Sunnah Rasulullah Yang Semakin Dipinggirkan – Ahmad Muaz

0
632
views

tips-solat-diawal-waktu-dan-berjemaah

Satu sunnah yang kini makin ditinggalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia adalah merapatkan saff atau barisan dalam solat. Mereka lebih gemar berenggang-rengangan kerana bagi mereka perbuatan tersebut lebih memberi keselesaan dalam perlaksanaan ibadah mereka.

Sedangkan tahukah kita, perbuatan merapatkan saff merupakan salah satu sunnah yang shahih daripada Nabi SAW, sebagaimana dicatat dalam Sunan Ibn Majah,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَوِّي الصَّفَّ حَتَّى يَجْعَلَهُ مِثْلَ الرُّمْحِ أَوْ الْقِدْحِ قَالَ فَرَأَى صَدْرَ رَجُلٍ نَاتِئًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meluruskan barisan seakan beliau menjadikannya seperti tombak atau anak panah. ” An Nu’man berkata, “Suatu ketika beliau melihat dada seorang laki-laki menonjol ke depan, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: Luruskanlah barisan kalian, atau Allah akan menceraikan antara wajah kalian!

(Hadith no 984 – Dinilai Shahih oleh Albani)

Memang majoriti Ulama’ menilainya sebagai sunat, bukanlah wajib akan tetapi ia sangat diambil berat oleh Para Sahabat seperti Umar Al-Khattab.

Kita mendengar kisah di mana Saidina Umar pernah memeriksa saff solat dengan menggunakan pedang beliau, ia menunjukkan ketegasan Umar dalam memastikan kelurusan saff itu.

Apabila saff muslimin itu lurus dan rapat, pasti ia akan menatijahkan suatu kesan yang baik dalam masyarakat dan membina suatu keteguhan dan keutuhan dalam kesatuan umat Islam itu sendiri.

shaf

اسْتَوُوا وَلَا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُم

Luruskan dan jangan berbeda (bengkok), jika kalian berbeda maka hati akan berselisih.

(Dicatat dalam Sunan An-Nasai’ – Hadith no 803, Dinilai shahi holeh Albani)

Marilah sama-sama kita mulakan perubahan ini, mudah-mudahan ia bakal menjadi suatu perkara kebiasaan dalam masyarakat kita.

Artikel Yang Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply