh malaikat suruhan Allah maka engkau enggan untuk dimasukkan.

Hamba : Mereka tidak akan mengizinkanku. Cukup, cukup.

Dia telah mendapat nasihat yang dikehendakinya dan dia telah memahami teguran yang ingin disampaikan kepadanya.

Dan diriwayatkan bahawa sejak daripada itu orang ini menjalani kehidupannya tanpa melakukan dosa walau sekali kepada Allah.

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply